Bahayanya Depresi Hanya Mereka Yang Pernah Merasa Sahaja Yang Faham
Kalau tanya aku benda-benda ni 2 tahun lepas satu haram pun aku tak tahu apa benda. Benda-benda ni adalah penyakit mental yang sering kita dengar ada dalam kalangan anak-anak muda zaman sekarang. Tak pernah aku sangka benda-benda ni semua terasa begitu dekat dengan aku sekarang. Entah di mana silapnya hingga ianya kini terasa ada dalam diri ini.
Tanda-tanda penyakit ni memang sudah ada dalam diri kita cuma benda-benda yang berlaku dalam hidup kita membuatkan ianya menjadi dominant. Bermula dengan tidak ingin mengambil tahu dan rasa tak mungkin kot ada dekat aku. Lama-lama korang akan sedar yang benda ini sedang ko alami.
Biasanya benda-benda macam ni susah untuk orang yang alami untuk bercerita dengan orang-orang disekeliling sebab salah satu simptom dia susah untuk percaya kat orang. Bila kita mula nak bercerita orang akan cakap ala ni lebih kepada mengada-ngada. Lebih teruk orang mungkin akan cakap ko gila. Hahah.
Jadi kita akan pendam atau luahkan dekat media sosial, tetapi zaman sekarang meluahkan dekat media sosial akan makin mengeruhkan keadaan. Sampai satu tahap ko sendiri pun tak berani untuk buka media social sendiri.
Part 1
Jika diingat balik ianya bermula dengan halusinasi pendengaran sahaja. Ko rasa dekat mana-mana ko pergi sentiasa ada dengar benda-benda yang tak jelas. Terutamanya pada waktu sunyi. Dulu bila aku nak tidur aku akan bukan kipas dan aircond kuat-kuat sebab ianya boleh menghalang dari aku dengar benda-benda tak sepatutnya.
Peringkat kedua ko akan nampak dan rasa. Ini kadang-kadang agak menyeramkan. Mula-mula aku ingat benda ni ada kaitan dengan saka atau benda-benda halus. Puas tanya family tak ada benda-benda macam ni. Termasuklah jumpa ustaz bagai. Memang tak ada. Jadi dekat situ aku tahu ianya diri aku yang masalah.
Bermula di sini aku mula mengalami masalah tidur. Puas aku berusaha untuk selesaikan tapi makin lama makin teruk masalah tidur. Ada juga aku niat nak cerita pasal ini tapi macam biasa kang orang cakap aku ambil dadah pulak.
Alhamdulillah part ini aku sudah boleh hadapi tetapi ianya akan kee peringkat seterusnya dalam rantaian penyakit mental.
Part 2
Insomnia mula menjadi habit dan mula mengacau sistem badan dan otak. Tanpa sokongan orang sekeliling ko akan terus ke peringkat penyakit mental yang seterusnya.
Silap aku bila aku anggap masalah ini ringan. Badan kita memerlukan rehat dan tidur yang cukup untuk membentuk dan menggantikan tenaga serta sel sel dalam badan kita yang hilang dalam menjalani kehidupan harian.
Sampai sekarang masalah ini aku rasa kalau di tahap 10 aku berada di tahap 10 sampai ubat tidur yang dos ringan-ringan pun tak jalan.
Part 3
Disebabkan masalah tidur, ia akan menyerang mental dengan senarai-senarai yang aku buat kat bawah ini.
Cannot stop thinking
Cannot sleep
Struggle to sleep sampai pagi
Mudah terjaga antara jam 3 – 4 pagi
Not confidence sometime over confidence
Too focus on something
Easy to lost focus
Selalu salahkan orang
Rasa diri sentiasa jadi mangsa
Over thinking
Selalu berfikir & merancang masa depan
Rasa stuck pada masa lalu
Cepat marah lepas tu rasa bersalah
Rasa semua orang tak suka dia
Selalu kaitkan trauma zaman kanak2
Mengelak daripada keluarga dan kawan2
Mudah terasa
Rasa sedih dan sebak tiba2
Mudah trigger dengan duit & kemewahan
Trigger bila hilang kawalan
Rasa diri tak berguna, tak dihargai
Semua benda buat rasa tak kena
Rasa diri gagal
Hilang minat kepada hobi
Kurang makan bila keseorangan
Makan semua benda bila ada orang
Tidak kisah makan makanan expired alasan tak nak membazir
Selalu mintak maaf tanpa sebab
Belanja berlebihan secara tiba2
Cepat bosan buat sesuatu
Risau dan takut berlebihan ditinggalkan
Susah untuk percaya orang disekeliling
Selalu mencari backup planning utk dijadikan alasan
Actually ini dah cukup membuat hidup kau fuck up dah. Segala hasil kerja keras seakan hilang macam tu sahaja.
Part 4
Dari masalah tidur, ia mula merebak kepada aktiviti yang ko suka buat dan minat. Hilang terus dari diri kau apa yang korang kenal HOBI dari zaman kanak-kanak lagi. Bukannya ko tak boleh buat, ko cuba je buat hobi kau macam biasa tetapi keseronokan itu yang hilang. Mungkin orang tak nampak tapi kita yang merasa.
Dari aktiviti ianya akan kacau selera makan. Sebenarnya selera makan ini bukan hilang terus. Dia hanya ada selera yang tertentu sahaja macam just nak simple dish je untuk hilangkan rasa lapar. Kadang-kadang bila datang selera tu rasa semua nak makan dan ko akan makan non stop.
Part 5
Last sekali ianya akan menyerang kesihatan ko. Bermula satu-satu ko akan rasa. Dulu ko sihat sekarang ko rasa sihat juga tapi macam ada yang kurang sebab ko boleh pergi kerja, keluar tengok wayang pergi gym bagai.
Masalah kesihatan yang kita rasa ringan dan semua orang akan rasa mula datang sekali gus dan sikit-sikit akan rasa teruk.
Antara masalah kesihatan awal.
Pedih ulu hati
Sakit dada macam ditinda benda berat
Susah nak bernafas
Sakit belakang dari leher ke pinggang
Bengkak di kawasan kaki dan pergelangan
Lenguh2 di bahagian sendi
Cepat penat dan lesu
Bengkak dan sakit di bahagian tertentu bawah kulit
Senak di bawah perut
Punca & Penyebab biarkan aku je yang tahu. Yang penting aku tahu apa penyebab dia.
Alhamdulillah setakat ini ada progress ke arah kebaikkan. Aku mula selesaikan satu-satu di mana yang aku rasa penyebab aku rasa macam ini. Allah bagi kesedaran untuk aku cuba sendiri dulu. Buat masalah sekarang aku belum lagi terbuka untuk berjumpa pakar tentang benda-benda ni. Aku akan cuba dahulu bila aku rasa memang aku tak boleh dan makin teruk aku akan jumpa pakar.
Nak bercerita dengan mereka yang rapat seperti keluarga dan kawan-kawan pun aku rasa belum boleh sebab kebanyakkan mereka pun ada masalah sendiri. Lagipun aku belum jumpa lagi orang yang boleh aku open bab ini.
Setakat ini, aku hanya mampu bercerita di sini jelah. Haha
Tapi aku rasa benda-benda ni masih tahap boleh dikawal. Tak adalah sampai nak bunuh diri bagai tu, pastu termenung tepi tingkap. Kalau difikirkan balik benda-benda macam ni membuatkan aku revalue balik kedudukan diri aku supaya lebih berada pada tahap yang sepatutnya.
The post Bahayanya Depresi Hanya Mereka Yang Pernah Merasa Sahaja Yang Faham appeared first on Faizal Fredley.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.faizalfredley.com/2023/09/15/5-part-schizophrenia-anxiety-disorder-narcissistic-npd-avoidant-depression-tak-kan-kot/