Banyak Sarang Ular Tedung 1mdb Diurus Sekumpulan Orang Bodoh


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melaksanakan semakan sebelum menyertai usaha sama (JV) bernilai AS$6 juta dengan sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan dana kekayaan berdaulat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
Aabar Investment PJS merupakan subsidiari sebenar IPIC sementara Aabar BVI adalah syarikat yang diperbadankan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Lo serta rakan sekutunya di British Virgin Islands dan dibubarkan pada Jun 2015.
Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata bagaimanapun beliau tidak mengambil tindakan sendiri untuk mengesahkan sama ada dua “Aabar” itu adalah satu syarikat yang sama dan hanya menerima kata-kata Jho Low.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Muhammad Shafee: … tetapi anda akan menyertai JV bernilai US$6 juta dengan syarikat ini?
Shahrol Azral: Pada ketika itu, kami (Lembaga Pengarah 1MDB) tidak mempunyai sebab untuk meraguinya. Jika dilihat kembali, saya setuju adalah sepatutnya berbuat demikian.
Muhammad Shafee: Anda bersetuju dengan saya, pasukan (penasihat kewangan) Goldman Sachs yang diketuai oleh Tim Leissner sepatutnya melaksanakan semakan ke atas kedua-dua Aabar?
Shahrol Azral: Jika ada yang tidak kena, kami jangkakan Goldman Sachs, selaku penasihat kewangan berbayar, akan beritahu kami.
Tak semak sebab percaya Jho Low
Tahun lepas, pihak berkuasa Amerika Syarikat melarang Leissner daripada terbabit dalam industri sekuriti apabila dia mengaku bersalah terhadap dakwaan konspirasi rasuah dan pengubahan wang berkaitan 1MDB serta dijadualkan dijatuhi hukuman di mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York tidak lama lagi.
Sementara itu, saksi tersebut juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa memandangkan 1MDB tidak melakukan semakan kerana percaya akan kata-kata Jho Low, mereka menjangka tindakan tersebut akan diambil oleh Goldman Sachs.
Disoal lanjut oleh Muhammad Shafee, Shahrol Azral berkata beliau tidak terkejut apabila IPIC menafikan sebarang kaitan dengan Aabar BVI pada 2016.
“Saya mendengar pendedahan mengenai 1MDB daripada media pada 2015. Jangan salah faham, tetapi dari segi emosi, saya terpempan selepas mendengar laporan bagaimana mereka (1MDB) membelanjakan wang itu … justeru, saya tidak terperanjat dan hanya serahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya.
Muhammad Shafee kemudian membangkitkan perincian seperti perbezaan kepala surat dan tandatangan pada dokumen yang diserahkan oleh Aabar BVI kepada 1MDB, Shahrol Azral menjawab, baik beliau mahupun pengurusan 1MDB tidak perasan akan hal tersebut ketika itu.
Muhammad Shafee: Jadi, tiada sesiapa pun dalam pengurusan 1MDB membangkitkan isu ini (perbezaan tersebut) kepada anda?
Shahrol Azral: Tidak ada.
Muhammad Shafee: (Jika) Seluruh pasukan pengurusan 1MDB tidak nampak perbezaan-perbezaan itu, anda tidak boleh menyangka perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu (Najib) akan perasan?
Shahrol Azral: Tiada komen.
Untuk rekod, dilaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara melaporkan 1MDB telah membayar RM4.24 bilion kepada Aabar BVI pada 2012 sebagai deposit sekuriti.
Sepanjang prosiding hari ini, Muhammad Shafee yang merujuk Aabar Investment PJS sebagai “big Aabar” (Aabar besar) dan Aabar BVI sebagai “small Aabar” (Aabar kecil), berkata pengurusan 1MDB sekali lagi terjatuh ke dalam “cobra pits” (sarang ular tedung).
Muhammad Shafee: Anda perasan yang kita bergerak melalui banyak sarang ular tedung … 1MDB ini pastinya diuruskan oleh sekumpulan orang bodoh yang sanggup meredah sarang-sarang ular ini.
Shahrol Azral: Saya tidak mahu ulas mengenai perkara itu.
Selepas rehat tengah hari, seorang lagi peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed mengemukakan kepada saksi minit mesyuarat pemegang saham yang ditandatangani Najib sebagai wakil Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc) yang disertakan lampiran terma dan syarat berkaitan penjualan tanah membabitkan pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (kini dikenali TRX) di antara Aabar BVI dan 1MDB.
Shahrol Azral berkata beliau tidak tahu jika Najib melihat minit itu bersama-sama lampiran dan beliau juga tidak bertindak memaklumkan kepada Najib sebelum melaksanakan arahan dokumen berkenaan.
Wan Aizuddin: Adakah anda tahu sama ada ini (minit mesyuarat pemegang saham bersama lampiran) ditunjukkan kepada Najib?
Shahrol Azral: Saya tidak tahu.
Wan Aizuddin: Melihatkan pada kandungannya, adakah anda bersetuju, berdasarkan pada muka depan dokumen, tanggapannya ialah usaha sama itu adalah di antara 1MDB dan Aabar yang sebenar?
Shahrol Azral: Ya.
Wan Aizuddin: Bagi yang tidak arif, apabila anda melihat 1MDB dan Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI), seseorang yang tidak dimaklumkan mengenai keganjilan yang ada, akan menerimanya sebagai yang sebenar?
Shahrol Azral: Ya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
– Bernama
The post ‘Banyak sarang ular tedung, 1MDB diurus sekumpulan orang bodoh’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/04/banyak-sarang-ular-tedung-1mdb-diurus-sekumpulan-orang-bodoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wow Wanita Cemas Jumpa Ular Tedung Dalam Tab Mandi Semua Angkara Suami

Wow Wanita Cemas Jumpa Ular Tedung Dalam Tab Mandi Semua Angkara Suami

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 749 hits
Wanita cemas jumpa ular tedung dalam tab mandi semua angkara suami Seekor ular tedung dijumpa dalam tab mandi Foto Silverfox Snake Rescue SWNSSEORANG lelaki membuatkan isterinya berang selepas meletakkan seekor ular tedung di dalam tab mand...
Cerita 4 Pelajar Di Bandar Lampung Masuk Sarang Ular Demi Belajar Daring

Cerita 4 Pelajar Di Bandar Lampung Masuk Sarang Ular Demi Belajar Daring

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 240 hits
Empat pelajar asal Bandar Lampung harus berusaha keras untuk mengikuti sekolah online karena orang tua mereka tak mampu membelikan kuota Diketahui pandemi Covid 19 membuat para siswa harus belajar dari rumah Tak hanya itu sebagian pembelaja...
Speaker Rejects Pua S Bid For Special 1mdb Panel

Speaker Rejects Pua S Bid For Special 1mdb Panel

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 316 hits
The Speaker Azhar Harun said Tony Pua should submit a private motion PETALING JAYA Damansara MP Tony Pua s proposal for a special committee to monitor the recovery of 1MDB related cash and assets was rejected today by Dewan Rakyat Speaker A...
Bersatu Tembak Umno Tak Redha Dengan 1mdb Bosku

Bersatu Tembak Umno Tak Redha Dengan 1mdb Bosku

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 229 hits
Pemimpin muda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu dialog menyatakan tidak redha dengan skandal 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd Pendirian Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu sekali gus dilihat men...
Viral Gadis Pelihara 6 Ular Phyton Sekaligus Bikin Geleng Kepala

Viral Gadis Pelihara 6 Ular Phyton Sekaligus Bikin Geleng Kepala

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 280 hits
Pada umumnya gadis remaja senang memelihara hewan hewan yang menggemaskan seperti kucing anjing kelinci hingga marmut Namun hal berbeda dilakukan oleh Chalwa Ismah Kamal Gadis berusia 14 tahun ini memelihara ular piton atau ular sanca beruk...
Pangsapuri Mempunyai Reka Bentuk Seperti Ular

Pangsapuri Mempunyai Reka Bentuk Seperti Ular

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 335 hits
Sebuah ular gergasi mengingatkan pada dewa Quetzalcoatl Mexico boleh didapati di tengah tengah landskap alam Naucalpan Direka oleh Javier Senosiain Quetzalcoatl s Nest mengandungi 10 pangsapuri menduduki kawasan seluas 1500 meter persegi Te...
Dimas Sekolah Sendiri Karena Tak Punya Smartphone Banyak Siswa Senasib

Dimas Sekolah Sendiri Karena Tak Punya Smartphone Banyak Siswa Senasib

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 187 hits
Dimas Ibnu Alias tetap bersemangat bersekolah sendiri di dalam kelas Dia sekolah sendirian karena tak punya ponsel pintar Dimas dinilai merupakan fenomena gunung es Kasus seperti Dimas dengan kesulitan membeli smartphone ini sebenarnya bany...
Ular Danu Di Kaki Langit

Ular Danu Di Kaki Langit

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 446 hits
Petang ini direzekikan untuk saya lihat satu pembentukan pelangi yang sempurna cantiknya di kampung saya Saya tunjukkan pada ayah dan mak yang sedang berehat di belakang rumah Oh Ular danu ujar ayah saya Ular apa saya tanya balik Orang tua ...
1mdb Audit Report Trial Court To Hear Najib S Bid To Recuse Sri Ram On Oct 16

1mdb Audit Report Trial Court To Hear Najib S Bid To Recuse Sri Ram On Oct 16

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 235 hits
The High Court in Kuala Lumpur has fixed Oct 16 to hear Najib Abdul Razak s application to recuse former Federal Court judge Gopal Sri Ram from prosecuting the former prime minister s 1MDB audit report tampering trial The hearing date was f...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia