Bebaskan Glc Daripada Pengaruh Politik


SURUHANJAYA Sekuriti (SC) telah mengemaskini Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) pada 28 April lalu yang bertujuan meningkatkan kepimpinan lembaga pengarah dan pemantauan ke atas kemampanan syarikat.

Terdapat beberapa pembaharuan dikemas kini dan antara perkara penting adalah tidak menggalakkan pelantikan ahli politik yang aktif sebagai ahli lembaga pengarah.

Bagaimanapun, ia hanya sekadar nasihat dan tidak bersifat punitif kepada mana-mana syarikat yang melantik ahli politik.

Dari segi realiti, hampir keseluruhan syarikat milik kerajaan (GLC) dan badan berkanun milik Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai ahli lembaga pengarah terdiri dalam kalangan ahli politik yang aktif.

Walaupun manifesto Pakatan Harapan (PH) dengan jelas menyatakan ahli politik tidak akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, namun tidak direalisasikan selepas ia menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, lebih malang lagi kerajaan PH melantik ahli politik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lantikan tersebut ibarat memilih pengadil bola sepak tidak neutral dalam perlawanan dua pasukan yang sudah pasti mengundang persepsi pengadil berat sebelah dan berpihak kepada pasukan kesukaannya. Amalan melantik ahli politik diteruskan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Berbalik kepada saranan SC, ia amat tepat ketika iklim politik negara berada dalam keadaan tidak menentu sehingga jawatan GLC dan badan berkanun dikatakan menjadi imbuhan tawar menawar dalam menarik sokongan politik.

Isu ini pernah dibangkitkan oleh pensyarah ekonomi dari Universiti Malaya, Profesor Edmund Terence Gomez dalam buku bertajuk Minister of Finance Incorporated yang diterbitkan pada 2017.

Lazimnya, ahli politik cenderung menggunakan jentera termasuk sumber kewangan syarikat yang diwakilinya bagi menarik sokongan politik.

Projek dan program akan ditumpukan di kawasan ahli politik berkenaan. Aktiviti rent seekers iaitu memburu laba melalui hubungan dengan pihak berkepentingan akan berleluasa. Tidak sedikit kes dan skandal melibatkan GLC dan badan berkanun berlaku akibat campur tangan ahli politik berpengaruh dalam membuat keputusan.

Setiap GLC dan badan berkanun mempunyai tujuan dan matlamat tersendiri semasa penubuhannya. Kegagalan mencapai tujuan dan matlamat penubuhan bermakna wang rakyat telah dibazirkan. Ketirisan akhirnya akan menyebabkan bebanan kewangan kepada kerajaan.

Adalah sangat penting diletakkan garis sempadan yang jelas kepada ahli politik supaya tidak melepasi sempadan dalam berpolitik sehingga mengganggu-gugat masa depan anak-anak kita.

Oleh: AZHA ABDULLAH
          Ipoh, Perak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/bebaskan-glc-daripada-pengaruh-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantikan Politik Glc Rasuah Yang Menjahanamkan Negara

Lantikan Politik Glc Rasuah Yang Menjahanamkan Negara

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 371 hits
Negara dapat membuat penjimatan besar jika kerajaan tidak lagi melantik orang politik ke jawatan bukan eksekutif di syaikat syarikat berkaitan kerajaan dan sebenarnya boleh beroperasi secara profesional dengan kakitangan yang mahir tanpa pe...
Bukan Hanya Prasarana Henti Semua Lantikan Politik Dalam Glc

Bukan Hanya Prasarana Henti Semua Lantikan Politik Dalam Glc

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 303 hits
Lantikan jawatan bukan eksekutif di dalam syarikat syarikat berkaitan kerajaan harus dihentikan serta merta bukan sahaja di Prasarana Malaysia Berhad tetapi ke atas semua GLC Hal terbabit disuarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Ab...
Video Politik Perlu Idea Orang Muda Pengalaman Generasi Lama

Video Politik Perlu Idea Orang Muda Pengalaman Generasi Lama

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 188 hits
Pengarah filem terkenal yang kini menjadi aktivis KEADILAN Datuk Hans Isaac mempunyai pendapat menarik mengenai penglibatan politik dalam kalangan dua generasi Beliau berpendapat ahli politik boleh datang dari semua bidang kerjaya atau disi...
Berbeza Dengan Politik Sukan Maju Untuk Negara

Berbeza Dengan Politik Sukan Maju Untuk Negara

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 333 hits
Persaingan yang sihat sebab Perdana Menteri dan Kabinet mementingkankan kualiti prestasi disiplin Pemain bersaing secara sihat Merekaa tidak makan Gaji buta goyang bola korup Pemain KUALA LUMPUR Bukan setakat bersaing di skuad Harimau Selat...
Biro Politik Pkr Pernah Beri Amaran Keras Pada Iswardy

Biro Politik Pkr Pernah Beri Amaran Keras Pada Iswardy

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 204 hits
Pimpinan KEADILAN mengambil maklum sebuah video YouTube yang dimuatnaik seorang individu bernama Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di Pertuan Agong KEADILAN mengesahkan Iswardy adalah seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang P...
5677 Politikopi Sembang Santai Politik Dialektika Tv 28 05 2021

5677 Politikopi Sembang Santai Politik Dialektika Tv 28 05 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 301 hits
Siaran Langsung POLITIKOPI Sembang Santai Politik Dato Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Zaidel bin Baharuddin Ketua Penerangan Parti MUDA Kemudi FAHMI SAMSUDIN Tarikh 28 MEI 2021 Siaran Langsung 9 00 malam Sumber...
Ziarah Raya Ahli Politik Langgar Sop 4 Lagi Dipanggil Polis

Ziarah Raya Ahli Politik Langgar Sop 4 Lagi Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 274 hits
FAZLI RADZIPolis memanggil empat lagi individu bagi membantu siasatan berhubung ziarah raya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan di rumah seorang ahli politik di Machang Kelantan baru baru ini Ini men...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal