Bahaya Ke Bila Anak Tergigit Ulat Gonggok


Assalamualaikum. Hai

Sebenarnya video ni dah lama. Bulan 5 dulu saja rakam perangai si Budak Ali ni sebelum nak tidur. Petang tu dia pi kekah seekor ulat gonggok. Hahaha. Sabor je la. Lepas tu saja la kongsi kat tiktok. Tetiba baru-baru ni dapat komen dari seseorang tanya keadaan budak Ali lepas dia pi gigit gonggok tu. Sebab katanya anak dia baru lepas gigit gonggok jugak. Dia cari info kat Google, semua artikel kata bahaya. Jadi dia risau la. Mungkin dalam duk mencari info tu terjumpa sekali video tiktok aku ni ha

Aku pun try la search jugak. Betul la apa dia bagitau kat aku tu. Mostly artikel memang tulis macam tu. Highlite perkataan BAHAYA tu ha. Aduhai. Pasaipa la pi tulis artikel yang menakutkan orang pulak. Cuba tulis info yang bermanfaat dan bagi penerangan yang jelas sikit. Bukan buat fear mongering. Herghhh. Kalau aku pun cuak bila baca artikel yang camtu. Hati mak-mak ni memang la risau kalau yang berkaitan dengan anak. 
Mujur la masa budak Ali pi gigit tu encik CH ada. Orang laki kan. Dah biasa pulak dengan menatang tu, jadi dia pun rileks je. Mujur dia rileks, aku pun takde la gelabah. Hahaha. Meh aku kongsi la kat hangpa pulak eh hal yang sebenarnya apa yang akan jadi bila anak pi gigit menatang pemalu tu. Ni perkongsian dari encik CH, budak kampung yang biasa dengan menatang ni. Aku ni budak tak berapa nak kampung sangat. Tu kadang boleh jadi gelabah tak ketahuan hala tu. 😝




@shada_fauzi Kerja nak menggigit je budak bertuah sorang ni. Ulat gonggok pun dia pi gigit. 😌 #BudakAli #BoiprenUmmiBesprenAbah ♬ original sound - Shada Fauzi
Bahaya Ke Bila Anak Tergigit Ulat Gonggok?
Kalau nak tahu, ulat gonggok TAK MENGGIGIT ye. Kebiasaannya kalau kita usik dia pun, terus dia gulungkan diri kan? Pemalu gittew. Dia hanya akan mengeluarkan cecair kuning dari badan BILA RASA TERANCAM je. Kira macam nak protect diri dia la

Cecair tu tak beracun pun. Cumanya dia toksin dan boleh menyebabkan alahan pada anggota badan yang terkena. Alahan tu macam gatal-gatal atau bengkak. Macam bibir si budak Ali yang bengkak dalam video ni. Nampak tak bibir dia kekuningan dan bengkak sikit tu? 
Bengkak tu pun sekejap je. Dia akan surut dan tak memudaratkan pun. Tak sampai sehari pun masa budak Ali kena. Esoknya bengkak tu surut dah. Aku tak buat apa-apa pun. Cuma lepas dia pi gigit tu, aku cepung pi basuh mulut dia je la hilangkan cecair gonggok yang dah terkena pada dia. 
The truth is takde kesan yang teruk melampau pun pada kesihatan anak kalau tergigit si ulat gonggok. Mungkin dia rasa mulut dia pahit sikit akibat cecair tu dan tak selesa bibir jadi gatal/bengkak. Itu je la. Kalau badan tak tahan dengan gatal dan bengkak je mungkin boleh demam. Dan andai kata alahan tu tak surut kena la pi jumpa doktor ambik ubat alergi untuk redakan.  
In case anak tertelan si gonggok yang dah digigit tu, pantau tengok dia ada muntah ke tidak. Bimbang usus dan perut bagi reaksi alahan juga dari cecair badan gonggok tu. Boleh la bawa ke klinik/hospital untuk rawatan dapatkan ubat alergi juga ye. InsyaAllah takde worst case. 
Tapi selalunya anak-anak kalau tergigit gonggok, depa tak telan pun sebab rasa 'tak sedap' yang dia rasa masa awal-awal dia gigit tu. Confirm dia akan campak buang si gonggok yang dah selamat kena kekah tu. Kesian mati sia-sia je si gonggok itu. 😅
Duduk rumah kampung atau rumah ada tanaman, memang selalunya ada je si ulat gonggok ni. Tapi dia takde la membahayakan pun kalau sekor dua je tersesat masuk rumah. Lagipun dia pemalu kot. Bagi yang geli je la mungkin rasa terancam dengan dia agaknya. Hihi

Tabiat Semulajadi Anak KecilAnak 'besar' ni memang tabiat dia mengutip semua benda masuk mulut. Kena pantau je la. Cuma kadang masa kita sibuk buat kerja rumah, tak terperasan. Tetiba dengar dia duk pueh pueh sembur air liur. Sabar je la. Huhu. 
Cuma kena pastikan sekeliling anak-anak takde barang/mainan yang kecil-kecil masa kita biarkan dia main tanpa pantauan waktu kita masak atau buat kerja rumah lain. Letak dia duduk berdekatan dengan kita juga supaya mudah nak perhatikan sesambil buat kerja tu. 
Ini la salah satu cabaran ibu-ibu yang jadi suri jaga anak sepenuhnya. Nak pantau anak semedang pun nanti kerja rumah lain tak jalan pulak. Terpaksa la pepandai manage. Haaaa...siapa cakap senang jadi suri rumah boleh goyang kaki je? 

Bisik-bisik :: Sementara anak nak besar memang banyak pancaroba nak kena hadap dengan penuh kesabaran.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2022/10/bahaya-ke-bila-anak-tergigit-ulat-gonggok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Kahwin Awal Bila Keluar Dengan Anak Bujang Mak Nampak Muda Ozylnn

Rezeki Kahwin Awal Bila Keluar Dengan Anak Bujang Mak Nampak Muda Ozylnn

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 289 hits
Di usia 41 tahun rezeki Ozlynn Wati mempunyai 6 cahaya mata Malah yang menarik perhatian usia anak sulungnya pun dah remaja dan bila berjalan bersama anak anak tak nampak pun seperti ibu dan anak Menerusi perkongsian Ozylnn di instagramnya ...
Sanggup Kita Yang Sakit Bukan Anak Tak Sanggup Tengok Dia Lemah Merengek

Sanggup Kita Yang Sakit Bukan Anak Tak Sanggup Tengok Dia Lemah Merengek

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 341 hits
Ibu ayah mana yang tidak risau jika anak diserang demam Kemudian demamnya itu berpanjangan dan suhu badan pun panas Sudah dua tiga klinik dikunjungi dan ambil ubat tetap tidak sembuh Selera makan anak pun semakin berkurangan dan tidak aktif...
Video Ini Jadinya Bila Ayah Jaga Anak Bapa Ini Ajar Anaknya Garu Kepala Cuit Hati Ramai

Video Ini Jadinya Bila Ayah Jaga Anak Bapa Ini Ajar Anaknya Garu Kepala Cuit Hati Ramai

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 219 hits
Sudah menjadi kebiasaan para suri rumah menguruskan anak anak sementara suami keluar mencari rezeki Mengasuh dan menjaga anak anak bukanlah satu tugas yang boleh dipandang rend4h kerana bukan semua orang mampu untuk melakukannya Namun begit...
Bila Berjalan Dengan Anak Kita Akan Nampak Sentiasa Remaja Ibarat Kakak Dengan Adik Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda

Bila Berjalan Dengan Anak Kita Akan Nampak Sentiasa Remaja Ibarat Kakak Dengan Adik Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 255 hits
Bila cakap mengenai keluarga pelawak dan penyampai radio Johan dan Ozlynn Wati pasti ramai yang kagum dengan cara mereka mendidik dan membesarkan anak anak
Zaskia Gotik Akhirnya Ungkap Wajah Dan Nama Anak Kedua Setelah Sempat Dirahasiakan

Zaskia Gotik Akhirnya Ungkap Wajah Dan Nama Anak Kedua Setelah Sempat Dirahasiakan

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 274 hits
Awalnya merahasiakan identitas buah hatinya kini Zaskia Gotik mengungkap wajah dan nama lengkap sang anak bertepatan pada acara akikahnya
Urutkan Gusi Anak Kita Pada Tempat Gigi Nak Tumbuh Doktor Kongsi Tip Kurangkan Sakit Gigi Bayi

Urutkan Gusi Anak Kita Pada Tempat Gigi Nak Tumbuh Doktor Kongsi Tip Kurangkan Sakit Gigi Bayi

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 193 hits
Mak mak dah bersedia bila anak mula mengalami teething Teething ialah proses gigi nak tumbuh keluar Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan Tanda tanda yang biasa dapat dilihat ialah 1 Anak kuat merengek disebabkan...
Bila Anak Nak Bercakap Mata Kita Melekat Di Handphone Anak Simpan Dalam Hati

Bila Anak Nak Bercakap Mata Kita Melekat Di Handphone Anak Simpan Dalam Hati

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 198 hits
Jangan fikir anak anak masih kecil kita ada hak untuk menidakkan emosi serta perasaan anak anak Mereka juga manusia sama seperti kita Ada masanya tersentuh dengan perbuatan kita Sebagai ibu ayah kita harus lebih peka dan ambil peduli dengan...
Muka Stacy Sangat Ni Dah 2 Bulan Usia Isa Akim Kongsi Gambar Anak Lelakinya

Muka Stacy Sangat Ni Dah 2 Bulan Usia Isa Akim Kongsi Gambar Anak Lelakinya

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 266 hits
Setelah dua bulan melahirkan bayi kedua 6 Ogos lalu nampaknya secara terbuka Stacy dan Akim Ahmad berkongsi wajah anak lelaki mereka yang diberikan nama Isa Menerusi perkongsian Akim Ahmad di instagramnya dia memuat naik satu video yang men...
Mahu Zirafah Harimau Sambutan Birthday 2 Tahun Anak Fazura Meriah Rupanya Fatima Pilih Sendiri

Mahu Zirafah Harimau Sambutan Birthday 2 Tahun Anak Fazura Meriah Rupanya Fatima Pilih Sendiri

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 278 hits
Diam tak diam anak kesayangan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin Nur Fatima Aisya kini sudah pun genap berusia dua tahun Bagi meraikan anak kecil yang cukup petah berkata kata itu Fazura dan suami telah meraikan Fatima dalam satu maj...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear