Bateri 21 Hari Jam Pintar Ini Ada 7 Feature Penting Termasuk Waktu Solat Tng Qr


Bateri 21 Hari, Jam Pintar Ini Ada 7 ‘Feature’ Penting Termasuk Waktu Solat & TNG QR Ketika ini, di zaman yang penuh dengan kecanggihan teknologi, jam tangan pintar bagaikan satu alat yang perlu semua orang miliki kerana dapat membantu memudahkan pelbagai urusan. Kebiasaannya, pasti ramai yang buat perbandingan terlebih dahulu, supaya jam tangan pintar yang dibeli mesra dengan aktiviti hariannya.
Disebabkan itu jugalah kalau nak beli jam tangan pintar, kena tengok dulu ciri-ciri yang ada pada jam tersebut, kerana sekarang jam tangan bukanlah sekadar untuk lihat waktu, tapi lebih daripada itu.
Jadi, dalam penulisan artikel kali ini, min nak kongsikan satu jam tangan pintar yang harganya dalam bajet yang agak rendah, tapi didatangkan dengan pelbagai ciri yang gempak dan tak terfikir ia akan berada di dalam seutas jam. Perkara yang paling korang akan kagum adalah tentang daya tahan bateri yang dikatakan boleh cecah sehingga 3 minggu tanpa pengecasan.
HUAWEI WATCH GT 6 SERIES Seperti sedia maklum, HUAWEI kalau keluar produk baru, mesti akan buat ramai orang tak duduk diam, mesti berkobar-kobar nak beli supaya dapat menikmati ciri yang ditawarkan. Kali ini, giliran HUAWEI Watch GT 6 Series yang ‘dilahirkan’ dengan reka bentuk stylish dan juga menjanjikan pengalaman berprestasi tinggi. Pelbagai inovasi dan spec terbaru telah ‘disumbat’ ke dalam jam pintar ini, di mana mampu memudahkan urusan harian pengguna atau pemakainya.

7 Ciri Istimewa HUAWEI WATCH GT 6 SERIES 7 ciri yang bakal min persembahkan kepada korang ni adalah dari segi keselesaan pemakai dalam menguruskan segala aktiviti hariannya. Jadi, korang boleh anggap yang lebih banyak ciri canggih, boleh membuatkan kehidupan lebih mudah.
Bateri Tahan Sehingga 21 Hari
Tak perlu risau asyik nak kena cas, korang boleh nikmati kecanggihan HUAWEI GT 6 lebih lama dengan sekali cas sahaja. Pembayaran Kod QR TNG
Hanya imbas dari pergelangan tangan untuk bayar, tak perlu keluarkan dompet atau telefon bimbit. Cepat, mudah dan selamat. Aplikasi MyBorderPass
Melancong dengan mudah, hanya imbas jam di Imigresen. Serasi dengan Android & iOS
Tak kira korang guna telefon apa, jam ini akan berfungsi dengan lancar dan menyokong semua ciri. Kad Akses NFC
Tak bimbang terlupa bawa kad akses, cukup sentuh jam di pintu untuk masuk. Balas mesej WhatsApp dengan pantas
Tak perlu keluarkan telefon, boleh terus balas mesej dari jam Waktu Solat
Solat awal waktu, boleh semak waktu solat dalam Bahasa Melayu & Inggeris untuk kemudahan harian. Semua ciri ini direka untuk memudahkan hidup korang, dari pembayaran, travel, balas mesej sehinggalah perkara paling penting iaitu waktu solat, semuanya boleh terus dibuat dan disemak melalui pergelangan tangan korang tanpa ganggu rutin harian.
Tapi, korang jangan ingat habis kat sini je, min tak puas lagi perkenalkan jam tangan pintar ini kepada korang. Korang mesti kena tahu juga beberapa perkara lagi berkaitan produk terbaru dari HUAWEI ini.
Reka Bentuk HUAWEI Watch GT 6 Series Kena dengan kecanggihannya, HUAWEI Watch GT 6 Series baharu direka khas untuk mereka yang mementingkan gaya dan ketahanan. Bagi series ini, ada 3 pilihan yang ditawarkan untuk korang iaitu GT 6 Pro (46mm), GT 6 (46mm) dan GT 6 (41mm).

