Bau Perfume Louis Vuitton
Setelah 70 tahun lamanya tidak mengeluarkan koleksi perfume, akhirnya Louis Vuitton lancarkan koleksi perfume terbaru mereka. Pertama kali bila disembur dengan perfume Louis Vuitton..baunya sangat indah, luxury dan divine. Walaupun 12 jam berlalu masih lekat baunya. Even dah basuh baju pun masih ada tinggal baunya. Over!
Harga perfume Louis Vuitton super duper expensive! 100ml harga £185.00 = +- RM984. Harga di butik usahla dikata. Boleh mencecah RM1000. Jadi kalau ada yang jual Agopee RM260 sebotol untuk 100ml tu..paham-pahamla sendiri👻Original Louis Vuitton, botolnya saja dah nampak mewah. Botol kaca tebal dengan penutup magnetik. Jika beli di butik boleh engrave nama pada botol menjadikannya lebih peribadi.
Kredit: Louis Vuitton website
Dah alang-alang diberi samples perfume Louis Vuitton sajalah nak kongsi bau yang paling best. Samples yang diberi;
Haruman Wanita
1. ROSE DES VENTS2. LE JOUR SE LEVE3. ATTRAPE-REVES4. APOGEE
Haruman Lelaki
1. OMBRE NOMADE2. L'IMMENSITE
Susahnya nak pilih bau yang best. Sebab semuanya bau indah menusuk kalbu. Wangian LV saya paling obses dengan bau Roses Des Vents. Bau fruity rose. Sampai malam masih bau rose. Tak segan silu bila jumpa orang nak peluk-peluk cium pipi walaupun petang badan dah berlengas. Sebab rata-rata cakap wangi! Hihi.
Haruman lelaki pula saya prefer L'IMMENSITE. Bau citrus classic sporty tetapi masculin. Husband pun prefer bau yang sama. Ombre Nomade mula-mula sembur sangat kuat dan bau lelaki tulen masculin gitu. Macam bau arabic. Dah lama-lama baunya makin indah dan wangi. Bau ni memang kuat sungguh. Dah basuh baju pun masih tinggal bau.
TRIVIA tentang minyak wangi;
Ada 4 kategori pewangi;1. Parfumes. Kepekatan wangian paling tinggi supaya tahan lebih lama sehingga 12 jam. Harganya lebih mahal.
2. Eau de Parfum (EDP). Jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan parfumes.
3. Eau de Toilette (EDT). Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam.
4. Cologne. Paling murah. Perlu spray/sembur dengan kerap untuk kekalkan bau.
Terma perfume: Top notes, middle notes dan base note.
Spray perfume pada sikat rambut, supaya rambut sentiasa wangi :)
Samples LV ni guna untuk special events je. Muahaha. Nak beli LV ni mahal sangat. Sis tak sanggup. Lagipun banyak pilihan perfume di pasaran yang lebih berpatutan & wangi. Saya suka bau yang fruity, bau bunga yang lembut & romantis, tak sakit hidung...tetapi nak bau yang tahan lama. Sekarang ni obses dengan bau-bauan Jo Malone. Korang suka pakai perfume apa? Cer citerr...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2019/02/bau-perfume-louis-vuitton.html