Banjir Lagi Di Kedah
Hujan lebat melebihi dua jam sejak pagi 12 Julai 2022 di negeri ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah Alor Setar dinaiki air
Kenderaan yang melalui kawasan Lebuhraya Sultanah Bahiyah terpaksa memperlahankan kenderaan akibat paras air meningkat sekitar jam 1.00 petang . Selain itu beberapa kawasan perumahan di daerah ini juga ditenggelami air akibat banjir kilat berkenaan
Penduduk, Ahmad Ikram Abu Talib, 37, berkata, walaupun rumahnya di Jalan Langgar dinaiki air paras buku lali namun dia bimbang jika hujan tidak berhenti akan menyebabkan air masuk ke dalam rumah
Katanya, air longkang juga penuh dinaiki air menyebabkan jalan di kawasan taman perumahan itu dinaiki air
Penduduk Langgar, Ismail Ahmad, 60, paras air Sungai Langgar juga sudah hampir penuh dan kebanyakan penduduk yang tinggal berhampiran sungai sudah mengangkat barangan sebagai persediaan untuk berpindah jika hujan masih berterusan
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, pemantauan masih dilakukan sejak jam 1 tengahari tadi di kawasan yang sudah dinaiki air
Katanya, hasil pemantauan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar di kawasan Kampung Alor Gunung mendapati paras air di kawasan itu naik berikutan hujan lebat sejak jam 7.30 pagi tadi
"Paras air di Sungai Gunung dalam paras terkawal namun, pihak APM masih membuat pemantauan ketika ini dan dalam keadaan berjaga-jaga
"Setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah setakat ini dan pemantauan akan dilakukan di kawasan lain di daerah ini," katanya ketika dihubungi hari ini
Sementara itu, Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata,
pemantauan di seluruh daerah di negeri ini sedang dilakukan susulan hujan lebat hari ini
Beliau berkata, namun sehingga kini keadaan masih terkawal dan paras air sungai di semua tempat masih berada di tahap waspada
"Namun penduduk yang tinggal di kawasan berisiko iaitu berhampiran sungai dan rendah dinasihatkan supaya berhati-hati dan segera berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa jika keadaan hujan lebat berterusan
"Setakat ini kita hanya menerima maklumat berkaitan paras air yang naik di daerah Kota Setar manakala daerah lain masih dalam pemantauan terutama di Kubang Pasu, Bandar Baharu, Baling dan Kulim manakala Yan dalam keadaan baik
"Kita dah arahkan semua anggota APM di setiap daerah untuk melakukan pemantauan di kawasan masing-masing berikutan hujan yang masih belum berhenti setakat ini," katanya ketika dihubungi
Kredit : • Harian Metro• Berita Harian
#banjir2022 #kedahbanjir2022
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ahmadzaki82.blogspot.com/2022/07/banjir-lagi-di-kedah.html