Bagi jenis GT 6 Pro (46mm), peranti ini dibina dengan aloi titanium gred aeroangkasa, kaca nilam, bahagian belakang seramik nanokristal, serta perlindungan tiga lapis dengan salutan logam ultra-kuat. Kelebihan bahannya membantu produk ini sebagai kalis calar, kalis air IP69 dan dilindungi daripada gurisan serta direka untuk ketahanan maksimum. Bagi Watch GT Pro, ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, perang dan kelabu.
Bagi Watch GT 6 (46mm & 41mm) pula segak tampil dengan reka bentuk keluli tahan karat yang anggun dan bulat, dengan menggabungkan elemen elegan bagi keselesaan harian. Tiga juga pilihan warna yang ditawarkan untuk jenis ini iaitu kelabu, hijau dan hitam untuk Watch GT 6 (46mm), manakala bagi Watch GT 6 (41mm) dihadirkan dengan putih, ungu dan perang.

Istimewanya jam tangan pintar ini adalah kerana mempunyai paparan lebih besar dan terang, yang dilengkapi dengan skrin AMOLED dengan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits untuk keterlihatan terbaik, sama ada di dalam atau di luar.
Apa yang lebih dahsyat, peranti ini ada 9 varian reka bentuk dan lebih 30,000 paparan muka jam yang boleh diubah suai untuk gaya yang benar-benar unik.
Sesuai Untuk Penggemar Aktiviti Sukan Bagi penggemar aktiviti sukan luar, jam tangan pintar ini sememangnya sesuai dengan korang. Selain mempunyai daya tahan yang lasak, jam tangan ini juga sesuai jika dipakai ketika aktiviti berlari kerana mampu menjejak jarak, ketinggian, kelajuan dan navigasi dengan ketepatan sehingga 99%. Bukan itu sahaja, peranti ini mampu menganalisis bentuk larian pemakai supaya pelari boleh perbaiki teknik dan mengurangkan risiko.
Itu baru untuk larian, bagaimana pula kalau buat aktiviti berbasikal. Jangan risau sebab jam tangan pintar ini boleh mengukur Functional Threshold Power (FTP) dan Cycling Virtual Power, di mana yang pertama di dalam industri jam tangan, tanpa perlu peranti tambahan. Apa yang menarik, jam pintar ini boleh mengesan secara automatik tunggangan pengguna, malah akan berhenti mengukur apabila pengguna berhenti di lampu isyarat.

Sesuai dengan gayanya yang elegan, HUAWEI Watch GT 6 Pro ini juga disematkan dengan teknologi berkaitan sukan golf di mana ada lebih 17,000 peta padang golf yang dikemas kini dengan ikon sektor yang boleh di zoom.
Antara ciri sukan lain yang dipasang dalam peranti ini adalah Trail Running yang mana berkemampuan untuk menganalisis dengan lebih tepat aliran ketinggian dan pembetulan kadar pace ketika pemakai membuat larian. Selain itu, sukan lasak seperti ski juga termasuk di mana jam tangan pintar ini berpotensi membaca trend purata cerun ketinggian dengan metrik prestasi yang lebih baik.
Tak cukup dengan ski, kita beralih kepada Freediving di mana jam tangan pintar ini menyokong selaman sehingga 40m dengan perlindungan IP69. Ketahanan air tahap profesional EN113319 yang menyokong PADI/SSI/AIDA.

Selain daripada beberapa jenis sukan itu, jam ini turut dilengkapkan dengan mod sukan serba lengkap di mana ada lebih 100 jenis sukan pergelangan tangan anda. Peranti ini juga dikatakan sebagai peranti penyelamat kerana dilengkapi dengan Super Fall Detection yang akan menghantar amaran dan SOS secara automatik jika tiada pergerakan dikesan selepas jatuh.
Tak habis lagi dalam kelebihannya untuk aktiviti sukan, jam tangan pintar ini juga mempunyai ciri Super Team-Up yang membolehkan korang berhubung serta buat perkongsian lokasi masa nyata, penyelarasan data serta amaran keselamatan. Ia juga mempunyai sistem Pemantauan Altitud Super 2.0 yang mana jika berada di ketinggian melebihi 2,500m, ia secara automatik menjejak SpO2, kadar jantung, tekanan, dan perubahan altitud, serta memberi amaran jika terdapat risiko.
Bantu Pantau Kesihatan Pengguna Rasanya tak lengkap nak gelar jam tangan pintar kalau tidak boleh memantau kesihatan si pemakai. Disebabkan itulah HUAWEI Watch GT 6 Series ini dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan melalui aplikasi HUAWEI Health pada Android dan juga iOS.
Antaranya ialah penjejakan jantung bersijil (GT 6 Pro) di mana bacaan kardiovaskular tahap profesional dengan ECG bersijil CE untuk pemantauan jantung yang tepat. Jam tangan pintar ini juga dilengkapi dengan pemantauan tidur melalui TruSleep, mengumpulkan data kesihatan dan kesejahteraan emosi di mana ia boleh mengesan data aktiviti jantung, emosi, tidur serta pengesanan multi dimensi untuk memantau sehingga 12 keadaan ekonomi.
Selain daripada itu, HUAWEI Watch GT 6 Series turut dilengkapi dengan muzik tidur, pelan Stay-Fit Pintar, Analisis Nutrisi dan juga meditasi. Semuanya ini boleh didapatkan percuma selama 3 bulan dengan pembelian HUAWEI Watch GT 6 series sekarang dan nikmati keahlian HUAWEI Health+.

Bukan Sekadar Jam Pintar HUAWEI Watch GT 6 Series bukanlah sekadar jam pintar, tapi ia boleh dianggap sebagai teman setia gaya hidup anda. Manakan tidak, dari senaman luar yang tepat hingga pemantauan kesihatan canggih, semuanya ‘dibungkus’ sekali dalam rekaan premium yang bergaya. Daya tahan bateri hingga 21 hari, muat naik muzik, peta dan muka jam kegemaran anda, jam ini sedia berjalan sekali anda.
Bagaikan sempurna, ada gaya, ada prestasi dan juga ada keselesaan, semuanya di pergelangan tangan anda untuk sama-sama menakluk hari yang penuh yakin dan santai.
Bukan sembang kosong, HUAWEI Watch GT 6 Series sudah tersedia di pasaran sekarang dengan harga dari RM999 dan nikmati hadiah bernilai sehingga RM446, termasuk HUAWEI FreeBuds 6i dan keahlian HUAWEI Health selama 3 bulan, mengikut terma dan syarat. Layari laman sosial rasmi HUAWEI untuk dapatkan lebih pendedahan terhadap produk terhebat ini. Korang juga boleh dapatkan peranti pintar ini melalui pautan-pautan rasmi di bawah:
HWS
SHP
LZD
TT
The post Bateri 21 Hari, Jam Pintar Ini Ada 7 ‘Feature’ Penting Termasuk Waktu Solat & TNG QR appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/04/bateri-21-hari-jam-pintar-ini-ada-7-feature-penting-termasuk-waktu-solat-tng-qr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Hari Ini Saya Tak Pernah Tinggal Solat Angeline Tan Enggan Sia Sia Permulaan Baru Berguru Dalami Agama

