Banjir 9 Pps Dibuka Di Selangor Perak


 
Sebanyak lima pusat pemindahan sementara dibuka di Sepang petang tadi manakala di empat pula beroperasi di Perak. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir di Selangor dan Perak setakat 8 malam ini.
Di Selangor, lima PPS dibuka mulai 3 petang tadi di Sepang berikutan banjir akibat limpahan air Sungai Dengkil susulan hujan berterusan.
Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika dihubungi berkata 255 mangsa melibatkan 67 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenderam Hilir.
Katanya, jumlah mangsa di dua lagi PPS iaitu Dewan Orang Ramai Dengkil dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil masih dalam proses kemas kini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Antara kawasan yang terjejas banjir itu ialah Kampung Sungai Buah, Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Chemperai.
Sementara di Perak, jumlah mangsa banjir malam ini berkurangan kepada 220 orang daripada 64 keluarga berbanding 272 orang daripada 75 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di empat PPS di Hilir Perak dan Kerian.
Di Hilir Perak, 53 orang berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan 13 orang di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, manakala di Kerian, 97 orang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang berlindung di PPS SK Alor.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap bahaya dengan mencatatkan ketinggian 3.96 meter berbanding paras normal iaitu dua meter manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Kerian di Selama pula pada paras berjaga-jaga iaitu masing-masing dengan 13.06 meter dan 11.85 meter berbanding paras normal 10 meter. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/banjir-9-pps-dibuka-di-selangor-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Di Perak 2 Lagi Pps Dibuka

Banjir Di Perak 2 Lagi Pps Dibuka

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 143 hits
Dua lagi pusat pemindahan sementara terpaksa dibuka di Perak susulan hujan lebat yang melanda daerah Hilir Perak dan Kerian IPOH Dua lagi pusat pemindahan sementara dibuka di negeri ini akibat hujan lebat melibatkan daerah Hilir Perak dan K...
1 Pps Dibuka Selepas Kedah Dilanda Ribut

1 Pps Dibuka Selepas Kedah Dilanda Ribut

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 135 hits
Pusaran angin dirakam di Kubang Pasu dan bumbung sebuah bangunan diterbangkan angin petang tadi PETALING JAYA Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Sungai Petani Kedah bagi menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas ak...
Floods 10 Relief Centres Opened In Selangor Perak

Floods 10 Relief Centres Opened In Selangor Perak

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 173 hits
There were 10 relief centres operating in Selangor and Perak to accommodate flood victims as of 8pm today In SELANGOR the number of flood evacuees dropped to 547 from 144 families compared with 579 from 157 families this morning According t...
Johor Ruler Sultan Ibrahim Pays Courtesy Call On Sultan Of Selangor Sultan Of Perak

Johor Ruler Sultan Ibrahim Pays Courtesy Call On Sultan Of Selangor Sultan Of Perak

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 160 hits
Johor Ruler Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar with Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah JOHOR BARU Johor Ruler Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar paid a courtesy call on the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris...
Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Hari Ini

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 149 hits
MANGSA banjir di Perak meningkat hari ini dengan 245 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara berbanding semalam Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan di daerah Hilir Perak se
Number Of Flood Evacuees Continues To Rise In Perak Selangor

Number Of Flood Evacuees Continues To Rise In Perak Selangor

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 105 hits
An aerial view showing firemen evacuating Batu 31 Kampung Sri Tanjung residents following heavy rain in Dengkil on Nov 6 Pic courtesy of Fire and Rescue Dept KUALA LUMPUR The flood situation in Selangor and Perak shows no sign of improvemen...
Dinner Di Kuey Teow Abang Botak Meru Raya Ipoh Perak

Dinner Di Kuey Teow Abang Botak Meru Raya Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 236 hits
Bila ke Meru Ipoh mama memang suka makan di Twin char kuey teow Tapi tu laa bila mama ke sana selalu tutup Akhirnya mama Dinner di Kuey Teow Abang Botak Meru Raya Ipoh Perak Mungkin juga nama dia Kuey teow Abangbotak sebab tengok nama di ba...
Program Aktiviti Melawat Perak 2024

Program Aktiviti Melawat Perak 2024

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 213 hits
Kalendar Acara Pelancongan Sempena Kempen Tahun Melawat Negeri Perak 2024 Promising Perak Moh rancang percutian kome ke negeri Perak yang menjanjikan pengalaman berharga agar tetap diingati Sebarang perubahan program dan tarikh tertakluk ke...
Cukai Pintu Selangor Kemaskini Nombor Akaun Dan Cara Mudah Pembayaran Online

Cukai Pintu Selangor Kemaskini Nombor Akaun Dan Cara Mudah Pembayaran Online

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 105 hits
Cukai pintu selangor merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada penduduk dalam kawasan perbandaran Duit cukai pintu yang diperoleh oleh PBT digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan bandar seper...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord

Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp