Bekerja Dan Berjuang Kerana Allah Dr Asyraf Wajdi


BEKERJA merupakan satu ibadah umum yang mana ia tidak seperti solat, puasa, zakat dan haji di mana tuntutannya adalah tertakluk kepada waktu dan kaedah yang khusus.
Sesuatu pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syariah Islam dan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan reda ALLAH SWT adalah ibadah biarpun pekerjaan tersebut adalah sekecil-kecil tindakan.
Ibadah umum ini memberikan ruang yang luas kepada kita untuk mendapatkan ganjaran daripada ALLAH SWT dalam setiap tindak tanduk dan ini merupakan satu sumber motivasi agar kita yang bekerja terus bekerja dan melakukannya dengan nilai tambah yang tinggi.
Mutu sesuatu pekerjaan bukan hanya berada pada kualiti sesuatu pekerjaan itu semata-mata tetapi ia juga bergantung kepada manfaat yang dapat diberikan kepada orang ramai.
Umpama seorang ilmuwan yang tinggi ilmunya tetapi tidak menyebarkan ilmunya kepada orang ramai serta tidak jua diamalkan untuk dirinya. Ini adalah satu kerugian kerana keilmuwannya hanya terbeku kepada dirinya sahaja.
Daripada Ibn Umar, telah bersabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik manusia adalah yang memberi banyak manfaat kepada manusia.” Diriwayatkan oleh At-Tabrani
Ibadah umum melalui pekerjaan ini amat bermakna kerana ia meliputi lebih daripada 60 peratus daripada jumlah keseluruhan masa yang dimiliki oleh kita, kerana itu apabila ia dinilai sebagai ibadah maka sebahagian besar kehidupan kita adalah untuk pengabdian kepada ALLAH SWT.
Ini adalah satu rahmat kepada seorang Muslim kerana setiap tindak tanduk baik yang dilakukan akan diberi ganjaran oleh ALLAH dan ia juga berperanan untuk menjauhkannya daripada azab api neraka.
Perbincangan di atas membawa kepada sumber motivasi sebenar kepada seseorang Muslim untuk terus berjuang dalam lapangan masing-masing bersyarat ia adalah tidak bertentangan dengan syariah.
Perjuangan yang dibuat adalah pada kadar yang maksimum untuk mengharapkan pengeluaran yang maksimum dari sudut kualiti dan kuantiti.
Reda
Dalam urusan seharian kita, ia tidak dapat lari daripada konsep reda dan izin ALLAH. Dengan izin ALLAH SWT maka sesuatu perkara itu dapat berlaku.
Namun bukan semuanya yang diizinkan ALLAH itu adalah datang dengan keredaan-Nya. Kayu ukur ‘reda’ inilah yang memainkan peranan penting bagi kita untuk menilai aktiviti dan tindakan yang diambil, sama ada ia patut dilakukan dan diteruskan atau perlu ditinggalkan.
Kayu ukur keredaan ALLAH adalah bukan perkara tersembunyi kerana ALLAH telah menyampaikan segala perkara yang disuruh dan dilarang berdasarkan panduan agama yang telah disempurnakan.
Apa yang perlu dilakukan oleh kita untuk mendapatkan keredaan ALLAH adalah dengan memenuhi segala apa yang telah diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang.
Di samping itu, keredaan sebagai hamba perlu dihadirkan ke dalam diri agar keikhlasan dapat diwujudkan dan ketulusan dapat dimiliki. Seorang Muslim yang berjiwa besar akan bersungguh dalam melakukan satu-satu pekerjaan di mana ia adalah tindakan yang bakal memperoleh keredaan ALLAH.
Islam meletakkan bahawa tangan yang di atas adalah lebih mulia daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah merupakan tangan yang memberi yang mana si pemberi sentiasa mencurahkan manfaat kepada yang lain.
Pemberi manfaat adalah mulia kerana dia mempunyai hati yang positif dan sikap yang terpuji. Sikap kesanggupan untuk berkongsi dan menyerahkan apa yang tersayang adalah amat mulia.
Bagi mereka keredaan ALLAH SWT adalah melebihi kepentingan peribadi. Mereka menyedari bahawa merahmati sesama makhluk dengan cara memberikan manfaat kepada yang lain adalah baik dan disukai ALLAH.
Pemberian manfaat kepada yang lain bukanlah berasaskan pengharapan timbal balas namun ia dibuat semata-mata untuk mendapatkan keredaan ALLAH.
Insan yang mulia adalah tidak bersifat ananiyyah (kesayaan) tetapi ia melihat sesuatu perkara secara jama’i atau menyeluruh.
Baginya kejayaan peribadi yang dicapai dengan menggadaikan kepentingan masyarakat adalah satu penganiayaan dan kezaliman.
Ia juga akan mewujudkan sikap bangsa yang mementingkan diri sendiri dan akhirnya masyarakat menjadi lemah dan tidak bersatu. Masyarakat yang lemah akan menghasilkan kejayaan yang lemah dan tidak berkualiti.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/28/bekerja-dan-berjuang-kerana-allah-dr-asyraf-wajdi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikhlas Berjuang Allah Tolong Mursyidul Am

Ikhlas Berjuang Allah Tolong Mursyidul Am

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 301 hits
NURSYAHIRAH AHMAD SHA ARANI KUANTAN Dengan meletakkan sifat ikhlas dalam perjuangan umat Islam akan berjaya bersama pertolongan Allah demikian ucap al Mursyidul Am PAS Dato Tuan Guru Hashim Jasin merasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS ...
Terlalu Rindu Fatimah Minta Supaya Allah Pulangkan Adam Ini Yg Neelofa Buat Depan Kaabah

Terlalu Rindu Fatimah Minta Supaya Allah Pulangkan Adam Ini Yg Neelofa Buat Depan Kaabah

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 633 hits
Sudah hampir sebulan p3emergian Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam umum sedia maklum bahawa Adam mempunyai tiga anak buah yang juga selebriti internet adik beradik iaitu Fatimah Omar Mukhtar dan Ali Terlalu rindu Fati...
Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan

Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 445 hits
Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan Umum sedia maklum hubungan antara pelakon Nabila Huda dan ayahnya Amy Search serta ibu tiri Nourish renggang sejak tiga tahun lalu Sebelum ini Nabila Hud...
Beramal Kerana Allah Kisah Benar Petang Tadi Sebagai Catatan Muhasabah Dimasa Depan

Beramal Kerana Allah Kisah Benar Petang Tadi Sebagai Catatan Muhasabah Dimasa Depan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 458 hits
Selesai muktamar hari ini jam 7 00 petang terus kami bergegas keluar Tempat yang dituju ialah kedai kedai makan sekitar kawasan muktamar Saya beli popia satar dan sahabat saya perwakilan Kluang beli keropok lekor Belilah lebih sikit untuk m...
Kenapa Mengeluh Submitlah Doa Terus Kepada Allah

Kenapa Mengeluh Submitlah Doa Terus Kepada Allah

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 517 hits
Perasan tak KENAPA MENGELUH SUBMITLAH DOA TERUS KEPADA ALLAHPerasan tak Ada jarang submit doa tu terus terang kepadaorllah Kita lebih suka mengeluh dan mengadu di laman sosial atau mengadu kepada seseorang Cuba tukar direct semuanya terus t...
Berbaloi 7 Tahun Menunggu Terus Dapat Kembar Bukan Ivf Tapi Allah Nak Bagi

Berbaloi 7 Tahun Menunggu Terus Dapat Kembar Bukan Ivf Tapi Allah Nak Bagi

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 457 hits
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi 39 dikurniakan anak kembar perempuan beberapa hari lalu Menerusi laporan dia bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki walaupun dirinya dan isteri tidak mempunyai sejarah kembar Isterinya ...
Hantar Mamajee 1 Minit Sahaja Saya Akan Kembalikan Pada Allah Rayuan Fatimah Undang Sebak

Hantar Mamajee 1 Minit Sahaja Saya Akan Kembalikan Pada Allah Rayuan Fatimah Undang Sebak

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 634 hits
Tolong bagitahu Allah untuk menghantar semula Mamajee hanya satu minit Yang saya perlukan adalah satu minit hanya satu minit dan saya akan kembali kepada Allah Begitulah luahan Fatimah kepada ibunya dan luahan tersebut di muatnaik di instag...
Sering Diucapkan Padahal Kalimat Ini Paling Dibenci Allah

Sering Diucapkan Padahal Kalimat Ini Paling Dibenci Allah

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 283 hits
Perkataan yang paling disukai Allah Ta ala tutur sahabat mulia Abdullah bin Mas ud Radhiyallahu anhu adalah ketika seorang hamba mengucapkan Dalam riwayat riwayat lain dari berbagai jalur semua kalimat yang berisi pujian
Banyakkan Berdoa Kepada Allah Di Akhir Malam

Banyakkan Berdoa Kepada Allah Di Akhir Malam

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 579 hits
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana Penulisan kali ini merupakan pengalaman saya sendiri iaitu tentang seorang hamba yang memohon kepada Tuhan Sekelian Alam Ini merupakan satu pengalaman yang saya alami sendiri supaya ia dapat ...
Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

Rahsia Langsaikan Hutang Ptptn Lebih Awal Tanpa Beban Panduan Praktikal Dari Ebook Ini

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

Top Business Growth Strategies

My Moving Journal A Fresh Start

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jambatan Pantai Senok Kampung Gajah

Resipi Molten Lava Cake Guna Air Fryer

Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq Video

Beli Kenangan Coffee Latte Rm6 90 Je

Tiada Tuhan Selain Allah

4u2c Kami Rappers Chord