Beginilah Gaza Menyambut Ramadan Gaza Saksikan Bedilan Roket Darah Dan Airmata Sebagai Pembuka Bulan Mulia
“Malam tadi sebelum Ramadan, rupanya hari terakhir mereka di dunia.”
Kejam dan melampau! Hanya itu perkataan yang sesuai menggambarkan sifat dan tindakan zionis Israel yang tanpa henti membedil dan memusnahkan wilayah dihuni masyarakat Islam Palestin.
Semalam sedang kita teruja untuk menyambut Ramadan pertama bersama keluarga, keadaan nyata berbeza di Gaza yang tanpa henti dibedil roket milik sang pembenci.
Menjelang Ramadan, Gaza dibedil roket serangan udara 16 jam tanpa henti
Memetik perkongsian video Muaz Al-Thaarique di facebook menunjukkan bagaimana Gaza City dibedil roket dan serangan udara pihak Israel selama 16 jam tanpa henti.
GAZA at night. non stop 16 Hours of Rockets and Airstrikes.
Posted by Muaz Al-Thaarique on Saturday, May 4, 2019
Menjelang satu Ramadan, saudara mara kita di Gaza diserang. Barangkali ada antara mereka yang paginya di dunia namun siangnya berangkat ke alam sana.
Malam tadi sebelum Ramadan, rupanya hari terakhir mereka di dunia.
Kita mungkin terlepas, sempat berterawih bersama keluarga. Namun, tidak bagi sebahagian mereka di Gaza.
Esok hari pertama Ramadan, sahur mereka mungkin hanya menatap darah dan air mata yang tercinta.
Buat berbuka, barangkali ketakutan sudah cukup melenyapkan segala rasa.
Tuan puan budiman, jika mampu untuk memberi sumbangan, salurkanlah ke link ini www.billplz.com/gpm2gaza kerana sahabat kami saudara Muaz sedang berada di sana.
Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM30,000 untuk bantuan awal Ramadan ini. 50 kotak makanan untuk satu keluarga (7 orang) dan 200 set iftar buat mereka di Gaza.
Sumber : Facebook
Memetik Berita Harian seramai 19 rakyat Palestin maut dalam beberapa siri serangan roket yang dilancarkan tentera Israel dan pejuang di wilayah dikuasai Hamas.
Angka korban itu termasuk seorang wanita yang sarat mengandung dan bayi berusia 1 tahun 2 bulan, Seba Arar yang belum sempat merasai indahnya bulan Ramadan.
Allahu sedih tengok keadaan kat Gaza.
Sumber : Facebook
Angka terbaru, 25 syahid dengan bayi 4 bulan sebagai korban termuda
Terbaharu memetik perkongsian Nadir Al Nuri di facebook dilaporkan seramai 25 telah syahid dengan 154 cedera sejak serangan tengah malam semalam.
Maria Al-Ghazali, 4 bulan adalah antara mangsa mutakhir serangan ke atas Gaza ketika ini.
Sumber : Facebook
NAH, BEGINILAH GAZA MENYAMBUT RAMADHAN!
Maria Al-Ghazali, 4 bulan adalah antara mangsa mutakhir serangan ke atas Gaza ketika ini.
Setakat ini angka rasmi Kementerian Kesihatan Palestin menyebutkan seramai 25 orang telah syahid, dan 154 cedera sejak tengah malam semalam.
Kalian bertanya apa perlunya gambar sebegini dikongsi?
Saya menjawab, ia perlu dikongsi untuk mengetuk hati.
Kerana walaupun adik Maria telah pergi, masih ada ratusan ribu yang menanti ihsan dan simpati, agar sedikit sebanyak Ramadhan mereka di sini dapat disinari.
Allahu, sedang kita gembira menyambut bulan penuh rahmat dan berkat, Ramadan mereka di sana diancam ketakutan. Bagaimana agaknya mereka bersahur, apakah hidangan berbuka nanti? Semoga umat Islam di Gaza khususnya dijauhkan dari segala kejahatan.
sumber
The post “BEGINILAH GAZA MENYAMBUT RAMADAN!” – Gaza Saksikan Bedilan Roket, Darah Dan Airmata Sebagai Pembuka Bulan Mulia. appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/beginilah-gaza-menyambut-ramadan-gaza-saksikan-bedilan-roket-darah-dan-airmata-sebagai-pembuka-bulan-mulia/