Bahaya Parti Ekstrem


 

Terdapat keperluan untuk kita memeriksa bahagian dalam masyarakat sekiranya ada dalam kalangan kita tiba-tiba menjadi ekstrem dan tidak semena-mena mencambahkan ekstremisme.
Apa pun alasan mereka untuk menjadi pelampau, misalnya menuduh orang lain fobia kepada Islam, tidak boleh diterima. Itu hanyalah alasan untuk menghalalkan tindak-tanduk keterlaluan mereka.
Yang paling mudah menjadi ekstrem ialah gerakan atau parti atas nama agama, di mana pun mereka berada di pelusuk dunia. Itulah puncanya pada 1981, Sheikh Yusuf Qaradhawi menulis sebuah esei pendek menolak kekerasan. Ini sebagai respon kepada kebangkitan ekstremisme dalam kalangan anak muda di Mesir. Meskipun ditulis untuk khalayak Mesir, ia nampaknya dapat menjadi cerminan keadaan di mana pun, khusus negara umat Islam.
Sebagai seorang ulama rujukan dunia Sunni, Qaradhawi percaya Islam haruslah sentiasa di tengah. Dalam erti kata lain, gerakan Islam haruslah menjadi ‘sentris’ dan tidak terlalu memaksakan di kanan. Ini kerana lain dari tengah itu akan membawa umat kepada bahaya dan ketidakselamatan. Islam menurut Qaradhawi harusnya moderat yang jalannya lurus iaitu “al-sirat al-mustaqim”. Beliau mengupas panjang lebar perihal ayat ‘jalan yang lurus’ ini. Islam harusnya “wasatiyyah”.
Dalam esei beliau yang monumental itu, Qaradhawi berhujah dengan pelbagai dalil dan ayat suci, demi memujuk anak muda supaya tidak terjatuh gaung ekstremisme. Qaradhawi menghuraikan antara lain ekstremisme dalam Islam itu membentuk sebagai pertamanya; “ghuluw” (berlebih-lebihan); keduanya, “tanattu'” (melampau dalam beragama termasuk cerewet dengan hal ranting) dan; “tashdid” iaitu ketegasan atau kejumudan yang keterlaluan.
Masalah dengan ekstremisme menurut ulama ini adalah ia menyebabkan umat terdedah kepada ketidakmampuan untuk menerima, mencerap, dan bertoleransi. Ia mendorong umat kepada sesuatu yang berlebihan. Ia membawa umat kepada perlawanan sesama sendiri yang tidak perlu.
Secara falsafahnya, menurut Qaradhawi, ekstremisme ini tidak dapat hidup lama lantaran kebolehdayaan manusia menerima sesuatu yang berlebihan itu amat terhad. Justeru, kita harus bersederhana. Misalnya, kita tidak dapat memaksakan anak-anak kita mencerna atau melakukan sesuatu lebih dari daya yang ada.
Apabila ekstremisme didakap dan diguna pakai dalam kerangka negara, maka ia akan mulai melanggar dan menabrak hak-hak dan tanggungjawab orang lain. Hal inilah yang menyebabkan ada komponen dalam masyarakat, katakan yang bukan Islam, berasa gerun. Lebih mengkhuatirkan apabila ekstremisme menjadi-jadi dalam bentuk “takfiri” (mengkafirkan orang, menghantar orang lain ke neraka). Jika kita menghubungkan dengan sejarah umat Islam masa lalu, ia satu bentuk neo-khawarijisme.
Saeed Rahnema daripada Universiti York dalam esei akademiknya “Radical Islamism and Failed Developmentalism” menyatakan radikalisme dan ekstremisme Islam ini bermula di rantau India-Pakistan menerusi gerakan Abul-Ala Mawdudi (1903–1979) dalam bentuk Jama’at-e-Islami, sejak 1941. Mawdudi mentafsirkan semua perkara dalam agama dalam bentuk memobilisasikan umat ke arah negara Islam.
Apa yang bertentangan dengan pandangan Qaradhawi mengenai “wasatiyyah” adalah ‘mengislamkan’ masyarakat secara gesa. Banyaknya seruan secara gesa ini terserlah dalam kandungan TikTok sejak akhir-akhir ini; di mana para penceramah tanpa saring sesedap rasa mengajarkan hal agama secara langsung di media sosial ini. Gesa ini mempunyai tiga tahap.
Pertama radikalisasi, kedua ekstremisme, dan terakhir ialah terorisme. Tahap pertama iaitu radikalisasi ini berlaku dalam bentuk fikiran di dalam benak. Misalnya anak muda pengguna TikTok akan diminta percaya identiti mereka sedang tergugat oleh pencerobohan ‘orang lain’. Fitnah akan mengatasi fakta. Idea-idea radikal yang mengancam kewujudan bernegara berkesiuran di mana insiden gerun masa lampau digembar-gembur, sepertinya peristiwa tragis 13 Mei.
