Batu Nisan Bergelimpangan


Di negara ini, kadang-kadang terdengar cerita pelik dan luarbiasa. Apa yang terlintas di fikiran kita apabila menemui longgokan batu nisan yang baru dicabut dari tanah kubur.


ALOR GAJAH - Misteri batu nisan dicabut dan dipecahkan di Tanah Perkuburan Solok Zakaria, di sini, yang dikesan hujung Ramadan lalu, terungkai apabila ia didapati dilakukan dua beradik yang mendakwa menerima 'wahyu daripada tuhan'.
  
Beberapa batu nisan di kubur itu didapati pecah beberapa hari sebelum Aidilfitri 8 Ogos lalu. Bilangan nisan yang pecah bertambah selepas itu.

Katanya, seorang penduduk melihat seorang wanita berusia 58 tahun bersama adik lelakinya yang berusia 44 tahun sedang leka memecahkan batu nisan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Isnin lalu.
  
Menurut seorang penduduk yang tinggal kira-kira 50 meter dari kawasan kubur itu, Azri Ayob, 53, ketika kejadian, dia sedang memberi makan kepada ayam dan itiknya di reban di belakang rumahnya.
  
"Ketika itu saya lihat seorang perempuan dan lelaki sedang mencabut, memecahkan batu-batu nisan dengan tukul dan membuang batu-batu nisan tersebut.
  
"Saya tanya mereka mengapa buat begitu. Wanita itu berkata, dia mendapat 'alamat' daripada tuhan yang menyuruh dia mencabutkan batu-batu nisan di sini kerana tiada orang (mati) di tempat itu," katanya.
  
Azri berkata, bimbang lebih banyak batu nisan dipecahkan, dia menghubungi polis dan melaporkan perbuatan dua beradik itu.



Menurutnya, dia kembali semula ke kubur itu kemudian, tetapi dapati kedua adik beradik itu sudah beredar, dengan menaiki sebuah Proton Iswara Aeroback.   
   
"Saya kemudian mengekori sehingga ke rumah mereka sejauh kira-kira satu kilometer dan mencatat nombor pendaftaran kereta itu untuk diserahkan kepada polis," katanya.
   
Menurut Azri, dia menyedari batu nisan berkenaan tercabut beberapa hari sebelum hari raya ketika dia membakar rumput dan daun-daun kering di belakang rumahnya.
   
"Selepas membakar, saya sedar terdapat banyak batu nisan dilonggokkan di situ, tetapi masa itu saya tak pasti puncanya.
   
“Keesokan harinya, saya periksa tempat pembakaran itu dan melihat bilangan batu nisan bertambah. Apabila saya periksa kubur-kubur di situ, saya dapati lebih 50 batu nisan telah dicabut dan pecah,” katanya.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kedua orang yang disyaki itu ditahan di rumah mereka di Kampung Jelatang, kira-kira 4.30 petang hari yang sama.
   
”Siasatan awal mendapati wanita itu menyuruh adiknya mencabut batu-batu nisan di tanah perkuburan tersebut selepas mendapat 'rahmat' daripada tuhan.
   
"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui bagaimana ia memperoleh 'rahmat' seperti didakwanya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
   
Menurut Umar Ali, kedua-duanya kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan perkuburan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber : Sinar Harian






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fieznur.blogspot.com/2013/08/pelik-batu-nisan-bergelimpangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukang Khianat Baling Batu Dari Atas Jejambat Tol Akhirnya Ditangkap

Tukang Khianat Baling Batu Dari Atas Jejambat Tol Akhirnya Ditangkap

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 170 hits
JITRA Perbuatan khianat seorang lelaki membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Malau dekat sini sejak Ahad lalu berakhir apabila dia ditahan di jejambat Bandar Darulaman di sini hari ini Suspek ber...
Bukan Kali Pertama Dia Buat Hal Suspek Baling Batu Dari Flyover Ditahan

Bukan Kali Pertama Dia Buat Hal Suspek Baling Batu Dari Flyover Ditahan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 209 hits
Bukan kali pertama dia buat hal Suspek baling batu dari flyover ditahanSusulan tular video dashcam yang menunjukkan cermin sebuah kereta pecah akibat dilempar dengan batu dari flyover dalam kejadian di Malau sebelum susur ke Tol Jitra pada ...
Didakwa Terima Rp46 M Eks Wali Kota Batu Eddy Rumpoko Disidang Tanpa Pengacara

Didakwa Terima Rp46 M Eks Wali Kota Batu Eddy Rumpoko Disidang Tanpa Pengacara

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 156 hits
Mantan Wali Kota Batu Eddy Rumpoko menjalani sidang perdana di Pengadilan Tipikor pada Pengadilan Negeri Surabaya Selasa Dia didakwa menerima gratifikasi senilai Rp46 miliar
Cermin Kereta Pecah Dibaling Batu Dari Flyover Area Malau Jitra

Cermin Kereta Pecah Dibaling Batu Dari Flyover Area Malau Jitra

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 288 hits
The ReporterPerjalanan yang tenang di lebuhraya jangan disangka tiada individu yang akan melakukan onar sehingga merosakkan kenderaan anda Itulah yang berlaku kepada seorang pemilik kenderaan apabila cermin hadapan keretanya pecah akibat pe...
Diy Repair Windshield Kena Batu

Diy Repair Windshield Kena Batu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 168 hits
Pertanyaan yang diajukan said aku bw kete kl ipoh higway folo blkg lori tiba2 de batu jatuh dari lori ke apa xtahu ar cermin ada retak skit 1 tpt de sompek kecik kt cermin Nak buat camner bro Jawapan kami Thanks Hadi bertanya Secara ringkas...
Suspek Baling Batu Dari Flyover Sebab Bengang Selalu Dihimpit Lori

Suspek Baling Batu Dari Flyover Sebab Bengang Selalu Dihimpit Lori

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 114 hits
Suspek baling batu dari flyover sebab bengang selalu dihimpit loriPolis semalam menahan seorang lelaki yang membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Malau Jitra baru baru ini sehingga menyebabkan ker...
Prn Melaka Calon Bn Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu

Prn Melaka Calon Bn Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 158 hits
PRN Melaka Calon BN Kak Som Mahu Selesai Isu Banjir Sampah Di Pengkalan Batu MELAKA Isu banjir dan masalah pelupusan sampah menjadi antara perkara yang akan diberi perhatian calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Datuk ...
Kejohanan Pentanque Koperasi Peringkat Daerah Batu Pahat

Kejohanan Pentanque Koperasi Peringkat Daerah Batu Pahat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 114 hits
Pada 6 Mac 2013 telah berlangsungnya Kejohanan Pentanque Peringkat Daerah Batu Pahat anjuran Koperasi yang disertai oleh sekolah sekolah menengah Daerah Batu Pahat Pertandingan yang bermula pada pukul 7 45 pagi sehingga 5 30 petang Senarai ...
Mancongkam Chicken Rice Jalan Gombak Batu 4

Mancongkam Chicken Rice Jalan Gombak Batu 4

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 181 hits
Salam geng Ok kalini aku nak share ngan korang sebuah restoran ni Mancongkam nama dia yang mana speciality dierang adalah nasi ayam Apa yang bezanya nasi ayam dierang ngan nasi ayam lain diluar sana Meh sini kita rungkaikan ha gitu Aku mula...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000