Bantuan Tunai Rm300 Rm500 Untuk Lockdown Tak Cukup




Bantuan tunai RM300, RM500 untuk lockdown tak cukupOleh: Redzuan RF8 MediaJune 02, 2021ShareKerajaan Perikatan Nasional (PN) didesak untuk mengkaji semula pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus, terutama segmen bantuan kepada rakyat.
Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) berkata, bantuan tunai dan moratorium pinjaman bank yang disediakan oleh kerajaan terlalu kecil untuk menjamin rakyat hidup selesa mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 atau lockdown.
“Bantuan one off kepada isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500, hanya RM500, manakala isi rumah yang berpendapatan antara RM2,500 ke RM5,000, mendapat RM300 sahaja.
“Jumlah ini sangat kecil dan tidak memadai untuk membantu mereka yang terjejas, terutamanya sekiranya PKP 3.0 ini dilanjutkan selepas 14 Jun nanti.
“Manakala diskaun bil TNB hanya kepada golongan kelompok kecil sahaja, itu pun hanya 10%. Pengguna domestik langsung tak dapat apa-apa manfaat, sedangkan mereka disuruh “stay at home”. Pastinya bil domestik akan meningkat mendadak pada bulan Jun 2021 seperti mana yang berlaku pada Mac dan April 2020 lalu,” kata jawatankuasa itu.
Pakatan Harapan turut mempertikaikan moratorium bank yang diberi kepada pemohon yang kehilangan pekerjaan, serta subsidi upah pula hanya untuk sebulan.
Menurut mereka, bank terus mencatat keuntungan besar sekepas PKP 1.0 lalu dan mereka sepatutnya lebih prihatin serta membantu rakyat ketika PKP kali ini.
“Moratorium bank selama 3 bulan, hanya untuk golongan B40, tiada manfaat serupa kepada golongan M40 kecuali mereka membuktikan mereka turut terjejas, iaitu beban bukti terletak pada bahu mereka.
“Sepatutnya moratorium secara automatik tanpa permohonan kepada semua golongan B40 dan M40, kerana bank adalah golongan kaya yang sepatutnya memberikan lebih banyak bantuan kepada rakyat yang terkesan.
“Subsidi upah pula hanya sebulan tanpa dinyatakan berapakah jumlah untuk seorang pekerja, apakah masih pada kadar RM1,200 untuk setiap orang pekerja?” tanya mereka.
Bagaimanapun Jawatankuasa Kos Sara Hidup tetap menyambut baik lanjutan HOC sehingga 31 Dis 2021, yang dijangka akan dapat merancakkan lagi industri pembinaan dan perumahan swasta. Bukti jelas polisi yang dimulakan ketika zaman Pakatan Harapan itu adalah skim yang baik dan kini diteruskan.
Namun menurut mereka, kerajaan PN perlu berbelanja lebih besar bagi menangani kemerosotan pendapatan rakyat.
Kata mereka, daripada RM40 bilion yang dinyatakan, sebenarnya RM5 bilion sahaja diberikan secara terus dan dapat dirasai oleh rakyat. Maknanya RM35 bilion yang diumumkan hanya ‘indah khabar dari rupa’, bukannya suntikan dana secara langsung tetapi ia adalah fiskal atas kertas sahaja.
“Bantuan harus konsisten dan dapat diramalkan untuk membolehkan rakyat merancang lebih awal. Ia tidak boleh ditaburkan secara tiba-tiba semasa lockdown yang diumumkan secara tiba-tiba.
“40% daripada KDNK Malaysia berada di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan gangguan terhadap kehidupan normal telah berlaku di kawasan-kawasan ini sejak PKP bermula pada 12 Mei dan bukan hanya untuk 14 hari yang akan datang sekarang,” kata mereka lagi.
Oleh itu, Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH berpendapat bagi mendapatkan kesan yang betul-betul membantu, bantuan harus retrospektif dan meliputi bulan-bulan sebelumnya dan harus diteruskan sehingga vaksinasi selesai dan “herd immunity” dicapai.
Bantuan tidak boleh dibuat secara “one-off” seolah-olah ianya dedak, yang sememangnya tidak bertujuan untuk membantu rakyat, tetapi hanya cubaan untuk menaikkan imej politik PN.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Hassan Abdul Karim (KEADILAN), Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah), Chong Chieng Jen (DAP), Natrah Ismail (KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (dap), Chan Foong Hin (DAP) dan Cha Kee Chin (DAP).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/bantuan-tunai-rm300-rm500-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan Rm500 Rm300 Dan Rm100

Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan Rm500 Rm300 Dan Rm100

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 374 hits
Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500 RM300 dan RM100 ini merupakan bantuan terkini oleh kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan Pada 31 Mei 2021 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yass...
Bkss 6 0 Bantuan Tunai Rm500 Bujang Sarawak Rm250 Ketua Isi Rumah B40

Bkss 6 0 Bantuan Tunai Rm500 Bujang Sarawak Rm250 Ketua Isi Rumah B40

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 418 hits
Kerajaan Sarawak ada mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6 0 menerusi 15 langkah untuk meneruskan lagi kelangsungan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah bermula semenjak 29 Mei 2021 sehingga 11 Ju...
Bantuan Rm500 Untuk Kumpulan B40

Bantuan Rm500 Untuk Kumpulan B40

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 287 hits
Oleh KOSMO Gambar hiasanPETALING JAYA Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM2 1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi kategori isi rumah yang berpendapa...
Senarai Penuh Bantuan Tambahan Kerajaan Sempena Lockdown Malaysia

Senarai Penuh Bantuan Tambahan Kerajaan Sempena Lockdown Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 457 hits
Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena Lockdown Malaysia Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini merupakan hari pertama lockdown Malaysia Perintah kawalan pergerakan lebih ketat ini adalah selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 seh...
Bantuan Khas Lockdown Kepada Rakyat Malaysia Dan Sektor Ekonomi Terkesan

Bantuan Khas Lockdown Kepada Rakyat Malaysia Dan Sektor Ekonomi Terkesan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 258 hits
Kementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan Total Lockdown di seluruh negara bermula selasa ini TARIKH PENGUMUMAN BANTUAN Pengumuman mengenai pakej bantua...
Isi Rumah Pendapatan Bawah Rm2 500 Dapat Bantuan Rm500

Isi Rumah Pendapatan Bawah Rm2 500 Dapat Bantuan Rm500

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 407 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 May 2021 9 13 pmDikemaskini 9 22 pmPerdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaru kerajaan ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan p...
Isi Rumah Bawah Rm2 500 Terima Bpr Tambahan Rm500 Isi Rumah Rm2 501 Rm5 000 Terima Rm300 Bujang Rm100

Isi Rumah Bawah Rm2 500 Terima Bpr Tambahan Rm500 Isi Rumah Rm2 501 Rm5 000 Terima Rm300 Bujang Rm100

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 367 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa isi rumah berpendapatan bawah RM2 500 akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat tambahan sebanyak RM500 lagi Selain itu isi rumah yang berpendapatan antara RM2 501 hingga RM5 000 pula ...
Mahu Orang Ramai Self Lockdown Michael Ang Sedia Beri Rm500 Buat Mereka Yang Patuh

Mahu Orang Ramai Self Lockdown Michael Ang Sedia Beri Rm500 Buat Mereka Yang Patuh

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 294 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Umum tahu Malaysia kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan di mana beberapa sektor telah ditutup waktu operasi dengan lebih awal bagi mengurangkan penu...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa