Batal Asb Loan Duit Yang Saya Bayar Tiap Bulan Tak Dapat Semula


Setiap kali ada soalan tentang pembatalan ASB Loan,kadang-kadang susahnya saya nak jawab satu-satu.Ada tu yang bertanya malasnya nak membaca dulu kan,Malas nak faham apa yang orang dah tulis panjang lebar sebab tu soalan yang sama je ditanya.Bila macam ni memang saya tak jawab.Kadang-kadang kesian juga bila katanya


 
1.Pergi bank orang tu tak terang pun details macam ni.
2.Mak saya suruh kira mcam tu dan macam ni.
3.Saya tak faham sangat lah kak.
Jadi bila saya rasa ada masa dan mood  baik ketika itu,saya cuba jugalah jawab soalan korang yang buat dah bertahun asb loan,tetapi apa yang korang buat korang tak faham lagi tu.
.Apapun jangan lupa baca artikel tentang asb banyak dalam blog ni ya.Jangan terus whatsapp akak dan perlukan jawapan segera sebab akak ni taklah free sentiasa.Banyak info dah ditulis di blog tinggal baca sahaja.

Antara artikel berkaitan boleh baca artikel di bawah ni ya:

batalkan loan asb berapa dapat pulangan.

 
 Dah baca sampai habis?Jangan baca skip-skip ya.Janganlah tanya soalan yang akak dah tulis dan terangkan.Bagilah soalan lain sikit.hehehe..

Sebenarnya bila buat asb loan dan ada perancangan nak batalkan ada 3 perkara je yang adik-adik ni akan "concern"selalunya.Antaranya :

1.Duit yang saya bayar bulan-bulan tu dapat semula tak.
2.Dividen saya akan dapat tak?
3.Saya kena penalti tak?
Bila soalan ni berlegar dalam kepala korang bila nak batalkan asb loan itu bukti samada awak tak faham apa yang  dibayar tiap-tiap bulan tu atau banker yang tolong awak buat asb loan tu tak explain bagi awak faham.Haha,,apa-apalahkan,Silap awak juga kenapa tak tanya banyak-banyak sebelum muktamad nak buat simpanan asb loan betul tak?
Untuk soalan pertama "Duit yang saya bayar bulan-bulan tu dapat semula tak,Dapat yang tu pun ok lah?",
Contoh saya buat 50K,sebulan saya bayar 300.Saya dah buat 3 tahun.Jadi total saya bayar
300 x 36 bulan =RM10,800.Jadi bila saya batalkan loan asb saya ni,saya dapatlah semula duit yang saya bayar ni kan?
Jawapannya TAK!
Banyak cantik heheh..,ingat bank ni buat charity ke,bagi pinjam duit takde interest.Jawapannya TAK.Dalam artikel ni akak ada explain : berapa dapat pulangan kalau batalkan asb loan

Awak memang takkan dapat total duit yang awak dah bayar sebab ada interest.Awak hanya dapat cash value sahaja.Cara nak dapat anggaran cash value dalam artikel diatas akak ada bagi contoh.Boleh hadam caranya.


Habis tu rugilah saya,saya bayar 10,800..Contoh dapat cash value RM 3000 plus je.Saya tertipu,mana pergi duit saya.Bank dah ambil dan telan semua.
Oopss...korang kira cash value je ke?
Awak kena ingat,dividen yang awak dah ambil tiap tahun tu dapat dari mana?Kan dari duit sijil loan asb tu.Nak tahu untung atau rugi,awak tak boleh ambil bulat-bulat dari cash value.Awak kena totalkan dividen dan cash value tu .Itulah sebenarnya duit yang korang simpan selama ini.
Contoh
Tahun pertama dividen 7% : 3500
Tahun kedua dividen 6.5 % :3250
Tahun ketiga dividen 5.5% :2750
Total dividen 3 tahun yang korang dah amik: 9500
Dividen ni awak tambah dengan jumlah cash value awak dapat.Lepas tu awak tolak dengan apa yang  awak bayar selama beberapa tahun tu.Jadi itulah keuntungan awak selama buat asb loan.
Ala sikit je kak.
Ya lah,sebab awak baru buat 3 tahun lepas tu dah nak terminate ASB LOAN .Itulah awak dapat.Cuba simpan lama sikit.
Kalau buat sampai habis pula contoh buat selama 30 tahun:jumlah dividen terkumpul + sijil 50k ni akan dapat.
Jadi janganlah bayangkan bayar banyak tu nak dapat balik semua bayaran tu.Kena fikir balik dividen selama ni dah guna kemana?

Kalau bank tak pinjamkan duit dia 50k tu,boleh dapat tak dividen banyak diatas tu.Tak kan?Jadi itulah sebenarnya konsep menyimpan dalam asb loan.
 
2.Soalan kedua,dividen akan dapat tak kalau saya batalkan?
Mestilah dapat selagi mana asb sijil tu ada dalam akaun.Contoh awak isi borang pembatalan loan asb bulan Oktober.Pembatalan asb loan ni ambil masa paling cepat 2 minggu paling lambat 2 bulan.Letaklah dalam sebulan baru settle.Jadi dalam bulan 11 macam tu awak tak bayar dah sebab loan asb dah batal.Bila loan asb dah batal maknanya sijil dah dijual tiada lagi sijil dalam akaun asb korang.
Maknanya dalam tahun tu hanya ada 10 bulan je ada sijil.Jadi dividen yang awak akan dapat tahun depan hanya untuk 10 bulan sahaja.Bermula dari bulan januari hingga bulan bulan october.Dividen akan dapat prorata.
Cara kiranya,contoh dividen tahun depan declare 6 %.
SIJIL korang ada 100k
Jadi cara kira : ( 100k x 6%) /12 x 10 bulan
                     anggaran dalam RM5000.


Jadi,kesimpulannya.Jangan risau dividen still dapat ok.Cuma kalau awak nak dapat dividen penuh tetapi nak batalkan loan asb sebab nak kurangkan komitment.Bolehlah refinance je loan tu dengan installment lebih rendah.Boleh tanya akak lebih detail mengenai asb loan refinance.
Bila refinance ni awak tak hilang sijil dalam loan.Boleh dapat cash value (jika layak) dan masih buat simpanan asb loan dengan kadar bayaran yang korang rasa mampu.



3.Soalan ke 3,kalau saya batalkan asb loan kena penalti tak.
Sebenarnya kalau awak ada baca artikel dalam blog ni,banyak kali dah akak tulis.Penalti ni rasanya semua bank dah mansuhkan.Cuma kalau asb loan tak sampai setahun tetapi dah nak batalkan.Mungkin awak kena bayar upfront insurance dulu untuk tutup akaun.Nanti insurance akan dipulangkan semula mengikut kadar pulangan mereka.Yang ni awak kena tanya dengan bank yang awak buat asb loan tu ya.
Ada juga yang baru buat asb loan belum start lagi bayar dah nak batalkan.Ayoo adik-adik,sebelum buat boleh fikir dulu kan.Kenapa terburu-buru buat?Walaupun baru buat belum lagi start bayar,tetapi bila loan dah lulus dan dah disbursed,awak tetap dikenakan bayaran.
Sebab bila loan dah disbursed,dividen dah start kira dalam asb akaun awak tu.Tahun berikutnya mesti dapat prorata dividen.Jadi tetap kena bayar sikit ya.Nak selamat jangan isi borang apa-apa kalau belum ready nak buat asb loan ya.Jangan susahkan diri dan jangan susahkan orang lain yang dah proses loan awak juga.
Jadi ada lagi nak batalkan loan asb?Jangan lupa walkin ke bank awak buat loan tu dan tanya banyak-banyak soalan.
Masih sayang simpanan di asb loan,nak kurangkan bayaran sahaja?Ok laju-laju whatsapp akak sekarang.No akak (011-23716700),dimana pun korang akak akan sedia membantu.Ceewahh..
Oklah dik,...urus kewangan dengan bijaksana ya.Jangan terburu-buru dan jangan tamak haloba.Simpan duit semampunya kita.
Jumpa lagi...Penat akak taip,lagi penat dapat soalan yang sama je tiap hari.Baca dulu semua artikel sebelum tanya akak ya.
Ok daa....

 
Appreciate your time reading this entry.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2020/10/batal-asb-loanduit-yang-saya-bayar-tiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
039 Cuci 039 Duit Haram Datuk Polis Dibebaskan Sebelum Ditahan Semula

039 Cuci 039 Duit Haram Datuk Polis Dibebaskan Sebelum Ditahan Semula

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 422 hits
Kuala Lumpur Lelaki bergelar Datuk yang menjadi dalang Macau Scam dan perjudian serta terbabit dalam pengubahan wang haram bersama pegawai dan anggota polis sudah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Men...
4 Bulan Kahwin Puteri Sarah Dedah Hamil Luar Rahim Keguguran Nyawa Hampir Melayang

4 Bulan Kahwin Puteri Sarah Dedah Hamil Luar Rahim Keguguran Nyawa Hampir Melayang

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 914 hits
Satu benda yang harus diketahui Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul masa itu tahun 2014 Ectopic pregnancy lagi menakutkan sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital source
Bukan Kaleng Kaleng Napi China Ini Kabur Dari Lapas Tangerang Setelah 8 Bulan Bikin Gorong Gorong

Bukan Kaleng Kaleng Napi China Ini Kabur Dari Lapas Tangerang Setelah 8 Bulan Bikin Gorong Gorong

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 276 hits
Satu persatu fakta dibalik pelarian narapidana mati kasus narkoba Cai Changpan alias Cai Ji Fan dari Lembaga Permasyarakatan Klas 1 Tangerang terungkap Terbaru bahwa Cai Ji Fan menggali lubang di dalam sel tahanan setiap malam hingga pagi s...
Daftar 5 Bantuan Yang Cair Bulan Ini Blt Hingga Tarif Listrik Turun

Daftar 5 Bantuan Yang Cair Bulan Ini Blt Hingga Tarif Listrik Turun

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 232 hits
Pemerintah sepakat akan memperpanjang bantuan sosial berupa BLT maupun sembako kepada masyarakat hingga pekerja korban PHK yang terdampak pandemi virus corona atau Covid 19 Bantuan yang sudah berjalan pun seperti BLT Subsidi Gaji hingga kuo...
Kisah 3 Bulan Menyepi Dari Berblog

Kisah 3 Bulan Menyepi Dari Berblog

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 299 hits
As Salam Syukur Allah masih panjangkan usia dengan kurniaan kesihatan tubuh badan yang baik Sebelum taip entri ni sempat tengok balik bila last aku update blog ni Rupanya dekat dua bulan lebih blog ini sepi dan sunyi dari sebarang entri Lam...
Dua Bulan Senyap Tanpa Berita Peminat Lega Lihat Ahn Jaehyun Dalam Foto Terbaru

Dua Bulan Senyap Tanpa Berita Peminat Lega Lihat Ahn Jaehyun Dalam Foto Terbaru

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 344 hits
Sejak berita penceraiannya bersama pelakon Gu Hye sun diuar uarkan pada media Ahn Jae hyun mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja Malah dia turut meninggalkan laman media sosialnya sepi tanpa perkhabaran sehingga membuatkan ramai pe...
Oktober Bulan Kesedaran Sindrom Down

Oktober Bulan Kesedaran Sindrom Down

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 431 hits
Assalamualaikum Hai Buat yang memang follow CikSha di blog atau di sosial media yang lain macam FB dan IG mesti dah tahu yang CikSha mempunyai seorang anak istimewa Sindrom Down Tahun 2020 ni umur nya dah 4 tahun Alhamdulillah Allah masih b...
6 Permainan Pilihan Bulan Oktober 2020

6 Permainan Pilihan Bulan Oktober 2020

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 307 hits
Nampaknya bulan Oktober makin menarik dengan pelbagai permainan yang ramai nantikan Tanpa buang masa lagi mari lihat 6 permainan pilihan yang dilancarkan pada bulan spooky ini 1 Crash Bandicoot 4 It s About Time 2hb Oktober embedded content...
Jemaah Pertama Tiba Di Masjidil Haram Selepas Hampir 6 Bulan Sekatan Ibadat Umrah

Jemaah Pertama Tiba Di Masjidil Haram Selepas Hampir 6 Bulan Sekatan Ibadat Umrah

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 259 hits
Akhirnya jemaah pertama tiba di Masjidil Haram semalam selepas dikatakan lebih enam bulan ibadat umrah disekat akibat wabak Covid 19 yang berleluasa ini Alhamdulillah mesti jemaah tersebut bersyukur dan sangat seronok sebab bukan senang tau...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt