Bayi Mengalami Selesema Dan Hidung Tersumbat Ini Apa Yang Ibu Bapa Patut Lakukan



Anak kecil atau bayi perlu diberi perhatian yang lebih oleh ibu dan bapa, dalam memastikan mereka tidak jatuh sakit atau tercedera. Pemerhatian yang kerap, terhadap mereka harus diberi keutamaan selain menjaga kesihatan mereka.

Namun begitu, ada ketikanya, bayi akan jatuh sakit, seperti mengalami selesema yang menyebabkan hidung mereka tersumbat. Faktor ini menjadi salah satu penyebab bayi sukar untuk bernafas, dan akan menangis.
Untuk mengurangkan selesema yang dialami oleh bayi, pegawai farmasi, saudara Dziehan Mustapa kongsikan beberapa ubat yang boleh digunakan, dan proses yang betul dalam mengendalikan bayi yang selesema. Bagi ibu bapa, ini boleh memberi bantuan kepada anda jika alami situasi seperti ini.


Bayi dan selesema sukar dipisahkan. Setiap kali selesema berlaku ibu-bapa akan risau melihat hingus yang banyak sehingga menyebabkan hidung tersumbat dan bayi sukar untuk bernafas.
Oleh kerana bayi tidak reti lagi untuk menghembus keluar hingus yang banyak, maka apakah yang ibu-bapa boleh lakukan untuk memberi kelegaan kepada bayi mereka?
Pasti ramai ibu-bapa mengetahui atau pernah terdengar bahawa ubat selesema (kumpulan: Antihistamin) tidak boleh diberikan kepada bayi berumur bawah 2 tahun kerana risiko kesan sampingannya yang boleh menyebabkan gangguan pernafasan bayi sehingga boleh membawa maut (Respiratory distress)
Hmmm...habis tu nak guna apa?

Situasi ini membuatkan ibu-bapa semakin buntu. Ubat selesema pun tidak boleh digunakan. Sedangkan bayi mereka selesema teruk dengan hidung yang tersumbat dan bayi sukar bernafas seterusnya menyebabkan sukar untuk menyusu.
Jangan risau masih ada ikhtiar yang boleh dilakukan. Jalan pertama kita gunakan produk berasaskan bukan ubat.


Terdapat produk dipasaran yang berasaskan air laut/sea water (Isotonik) dalam bentuk semburan hidung (Nasal Spray). Semburan air laut ini bersifat neutral dan mampu melegakan hidung bayi yang tersumbat. Namun pastikan anda menggunakan jenis produk untuk bayi (Sterimar-baby) kerana terdapat 2 versi dalam pasaran iaitu untuk bayi dan orang dewasa.
Mesti ada ibu-bapa yang sudah membeli produk ini tetapi tidak mengetahui bagaimana pula untuk menggunakan alat semburan ini dengan betul.

Mudah sahaja sebenarnya. Pertama dukung bayi pada kedudukan sendeng 45°. Kemudian masukkan muncung spray ke dalam salah satu lubang hidung bayi dan tutup lubang hidung yang sebelah lagi. Dengan pantas semburkan selama beberapa saat ke dalam lubang hidung dan hingus akan keluar bersama-sama aliran cecair air laut yang disemburkan itu tadi.


Bayi mungkin akan meronta-ronta semasa penggunaan alat semburan hidung ini. Sebagai cadangan mungkin boleh lakukan proses ini semasa bayi dibedung agar tidak terlalu meronta-ronta dan lakukan proses ini dengan pantas. Boleh tepuk perlahan-lahan dibelakang bayi (tepuk lohong; kedudukan lengkung membentuk lohong pada tapak tangan-lihat gambarajah) selepas semburan bertujuan melonggarkan kahak dan membantu hingus keluar dengan mudah.


Lakukan proses yang sama untuk lubang hidung yang kedua. Walau bagaimanapun biarkan bayi berehat sebentar (dalam seminit dua) sebelum meneruskan proses semburan ke dalam lubang hidung yang satu lagi. Bayi mungkin akan menangis ketika melalui proses ini, namun ia adalah normal dan ibu-bapa tidak perlu risau.
Dos yang dicadangkan untuk bayi adalah 2-6 spray (Sterimar-baby) dalam sehari pada setiap lubang hidung.