Tahap kedua, ia akan mula merebak apabila ia terjelma dalam bentuk ekspresi atau manifestasi. Hal ini terlihat dalam bentuk keratan video TikTok yang dimuatkan. Perasaan, idea, percakapan, tulisan, dan lambang seperti bendera dan panji tertentu untuk menggambarkan perasaan keras dan tiada toleransi mulai kelihatan. Anak muda juga enggan mendengar hujah orang lain dan amat tertutup mindanya. Terdapat status dengan imej yang dapat dihubungkan dengan kekerasan. Apa lebih membimbangkan tanda pagar ini amat seragam dan membawa kepada pihak yang sama.
Tahap ketiga ialah apabila kekerasan berlaku dan hal ini biasanya sukar dicegah. Lebih baik menyekat benih keganasan ini dari ia berterusan. Naudzubillah.
Sebenarnya tidak sukar untuk pihak berkuasa membuat keputusan. Terdapat banyak kajian sosiologi yang melihat akar ekstremisme ini. Sebagai contoh, dalam monograf 2016 beliau yang berjudul “The Extensive Salafization of Malaysian Islam” oleh Ahmad Fauzi Abdul Hamid, profesor sains politik daripada USM ini menghubungkan gerakan takfiri di Malaysia dengan ‘amanat’ seorang pemimpin tertentu.
Tulis Fauzi:
“In the 1980s, the anti-government takfiri climate was fulled by the issuance of an Amanat i.e. published excerpts of a speech, by then PAS state commissioner for Terengganu and present President Abdul Hadi Awang, a Saudi-educated firebrand. The so-called Amanat Haji Hadi effectively apostasized members of the ruling Umno party for retaining an infidel constitution and separating religion and politics. The Amanat was blamed for instigating rebellion against the authorities in Memali, Kedah, in November 1985 when a showdown between security forces and PAS villagers resisting the arrest of their leader, Ibrahim Libya, ended in eighteen deaths.
“Abdul Hadi has never disowned his Amanat. Unsurprisingly, unlike many other orthodox Sunni theologians, he regards Wahhabism as being within mainstream Sunni Islam rather than an aberration if not outright deviant sect.”
Menyinggung kembali Mawdudi, Fauzi menyebut, “…his Madrasah Rusila in Terengganu maintains close educational networks with the Sayyid Maududi International Islamic Institute (SMII) in Lahore, Pakistan, run by Maududi’s Jama’ati Islami movement.” Monograf karangan Fauzi ini boleh diperolehi dalam talian, terbitan ISEAS-Yusuf Ishak.
Awal tahun ini, Ketua Cawangan Counter-Terrorism di Bukit Aman, Normah Ishak, dalam satu webinar berjudul “Next Generation Afghan Alumni? Assessment from Southeast Asia”, mengatakan parti tertentu memuji Taliban untuk menunjukkan diri lebih Islam. Pengiktirafan ini nampaknya disukai dan amat menyeronokkan anak muda yang cenderung kepada radikalisme dan ekstremisme.
Tidak susah menghujahkan seseorang sebagai ekstremis. Nazrul Islam, seorang sarjana yang mengkaji ekstremisme agama mengatakan seorang ekstremis itu selalu tidak rasional dalam pandangan dan perasaan berpolitik, serta amalan agamanya;
“An extremist, especially someone with strong, irrational religious or political feelings.”
Atau dalam erti kata lain, seorang ekstrem itu tidak waras. Bahasa kasarnya, gila atau menggila.
Jika ia terus membawa umat kepada ketidakwarasan, atau gila; maka dia harus dihalang dari terus melakukannya. Biar yang tidak waras atau gila ini cepat dikekang; agar umat harus kekal waras dan siuman.
Kita perlu membangunkan negara. Ini masa kita membetulkan Malaysia. Bukan tambah menghancurkannya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/12/bahaya-parti-ekstrem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Nafi Bn Akan Sokong Pn Tubuh Kerajaan Persekutuan Ahli Parlimen Bn Ingkar Parti Akan Auto Hilang Kerusi

Zahid Nafi Bn Akan Sokong Pn Tubuh Kerajaan Persekutuan Ahli Parlimen Bn Ingkar Parti Akan Auto Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 259 hits
Walaupun ramai yang menggesanya meletak jawatan susulan kekalahan teruk di PRU15 Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak untuk menyokong Perikatan Nasional membentuk kerajaan per...
Jadilah Negarawan Ahli Parti Akan Ikut Kalau Itu Dapat Keluarkan Mereka Dari Kemelut

Jadilah Negarawan Ahli Parti Akan Ikut Kalau Itu Dapat Keluarkan Mereka Dari Kemelut

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 138 hits
Malaysia pada pasca Pilihan Raya Umum ke 15 ini memerlukan pemimpin yang bersifat negarawan dalam menyelesaikan kebuntuan pembentukan Kerajaan Persekutuan Bekas Menteri Luar yang juga mantan ahli majlis tertinggi Umno Tan Sri Syed Hamid Alb...
Lengah Bayaran Mengundi Orang Ramai Maki Hamun Petugas Parti Politik Di Tanah Merah

Lengah Bayaran Mengundi Orang Ramai Maki Hamun Petugas Parti Politik Di Tanah Merah

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 195 hits
Setiap kali diadakan Pilihan Raya Umum sambutan dari rakyat Malaysia sangat mengagumkan Perantau sanggup menempuh perjalanan jauh pulang ke negeri masing masing walaupun berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang luar biasa Semangat dan kei...
Gelombang Penolakan Pengundi Punca Parti Tidak Peroleh Majoriti Di Pahang

Gelombang Penolakan Pengundi Punca Parti Tidak Peroleh Majoriti Di Pahang

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 133 hits
GELOMBANG penolakan pengundi Melayu kepada Barisan Nasional dilihat menjadi faktor hinggakan buat pertama kalinya kerajaan negeri Pahang tergantung selepas tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Gelomb...
Mp Bn Sokong Pn Tak Langgar Aktalompat Parti Muhyiddin

Mp Bn Sokong Pn Tak Langgar Aktalompat Parti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 171 hits
Yasmin RamlanPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata tidak salah sekiranya ahli parlimen BN menyatakan sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri Dia mengulas kenyataan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menafikan berunding den...
Anwar Ibrahim Tegaskan Kluster Mahkamah Pemimpin Umno Tidak Akan Terlepas Apabila Parti Bergabung

Anwar Ibrahim Tegaskan Kluster Mahkamah Pemimpin Umno Tidak Akan Terlepas Apabila Parti Bergabung

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 315 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan rundingan yang dibuat bersama tujuh wakil Barisan Nasional pada pertemuan di Hotel Seri Pacific di sini hari ini
Parti Bumi Kenyalang Chief Detained Over Protest Against Pas

Parti Bumi Kenyalang Chief Detained Over Protest Against Pas

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 160 hits
Police arrest Parti Bumi Kenyalang president and 3 others11 15am Police have arrested Parti Bumi Kenyalang president Voon Lee Shan and three others last night over a protest against PAS in Sarawak According to Dayak Daily police picked up t...
Pn Perak Keliru Identiti Antara Keutamaan Parti Atau Keutamaan Rakyat

Pn Perak Keliru Identiti Antara Keutamaan Parti Atau Keutamaan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 198 hits
Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kota Raja Wan Dzahanurin Ahmad berkata keputusan pengabungan kerjasama Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan di Perak telah membelakangi suara akar umbi yang diputuskan ketika Perhimpunan Agun...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation