Bazar Ramadan Taman Melawati Nasi Beriani Chek S Catering
Food hunting kali ni Diah mencuba
nasib, beratur nak beli Nasi Beriani yang popular di Bazar Ramadan Taman
Melawati.
Antara bazar Ramadan yang
terkenal di KL dan menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang sedap dan banyak
pilihan.
Sejak mula dibuka awal Ramadan
hari tu memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Ada beberapa gerai, pukul lima
petang dah kemas barang nak balik. Makanan mereka habis awal.
Punyalah panjang barisan di
beberapa gerai jadi tak pelik kalau pukul empat petang bazar ni dah penuh dengan
pengunjung.
Tahun ni lagi meriah disebabkan
kehadiran peniaga baru iaitu Influencer Isaac Osman. Ala Youtuber – Isaac Osman
TV yang ada lebih satu juta pengikut dan suka buat mukbang tu.
Dia jual Nasi Ayam Mak Chili. Kalau
bukan bulan puasa dia buka kedai nasi ayam dekat Maxim Citylights @ Sentul KL.
Diah belum sempat merasa lagi
nanti kot hujung-hujung puasa orang tak ramai boleh la cuba.
Bazar Ramadan Taman Melawati -
Nasi Beriani Chek’s Catering
Dalam entri kali ni Diah nak
kongsi tentang Chek’s Catering.
Peminat Nasi Beriani dan Nasi
Tomato kalau datang Bazar Ramadan Taman Melawati tolong cari Chek’s Catering.
Kedudukan khemah dia betul-betul
dekat tengah-tengah. Terkenal di kalangan penduduk setempat kerana kesedapan
makanan mereka.
Setiap kali mesti dah panjang
barisan orang beratur nak beli.
Makan Nasi Beriani Chek’s
Catering
Pakcik yang jual nasi Beriani ni
nama dia Ramli tapi mesra dipanggil dengan nama Chek. Maka lahirlah Chek’s
catering. Pakcik Ramli berniaga dibantu oleh anak-anak.
Berpengalaman 30 tahun meniaga
Nasi Beriani dan lauk pauk. Layak sangat orang panggil ‘otai’. Setiap kali
Ramadan, dia akan meniaga Nasi Tomato dan juga Nasi Beriani.
Lauk pula ada pelbagai jenis dan
bertukar setiap hari. Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah Ayam Masak
Merah, Lamb Shank, Daging Kicap dan Ayam Kurma.
Bulan selain Ramadan Chek’s
Catering buka kedai makan di Taman Keramat, dekat kawasan AEON AU2. Nama kedai
dia Chek's Bawal Hangat Keramat.
credit google picJual nasi set Ikan Goreng. Set
lengkap nasi, Ikan Goreng, Sambal & ulam. Macam Ikan Siakap, Ikan Bawal,
Ikan keli, ada ayam goreng juga.
Nanti ada rezeki boleh pergi Diah
kongsi lagi sekali ya.
Review Nasi Beriani Chek’s
Catering
Berbalik kepada kisah Nasi
Beriani Chek’s Catering, gerai Chek sentiasa penuh dengan pelanggan. Orang
sanggup beratur walaupun panjang dan tak kisah menunggu lama.
Kebetulan hari Khamis lepas suami
cuti sebab ada hal yang perlu di uruskan. Selepas selesai semua urusan sekitar
jam empat petang kami ambil peluang singgah di Bazar Ramadan Taman Melawati.
Itu pun dah ada pelanggan yang
mula beratur di gerai Chek’s Catering. Gerai mula di buka pada pukul 3.30
petang.
Bayangkan hari bekerja pun sesak
inikan pula cuti hujung minggu. Waktu Diah pergi hari Sabtu, pukul tiga petang
bazar dah sesak, parking tak usah cakap lah memang tiada.
Diah termasuk antara yang terawal
beratur dan waktu tu sekitar empat petang. Oleh sebab dah bersusah payah
beratur di bawah terik panas matahari maka peluang tidak harus disia-siakan.
Diah beli Nasi Beriani Daging
(RM10), Nasi Beriani Kambing (RM14) dan juga Nasi Beriani Lamb Shank. Rasa
bersyukur sangat sebab menjadi orang terakhir yang berjaya beli Lamb Shank.
Oleh sebab stok tak banyak jadi memang
kena berebut. Terpampang jelas kekecewaan kakak yang beratur di belakang Diah.
Tiada rezeki dia jadi PakCik
Ramli cadangkan untuk dia tempah awal dan datang keesokkan harinya. Satu lamb
shank bersaiz sederhana di jual pada harga RM29 seketul.
Nasi Beriani dia lembut, aroma
dia wangi, banyak dan berwarna keemasan. Lauk dia semua cukup rasa. Daging dan
kambing pun lembut. Cukup pakej dapat papadom dan juga acar timun.
Dari segi harga bagi Diah memang
murah. Diah pernah jumpa nasi Beriani yang dijual lebih mahal. Portion nasi pun
banyak.
Overall puas hati. Ada rezeki
lepas bulan puasa kita support kedai makan Chek's Bawal Hangat Keramat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/04/bazar-ramadan-taman-melawati-nasi.html