Jika keadaan bayi masih tidak boleh bernafas akibat hidung tersumbat walaupun telah cuba menggunakan produk Sterima-baby, maka ibu-bapa boleh menggunakan ubat dalam bentuk titis dan semburan hidung yang mengandungi bahan aktif bernama; Oxymetazoline.Ubat Oxymetazoline bukan digunakan untuk menghentikan selesema. Oxymetazoline berfungsi secara sementara untuk melegakan hidung yang tersumbat melalui pengecutan salur darah di kawasan saluran pernafasan, mengurangkan bengkak seterusnya melegakan keadaan tersumbat itu tadi.
Ubat Oxymetazoline boleh didapati di premis farmasi komuniti tanpa memerlukan preskripsi doktor kerana ia tersenarai dalam jadual C senarai racun bawah Akta Racun 1952. Di pasaran ubat titis dan semburan Oxymetazoline mempunyai beberapa kepekatan dos
a) 0.01% titis hidung; untuk bayi baru lahir sehingga umur 4 minggu ( 1 titis 2kali dalam sehari). 0.01% juga boleh diberikan kepada bayi berumur 1-12 bulan (1-2 titis 2kali dalam sehari). 
b) 0.05 titis atau semburan hidung; untuk dewasa dan kanak-kanak 6 tahun ke atas (1-2 titis atau 1 semburan bagi setiap lubang hidung 2-3 kali dalam sehari)
c) 0.025% titis hidung; untuk budak berumur 1 tahun ke atas (1-2 titits, 2-3 kali dalam sehari)
Kesan sampingan ubat ini adalah kekeringan, ketidakselesaan dan iritasi pada hidung dan kekeringan rongga mulut atau tekak.
PERINGATAN !! Ubat ini tidak boleh digunakan selalu (kerap) atau untuk jangka masa lama kerana ia boleh menyebabkan suatu keadaan yang dikenali sebagai “rebound congestion” di mana dalam keadaan ini keadaan hidung yang tersumbat akan berulang kerana pembengkakkan berlaku dalam saluran pernafasan.
Rujuk doktor jika keadaan hidung tersumbat pada bayi tidak reda, masih tersumbat hidung atau semakin teruk walaupun telah mencuba menggunakan Sterimar-baby dan diikuti dengan ubat Oxematazoline.


Nasihat tambahan untuk anak yang batuk dan selesema:
1. Sekiranya anak tersebut didapati demam, kurangkan demam anak menggunakan ubat seperti paracetamol dengan dos yang betul melalui ukuran berat badan (15mg/kg setiap 6jam).
2. Boleh pertimbangkan memberikan madu untuk batuk dan sakit tekak hanya untuk anak berumur lebih daripada 1 tahun. 
Madu hanya boleh diberikan untuk umur setahun ke atas. Madu berkemungkinan mempunyai clostridium botulinum yang boleh menyebabkan ketoksikan botolinum yang boleh menyebabkan anak mengalami paralysis yang boleh membawa kepada kematian
3. Boleh cuba menggunakan semburan air laut/sea water untuk melegakan hidung anak yang tersumbat.
4. Hidrasi anak dengan air yang banyak atau kerap susukan bayi untuk membantu mencairkan kahak.
5. Boleh menggunakan “air humidifier’ di bilik anak-anak untuk menambahkan sedikit kelembapan kepada udara yang kering.
6. Sekiranya anak anda “wheezing” (pernafasan berbunyi seperti wisel) rujuk doktor secepat mungkin. Rawatan lain diperlukan untuk membuka semula saluran pernafasan yang mengecil.
7. Untuk mengelakkan hidung anak tersumbat, tinggikan sedikit bantalnya ketika mereka berehat atau tidur.
Semoga ibu-bapa tidak risau lagi
Disediakan Oleh Mohd Dziehan MustapaPegawai Farmasi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wnstory.my.id/2017/05/bayi-mengalami-selesema-dan-hidung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Atau Tidak Pakaikan Bayi Topeng Muka Untuk Elak Covid 19 Ini Ibu Bapa Kena Tahu

Perlu Atau Tidak Pakaikan Bayi Topeng Muka Untuk Elak Covid 19 Ini Ibu Bapa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 459 hits
Perbuatan mencuci tangan dengan air dan sabun serta menjaga jarak sosial adalah langkah utama bagi mencegah wabak COVID 19 yang sedang melanda negara dan dunia ketika ini Namun begitu tidak cukup andai kata tidak mempunyai perisai seperti t...
Doktor Ini Nasihatkan Ibu Bapa Mengenai Penggunaan Bedak Talkum Pada Muka Bayi

