Bagi Ruang Kepada Kerajaan Cari Jalan Penyelesaian Gaji Penjawat Awam




LIVENASIONAL'Bagi ruang kepada kerajaan cari jalan penyelesaian gaji penjawat awam'Oleh Rafidah Mat RuzkiMac 2, 2023 @ 4:[email protected].Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat
PUTRAJAYA: Warga perkhidmatan awam diminta bersabar bagi memberi ruang kepada kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang menghimpit mereka terutama dalam hal membabitkan peningkatan kos sara hidup.
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata banyak perkara mengenai perkhidmatan awam dan warganya dibincang melalui kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.Beliau berkata, Zulkapli turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneruskan perbincangan bersama CUEPACS mengenai isu gaji dan upah penjawat awam semasa, selain hal berkaitan peningkatan kos sara hidup ketika ini.
"CUEPACS dimaklumkan Perdana Menteri sudah mempunyai perancangan dalam soal kadar gaji dan upah penjawat awam supaya mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang selesa serta sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.
"CUEPACS menghargai keprihatinan Perdana Menteri berhubung isu kadar gaji dan upah penjawat awam yang menurut pandangan beliau tidak setara berbanding tugas serta komitmen diberikan.
"Sesungguhnya permintaan penjawat awam untuk kerajaan menilai semula kadar gaji dan upah ini sememangnya berasas berikutan kos sara hidup yang meningkat begitu drastik," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Adnan berkata, komitmen Perdana Menteri untuk melihat semula isu kadar gaji dan upah untuk perkhidmatan awam apabila kewangan negara bertambah baik kelak memberi harapan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam.
Beliau berkata, seperti biasa penjawat awam akan meneruskan sokongan terhadap kerajaan melalui komitmen kerja yang tinggi bagi menjayakan setiap aspirasi Malaysia MADANI supaya negara dapat mendepani cabaran yang mendatang demi kemakmuran rakyat.
Katanya, CUEPACS juga yakin dengan gandingan kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Zulkapli sebagai KPPA dalam membawa suara serta aspirasi penjawat awam untuk perhatian dan tindakan kerajaan.
"Keterbukaan KSN dan KPPA mendengar pandangan CUEPACS mengenai permasalahan penjawat awam dalam setiap sesi libat urus amat dihargai.
"Kita berharap KSN dan KPPA terus berunding dengan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik membantu menyelesaikan isu dan permasalahan penjawat awam terutama hal membabitkan peningkatan kos sara hidup serta kadar gaji yang setimpal," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/bagi-ruang-kepada-kerajaan-cari-jalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Time Nak Tulis Malaysia Madani Di Hujung Surat Rasa Loyor Nok Wekk Penjawat Awam Kutuk Kerajaan Diselar Netizen

Time Nak Tulis Malaysia Madani Di Hujung Surat Rasa Loyor Nok Wekk Penjawat Awam Kutuk Kerajaan Diselar Netizen

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 264 hits
Time nak tulis Malaysia Madani di hujung surat rasa loyor nok wekk Penjawat Awam kutuk kerajaan diselar netizenGara gara membuat hantaran di Facebook mengenai rasa loya nak menulis Malaysia Madani di hujung surat rasmi seorang penjawat awam...
Terkini Perdana Menteri Mohon Penjawat Awam Sabar Soal Naik Gaji

Terkini Perdana Menteri Mohon Penjawat Awam Sabar Soal Naik Gaji

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 155 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta golongan penjawat awam bersabar soal kenaikan gaji kerana perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh termasuk kedudukan ekonomi dan hutang negara
Cuepacs Akui Kecewa Perdana Menteri Tak Naikkan Gaji Penjawat Awam Yang Tertekan Dengan Kos Sara Hidup

Cuepacs Akui Kecewa Perdana Menteri Tak Naikkan Gaji Penjawat Awam Yang Tertekan Dengan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 166 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam mengakui pihaknya kecewanya dengan pembentangan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nbsp Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata belanjawan i...
Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan Selepas Kantung Kewangan Negara Bertambah Baik Pmx

Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan Selepas Kantung Kewangan Negara Bertambah Baik Pmx

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 211 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah kantung kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan Perdana Menteri berkata secara peribadi...
Bincang Semula Gaji Penjawat Awam Bila Kewangan Negara Pulih Kata Pm

Bincang Semula Gaji Penjawat Awam Bila Kewangan Negara Pulih Kata Pm

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 170 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah kantung kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan Katanya secara peribadi beliau sendiri tidak berpu...
Cuepacs Kecewa Gaji Penjawat Awam Tidak Dinaikkan

Cuepacs Kecewa Gaji Penjawat Awam Tidak Dinaikkan

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 306 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 24 2023 6 33 PMKongres Kesatuan Pekerja Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2023 yang tidak menyentuh tentang kenaikan gaji kakitangan awam Presidennya Adnan Mat berkata b...
Bantuan Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Belanjawan 2023

Bantuan Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 193 hits
Bantuan Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Belanjawan 2023 Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam yang mempunyai pangkat Gred 56 dan ke ...
4 Ditahan Disyaki Curi Kereta Menyamar Penjawat Awam

4 Ditahan Disyaki Curi Kereta Menyamar Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 194 hits
TIGA lelaki dan seorang wanita ditahan dalam beberapa siri tangkapan di Selayang Selangor serta Alor Setar dan Jitra Kedah pada Ahad lalu dan awal pagi ini disyaki terbabit kes curi kenderaan dan menyamar sebagai penjawat awam Ketua Polis D...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

Pasu Kosong

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fateh Tak Sihat

Mamee Chef Lontong Sedap Juga

Tri Suaka Kiw Kiw Cinta Chord

Kemaskini Pasaran Saham As Pada 14 Mei

This 1973 Harley Shovelhead Is Inspired By The Legendary Joe Petrali

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya