Beard Brothers Bbq Tropicana Avenue


Beard Brothers BBQ, Tropicana Avenue | Birthday kakak Fadzi yang sulung hujung bulan Disember tahun lepas. Jadi sebagai seorang adik yang baik hati dan comel (kehkeh), Fadzi baru ada kesempatan untuk ajak dia keluar belanja makan. 
Since it's her birthday, jadi Fadzi bagi lah dia pilih nak makan dekat mana. Antara yang jadi pilihan dia adalah Hotel Majestic afternoon tea at the Orchid Room dengan Beard Brothers. Bukan main high maintenance jugak kakakku ni. Hahahha.

Beard Brothers BBQ, Tropicana AvenueNasib baik kakak Fadzi bergurau pasal high tea dekat Hotel Majestic tu kalau tak matilanak Fadzi nak mambayonya. Jadi kiteorang decide untuk pergi ke Beard Brothers BBQ yang terletak di Tropicana Avenue. 
To be honest, Fadzi bab bab order makanan ni memang fail. Even nak order KFC or McDonalds pun, Zul yang kena order kan. Jadi sempena birthday kakak Fadzi ni, Fadzi suruh dia je yang order mana dia nak.

Korang boleh tengok menu ni dengan harga. Ada set untuk seorang, ada set untuk big plater (share ramai-ramai) dan ada set yang korang boleh customize sendiri. 
Asalnya kitaorang nak ambil set platter Fourplay tapi staff tu pandai suruh kitaorang ambil set mahal sikit. Reason, kitaorang ramai. Huhuhu. Okay lah boleh lah ambil set Behemoth 4.0.

Dalam Set Behemoth 4.0 ini ada:200g Beef Brisket200g Pulled Lamb200g Burnt Ends1 Beef Ribs1/4 ChickenMashed BrotatoesColeslawWoody Chippy4 Brotatoes Buns2 Cornbread3 Banana Pudding4 Sparkling Lemonade

Beef Brisket dia, hmm. A bit out kot. Bukan Fadzi sorang je yang cakap macam tu tau. Kakak Fadzi dan Zul pun cakap macam tu. Rasa dia terlalu.. Macam mana eh nak cakap? Terlalu beefy? Macam ada something yang tak kena sikit.

Next, Pulled Lamb dia. Lamb dia not bad. Lembut. Since dia dah pulled kan, senang lah sikit nak makan kan. Pada Fadzi perapan dia agak kurang tapi masih boleh dimakan dengan senang hati. Tips dia, maybe korang nak makan Pulled Lamb dia dengan Brotatoes Bun yang disediakan. Mungkin sedap kot.

Dalam banyak-banyak menu yang ada dalam set ni, Fadzi paling suka Burnt Ends dia. Sedap. Manis. Berlemak. Juicy. Eh sedaplah yang pentingnya. Yang part ni Fadzi makan paling banyak.

Lepas tu, dia punya Beef Ribs. Ya Allah! Lembut gila. Senang je Fadzi nak potong. Dia punya tahap lembut tu, tiap kali Fadzi potong, Fadzi duk sebut "Wow, oh my god, look at that, so nice, so good, so soft". Ha gitu lah jakunnya Fadzi dengan ribs diaorang.

Tapi bila makan, mula mula Fadzi okay. Lama-lama Fadzi rasa macam ada after taste yang terlekat dekat anak tekak. Bila Fadzi tanya orang lain, diaorang kata okay je. Huhuhu, maybe sebab Fadzi tak reti makan ribs tanpa sauce yang manis kot.

Uh, the chicken. Chicken dia kering. Fadzi cuba makan. Satu potong je larat nak masuk mulut. Nak menghabiskan yang satu potong tu pun bercinta tau. Lama jugak. Fadzi jenis suka makan tanpa sos. Jadi bila makan tanpa sos tu, terasa sangat keringnya.

Sudahnya tak ada sesiapa punya nak habiskan ayam tu. Kitaorang just tapau bawak balik rumah. Hari ni masak nasi goreng guna ayam tu lah. Jimat. Kehkehkeh.

Mashed Brotatoes dan Coleslaw. Homemade. Lain daripada yang lain. Coleslaw dia biasa-biasa saja. Mungkin KFC punya lagi sedap kot. Huhu. Tapi Mashed Brotatoes dia sedap. Rasa dia lain daripada mana-mana mashed potato yang ada dekat luar sana. Kuah blackpepper dia sedap. Cukup segala rasa.

Woody Chippy yang diaorang buat rasa dia standard saja. Macam chip dekat mana-mana yang korang boleh beli. Aneeq sedap makan chips ni. Brotatoes Bun pun rasa dia macam potato buns yang korang boleh beli dekat supermarket. Which is not that bad lah kan. Fadzi suka je bun macam tu.

Cornbread. Hmmm. Nak kata bread tak rasa pun macam bread sebenarnya. Rasa dia macam cupcake or cake. Sedap memang sedap. Rasa jagung dia tak kuat sangat. Rasa dia lebih kurang macam kek butter. 

Fadzi suka cornbread dia. Lain daripada yang lain. Tak pernah cuba lagi sebelum ni. Cumanya bila makan banyak, dia ada rasa macam berpasir. Ye lah kan, jagung kan ada dia punya biji kan. Fadzi faham lah kenapa rasa macam berpasir tu.   

Banana PudingReview jujur gila dari Fadzi. Rasa dia totally rasa pisang semata-mata. Crumbs tu pulak rasa macam biskut kering Giant. Hohoho. Setakat ni, Fadzi dengan Zul je lah yang boleh telan puding ni. Yang lain tak boleh nak telan.
Kalau ikutkan, rasa dia okay saja. Mungkin sebab rasa pisang dia kuat sangat. Eh, kalau korang makan ni rasa macam korang makan pisang semata-mata lah. Tak ada rasa lain. Kalau tak minat pisang, ermm mungkin korang tak suka lah.


Dekat sini area untuk korang ambil air, ais, garfu, sudu dan cawan serta pinggang pakai buang. Ada sinki sekali dekat sini. Untuk air kalau ambil set, korang akan dapat air Lemonade.
Air lemonade belah kiri sekali tu. Ada 2 tap untuk ambil air lemonade. Yang tap belah kanan tu pulak air sparkling. Tips nak air lemonade tu lagi kick, korang letak air lemonade dalam 3/4 gelas. Lepas tu tambah chilled sparkling water lagi 1/4 gelas. Pergh terbaik! Memang rasa kick sikit.
Selain daripada yang ada dalam set tu, kitaorang add on sikit air oren untuk Aneeq dan sosej. Mana tau tak cukup kan. Total untuk set ini saja RM397. Final harga based on berat semua makanan. 
Kalau korang tengok yang ribs tu tak ada berat kan dalam list menu dekat atas. So nanti dieorang akan timbang untuk tau total harga lah. Macam dalam gambar ni. 

Staff diaorang mestilah nak bagi korang ambil lebih banyak makanan. So boleh charge lebih. Macam kitaorang, masa staff tengah potong ribs tu, dia ada tanya nak yang mana satu. Pastu dia kata nak ambil dua dua pun boleh. Huhuu.

Kalau ambil dua-dua, means lagi berat dan lagi mahal lah cam tu. Sebenarnya satu belah yang diaorang potong tu pun dah cukup untuk makan 5 orang dewasa. Sebab kan ade menu lain lagi.
Kitaorang makan pun tak berhabis. Sebab kitaorang ada beli juga sandwiches dari Beard Brothers Deli. Kitaorang beli London Salt Beef dan Bee's Knees Grilled Cheese. Ada juga kitaorang beli Rizalar La Creme.
 London Salt Beef (RM23)
Walaupun dia kata salt beef tapi Fadzi tak ada lah rasa masin sangat pun. Okay je nak makan. Tapi tak lah wow sangat. Biasa-biasa saja.

Bee's Knees Grilled Cheese (RM18)Ini gambar portion dah kena rembat sebelah lagi. Sebenarnya dia roti empat segi saiz full. Rasa dia okay lah tapi kena makan masa dia tengah panas-panas lagi. Kalau dah sejuk, tak berapa best sebab cheese dia dah tak cair. 
Rizalar La Creme (RM14)Ini pergh sedap. Tak tahu lah ape ni sebenarnya. Kalau ikut dalam menu dia ni Rizalar Irish Cream. Rasa dia sangat familiar. Sedap, manis, a bit chocolatey. Rasa dia macam minum air caramel macchiato dekat Starbucks.

Beard Brothers BBQKedai open concept gitu. Tak ada air cond. Belah belakang kedai ada mesin (?) grill yang macam selalu nampak orang putih pakai dekat kedai-kedai BBQ macam dalam TV. Kah! Diaorang siap guna kayu tau nak grill.
Beard Brothers DeliYang ini ada air cond. Sedap sikit. Tapi makanan dari Beard Brothers BBQ tak boleh bawak masuk dalam Beard Brothers Deli tau. Kalau dari Deli boleh bawak keluar ke BBQ.
Beard Brothers Deli tu kedainya dekat sebelah Beard Brothers BBQ tu. Main semua dekat Beard Brothers Deli adalah sandwiches and coffee. Beard Brothers BBQ belah kiri manakala Beard Brothers Deli belah kanan.
Fadzi dengan family. Yes, adik beradik Fadzi ramai perempuan. 4 orang. Ada abang sorang tapi abang duduk dekat Kuantan. Senang ada orang tolong tengok tengok kan Map dengan Apak dekat kampung. 

Overall, pada Fadzi Beard Brothers BBQ is okay saja. Ada menu yang sedap dimakan. Ada yang so so saja. Kalau korang nak cuba, korang boleh order menu individu. Harga tak lah sampai ratus ratus.
Tapi kalau korang nak cuba makan menu meat yang dipanggang style omputih tu, ha mai lah datang sini. Mesti korang teruja tengok mesin mesin grill dieorang yang ada dekat belakang kedai.
Lagi satu Fadzi suka open concept kedai diaorang ni. Kedai diaorang end lot, sebelah tepi tu ada ruang yang berumput serta besar untuk budak-budak main. Biasalah kan budak mana boleh duduk diam lelama.
Kalau boleh, korang cari meja yang belah dalam kedai. Sebab bahagian luar tu macam panas sikit. Kalau ada bebudak, mungkin tak berapa selesa sebab panas. 

Okay, mana nak pergi makan next? 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2020/01/beard-brothers-bbq-tropicana-avenue.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disney Avenue Bandar Agacia Terbiar Ibarat Pekan Koboi

Disney Avenue Bandar Agacia Terbiar Ibarat Pekan Koboi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 390 hits
Tahun 2018 Bandar Agacia menjadi viral di media sosial kerana rekabentuk bangunan yang ada di situ agak unik dikatakan satu satunya dan seumpamanya di Malaysia Susah nak dapat di tempat lain Ia menjadi lokasi popular untuk bergambar kerana ...
Offer Set 5th Avenue Elizabeth Arden Perfume Kat Sogo Sale

Offer Set 5th Avenue Elizabeth Arden Perfume Kat Sogo Sale

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 468 hits
Tq sayang belanja Elizabeth Arden Perfume Sabtu lepas k fiezz mr hubby ke SOGO mencari Elizabeth Arden Perfume ni sebab stok yang sebelum ni dah lama habis Habis je Yang Elizabeth Arden Perfume tu ada stok perfume Versace Jadi tak restock l...
Bbq Lamb Kl Kemensah

Bbq Lamb Kl Kemensah

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1214 hits
Tahun baru 2020 dimulakan dengan sesi makan2 bersama sahabat handai di BBQ Lamb Kemensah Terima kasih banyak2 dekat member sorang tu sebab belanja kitorang sempana dapat bonus kaching Semoga bertambah rezeki anda amin Plan makan2 ni agak ad...
Menu Baru Daripada Kfc White Bbq Crunch Sedap Tapi Spoil Sikit La

Menu Baru Daripada Kfc White Bbq Crunch Sedap Tapi Spoil Sikit La

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1403 hits
Minggu lepas aku berkesempatan untuk cuba menu baru daripada KFC iaitu Rasanya ia dilancarkan pada akhir Disember 2019 atau awal Januari 2020 tak ingat pula Tapi kalau korang pergi KFC sekarang inilah antara menu terbaru mereka Jika tak sil...
Hiburan Kelazatan Ayam Kfc White Bbq Crunch Memang Lain Macam Sedapnya

Hiburan Kelazatan Ayam Kfc White Bbq Crunch Memang Lain Macam Sedapnya

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 520 hits
Hari Ahad yang lalu tiba tiba perasaan ingin makan KFC membuak secara tiba tiba Tanpa disedari tup tup diri ini dah terpacak di hadapan pintu masuk KFC USJ 20 Ketika sedang beratur dengan penuh sopan mata ini terlihat sesuatu yang cukup men...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka

Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord