Bantuan Khas Bakul Makanan Nadma
BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN NADMA
Sementara menantikan Bantuan Tunai yang dijanjikan Kerajaan, bantuan bakul makanan ini amat mustahak supaya tiada rakyat yang sengsara dan terputus bekalan makanan. Mohon SHARE dan bantu salurkan maklumat penting ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga yang kehilangan punca pendapatan dan terputus bekalan lantaran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk ke fasa kedua.
Sumber dana bantuan ini adalah daripada Tabung Bantuan Covid-19 NADMA. NADMA dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA untuk menyerahkan Bantuan Khas Bakul Makanan.
Apa itu TABUNG Covid-19?
Tabung Covid-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Siapa yang layak memohon?
i) Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.
ii) Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) berikutan Covid-19.
KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN
Ketua keluarga / individu perlu MEMOHON SENDIRI kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) melalui cara berikut;
Hubungi Talian Kasih di nombor 15999 atau WhatsApp di nombor 019 261 5999.
Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri/Daerah (8:30 pagi – 5:30 petang). No. telefon JKM negeri adalah seperti berikut;
> Wilayah Tengah
SELANGOR – 03 5545 8570
WP KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA – 03 2612 4060
> Wilayah Selatan
NEGERI SEMBILAN – 06 765 9332
MELAKA – 06 232 4670
JOHOR – 07 228 1450
> Wilayah Utara
PERLIS – 04 973 1926
KEDAH – 04 700 1700
PULAU PINANG – 04 650 5257
PERAK – 05 254 5505
> Wilayah Pantai Timur
KELANTAN – 09 741 6925
TERENGGANU – 09 630 1193
PAHANG – 09 565 0226
> Wilayah Malaysia Timur (Borneo)
WP LABUAN – 087 424 961
SABAH – 088 234 202
SARAWAK – 082 443 194
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Maklumat yang diperlukan – Nama, No. K/P, Alamat Rumah dan Bilangan Ahli Keluarga (Tanggungan). JKM akan melakukan pengesahan maklumat sebelum diluluskan untuk penghantaran.
KAEDAH SERAHAN BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN
Serahan akan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA. Hebahan khidmat masyarakat ini adalah daripada Yayasan Basmi Kemiskinan. Sila share dan sebarkan untuk manfaat bersama.
The post BANTUAN KHAS BAKUL MAKANAN NADMA appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bantuan-khas-bakul-makanan-nadma.html