Sampai Hari Ini Saya Tak Pernah Tinggal Solat Angeline Tan Enggan Sia Sia Permulaan Baru Berguru Dalami Agama

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 189 hits
Pelakon Angeline Tan meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi dengan orang orang yang baik sejak dua tahun bergelar mualaf Kata isteri aktor Sabri Yunus itu perkara tersebut dapat membantunya dalam menebalkan iman di dada untuk bergelar Mu...
Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 1032 hits
CMF Headphone Pro dari Nothing kini dilancarkan dengan bergaya dalam pilihan warna Light Green Light Grey dan Dark Grey Ini merupakan peranti audio kedua bagi kategori fon kepala dari Nothing selepas Hedphone yang baru juga dilancarkan tahu...
Penentuan Waktu Solat Dalam Penerbangan Dengan Halal Trip Dan Panduan Berwuduk Serta Solat Dalam Pesawat

Penentuan Waktu Solat Dalam Penerbangan Dengan Halal Trip Dan Panduan Berwuduk Serta Solat Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 848 hits
PENENTUAN WAKTU SOLAT DALAM PENERBANGAN DENGAN HALAL TRIPSaya tahu berkenaan Halal Trip sewaktu membuat carian persediaan trip ke Jepun Ketika itu buat kali pertama saya perlu menunaikan solat Subuh sewaktu dalam penerbangan Bagaimana kita ...
11 Aturan Keluarga Yang Sering Hilang Batasan Penting Yang Terlalu Lama Dinormalisasi

11 Aturan Keluarga Yang Sering Hilang Batasan Penting Yang Terlalu Lama Dinormalisasi

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 180 hits
Keluarga yang sehat dibangun dari aturan sederhana tapi penting menghargai privasi komunikasi tanpa bentakan melibatkan anak dalam keputusan dan tugas rumah memberikan ruang mengejar minat menghargai kesehatan mental menghentikan perbanding...
Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 202 hits
Penulis Dr Nurul Liyana Berahim Dr Nor Atika Md Ashar Pelajar Siswazah Program Kepakaran Doktor Odontologi Forensik Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia Pensyarah Kanan Pakar Odontologi Forensik Fakulti Pergigian Universiti Keba...
Penyelidik Temui Cara Paparkan Hologram 3d Dari Skrin Telefon Pintar

Penyelidik Temui Cara Paparkan Hologram 3d Dari Skrin Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 861 hits
Penyelidik dari sekolah Fizik dan Astronomi University of St Andrews telah berjaya mencipta peranti optoelektronik baharu yang menggabungkan OLED dan metasurface holografik Penemuan ini membuka jalan kepada paparan hologram dipancar terus d...
Kenapa Kotak Packaging Kosmetik Custom Penting Untuk Naikkan Keyakinan Pelanggan

Kenapa Kotak Packaging Kosmetik Custom Penting Untuk Naikkan Keyakinan Pelanggan

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 176 hits
Dalam dunia perniagaan kosmetik yang semakin kompetitif packaging produk memainkan peranan yang besar dalam menarik perhatian pelanggan Bukan sekadar melindungi produk tetapi kotak packaging kosmetik custom adalah medium branding yang mampu...
Telefon Pintar Anda Mungkin Terancam Walaupun Guna 5g Kaspersky

Telefon Pintar Anda Mungkin Terancam Walaupun Guna 5g Kaspersky

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1117 hits
Walaupun rangkaian 5G menjanjikan kelajuan dan keselamatan yang lebih baik penyelidik dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura telah mendedahkan satu serangan baharu dikenali sebagai SNI5GECT Serangan ini mengeksploitasi kelemaha...
Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Indonesia 5h 4m Jakarta Bandung Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Design Menarik Jualan Pun Meningkat Inilah Kuasa Visual Dalam Marketing

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun

Lirik Lagu Semoga Ada Waktu Luang Feby Putri

Viral Video Shows What A Newspaper Delivery Boy Can Do With 17 Years Of Experience