Doktor Ini Nasihatkan Ibu Bapa Mengenai Penggunaan Bedak Talkum Pada Muka Bayi

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 430 hits
Sudah menjadi satu norma dalam kebanyakan ibu bapa berkenaan mengenakan bedak talkum ke atas muka bayi selepas sahaja selesai memandikan mereka Namun begitu tahukah anda bahawa sebenarnya tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan bayi terseb...
Hindari Makanan Mengancam Bayi Amp Tidur Posisi Ke Kiri Ibu Ini Kongsi Pengalaman Kehamilan Yang Selamat

Hindari Makanan Mengancam Bayi Amp Tidur Posisi Ke Kiri Ibu Ini Kongsi Pengalaman Kehamilan Yang Selamat

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 318 hits
Setelah mengetahui diri sedang berbadan dua pastinya ibu akan melihat cara menjaga kandungan dengan sehabis baik supaya ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan yang sihat Kehamilan juga merupakan saat yang paling sesuai untuk wanita hami...
Messenger Kids Kini Boleh Digunakan Oleh Kanak Kanak Di Malaysia Dengan Pemantauan Ibu Bapa

Messenger Kids Kini Boleh Digunakan Oleh Kanak Kanak Di Malaysia Dengan Pemantauan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 510 hits
Terdahulu Facebook telah memperkenalkan iaitu sebuah variasi Facebook Messenger yang direka khusus untuk kanak kanak Bertujuan membolehkan mereka kekal berhubung melalui video atau teks dengan mudah bersama keluarga dan rakan rakan Ia perta...
Ikut Ibu Pulang Dari Malaysia Bayi Empat Bulan Positif Covid 19

Ikut Ibu Pulang Dari Malaysia Bayi Empat Bulan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 276 hits
Jumlah pasien positif Covid 19 di Sumatera Selatan hari ini bertambah 13 kasus sehingga menjadi 16 pasien Salah satu pasien terkonfirmasi positif baru adalah bayi berusia empat bulan
Mengerikan Ibu Gendong Bayi Terpental Diserang Kerbau Ngamuk

Mengerikan Ibu Gendong Bayi Terpental Diserang Kerbau Ngamuk

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 437 hits
Seorang ibu yang sedang menggendong bayinya secara tiba tiba diserang oleh seekor kerbau yang mengamuk Ibu dan bayinya itu langsung terpental dan mengalami luka luka Dialihbahasakan dari Daily Mail Senin insiden mengerikan tersebut terjadi ...
Walaupun Terpisah Dengan Bayi Susu Ibu Berjaya Dihantar Melalui Rentas Sempadan

Walaupun Terpisah Dengan Bayi Susu Ibu Berjaya Dihantar Melalui Rentas Sempadan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 379 hits
Ibu mana tidak sayangkan anak lebih lebih lagi tatkala bayi baru lahir memerlukan susu badan walhal kedua duanya terpisah akibat terkurung patuh perintah kawalan pergerakan Baca Terpaksa tinggal anak di Malaysia Itulah nasib sekumpulan kaum...
Kisah Ibu Hamil Guna Produk Kosmetik Mungkin Ada Merkuri Hingga Ganggu Bayi Dalam Kandungan

Kisah Ibu Hamil Guna Produk Kosmetik Mungkin Ada Merkuri Hingga Ganggu Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 369 hits
Tidak boleh dinafikan bahawa produk kosmetik merupakan sahabat bagi para wanita Ianya dihadirkan dalam pelbagai bentuk untuk pelbagai kegunaan antaranya krim pemutih pelembap pencuci muka dan banyak lagi Malah penggunaan merkuri larangan di...
Rai Kelahiran Bapa Buat Karipap Gergasi Saiz Bayi

Rai Kelahiran Bapa Buat Karipap Gergasi Saiz Bayi

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 280 hits
Karipap gergasi sama saiz dengan anak Tim Jowan Foto TimCORNWALL Seorang bapa mencipta kelainan dengan memasak karipap gergasi bagi meraikan kelahiran anaknya yang diberi nama Jowan dua minggu lalu Menurut Metro uk Tim Fuge 33 dari Liskeard...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp