Bagaimana Untuk Mengelakkan Diri Daripada Overthinking



Jika kita tidak sihat dan memerlukan rehat, mudah sahaja kita mengesannya dengan melihat tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan. Biasanya kita akan mendapat demam dan selesema.
Lain hal nya dengan fikiran. Kadang kala kita tidak menyedari keperluan fikiran untuk memastikannya dalam keadaan baik. Kita terus-terusan membiarkan minda berfikir secara berlebihan khususnya perkara-perkara negatif sehingga mendatangkan stres dan tekanan. Hakikatnya, minda kita juga mempunyai hak yang perlu kita tunaikan.
Dalam artikel yang lalu, Tzkrh ada menerangkan tentang tanda-tanda seseorang itu cenderung berfikir secara berlebihan atau overthinking. Kali ini Tzkrh akan berkongsi pula tentang tips atau langkah-langkah untuk mengelakkan daripada berfikir secara berlebihan.
#1- Memperuntukkan Masa Yang Khusus Untuk Melakukan Refleksi Diri
Kita memperuntukkan masa untuk makan, minum, tidur, dan segala keperluan diri yang lain. Selain itu, memperuntukkan masa untuk proses refleksi diri juga sangat penting. Ia adalah ruang di mana kita dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang diri, apakah yang boleh diperbaiki dan dipelajari serta berfikir tentang perspektif yang baru tentang sesuatu perkara.
#2- Sedar Apabila Anda Berfikir Secara Berlebihan
Kita sebenarnya dapat mengenal pasti bilakah fikiran mula menerawang memikirkan hal-hal yang negatif. Dengan menyedari apa yang sedang difikirkan, ia adalah langkah awal untuk mengawal minda sendiri daripada berfungsi dalam mod automatik yang negatif.
Kata Robin Sharma, penulis buku The Monk Who Sold His Ferrari, fikiran kita umpama sebuah taman yang bersih dan cantik. Setiap kali kita berfikir tentang perkara yang negatif, kita ibarat mengotorkan ‘taman fikiran’ sendiri. Jika kita tidak mengawal apa yang kita benarkan masuk ke taman, maka taman fikiran berubah buruk dan akan dipenuhi sampah sahaja.
#3- ‘Swipe’ Fikiran Anda
Alangkah mudahnya jika apa yang kita fikirkan dapat di ‘swipe’ seperti melihat gambar dalam telefon pintar atau di Instagram. Tidak mahu melihat satu-satu gambar, tatal sahaja ke kanan atau kiri.
Tapi sebenarnya kita juga boleh ‘swipe’ fikiran negatif yang ada dalam minda. Caranya dengan berfikir hal lain, berbual dengan rakan tentang topik yang berbeza atau melibatkan diri dalam aktiviti yang menuntut fokus. Dalam tidak sedar, anda akan lebih kurang menghabiskan masa berfikir tentang hal-hal negatif.
#4- Fokuskan Kepada Cara Untuk Menyelesaikan Masalah
Terus menerus berfikir tentang masalah tanpa ada usaha untuk mencari jalan penyelesaiannya adalah hal yang sia-sia. Tanyakan pada diri, apa yang sedang Tuhan aturkan dan apakah yang dapat anda ambil pengajaran. Apakah langkah yang dapat diambil untuk mengelakkan daripada perkara yang sama terjadi lagi pada masa akan datang.
Daripada bertanya – “mengapa hal ini terjadi?”, tukarkan soalan tersebut kepada – “apakah yang boleh saya lakukan?”
Fikiran negatif juga umpama magnet, ia dapat menarik hal-hal lain ke arahnya. Daripada hanya satu fikiran negatif sahaja, ia menarik hal lain menjadi negatif sama hingga menjadi gumpalan yang banyak dan sukar dibuang.
Langkah mudah untuk mula menjaga kesihatan minda adalah dengan memberi perhatian kepada apa yang difikirkan. Ibarat membersih dan mencantikkan taman, lakukan satu persatu, buang sedikit demi sedikit sampah dan kotoran sehingga ia akhirnya bersih dan menarik.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Bagaimana Untuk Mengelakkan Diri Daripada ‘Overthinking’ appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bagaimana-untuk-mengelakkan-diri-daripada-overthinking/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Me Time Untuk Diri Sendiri Bukan Bermakna Kita Ibu Yang Teruk Jika Tak Bersama Anak 24 7

Me Time Untuk Diri Sendiri Bukan Bermakna Kita Ibu Yang Teruk Jika Tak Bersama Anak 24 7

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 365 hits
Setiap ibu memerlukan masa sendiri untuk berehat dan memberi keutamaan kepada diri sendiri Apa jenis aktiviti terpulanglah kepada si ibu Sama ada mahu tidur keluar shopping atau melepak dengan teman teman rapat Sebagai suami sesekali berila...
Budak 8 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Didera Ibu Bapanya

Budak 8 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Didera Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 260 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lapan tahun di Ukraine terjun dari tingkat sembilan kerana tidak tahan didera oleh ibu bapanya sejak beberapa tahun lalu Dalam kejadian yang berlaku di Enerhodar selatan Ukraine mangsa yang hanya dikenali ...
Diri Kitalah Penentu Layanan Orang Terhadap Kita

Diri Kitalah Penentu Layanan Orang Terhadap Kita

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 360 hits
Diri Kitalah Penentu Layanan Orang Terhadap Kita Sebenarnya fitrah manusia adalah suka akan kebaikan Suka akan keharmonian dan kedamaian Hatta kebanyakan agama menyuruh akan kebaikan Sama seperti kita hidup bermasyarakat Sudah pasti nak ora...
Presiden Jokowi Terima Surat Pengunduran Diri Menpora Imam Nahrawi

Presiden Jokowi Terima Surat Pengunduran Diri Menpora Imam Nahrawi

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 169 hits
Pun Jokowi berpesan kepada seluruh jajaran untuk berhati hati dalam penggunaan anggaran APBN Kan semuanya diperiksa sesuai perundang undangan BPK Kalau ada penyelewengan itu urusannya bisa dengan penegak hukum katanya
Bom Bunuh Diri Dekat Kantor Intelijen Afghanistan 20 Orang Tewas

Bom Bunuh Diri Dekat Kantor Intelijen Afghanistan 20 Orang Tewas

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 184 hits
Ledakan bom terjadi di sebuah rumah sakit di Kota Qalat ibu kota Provinsi Zabul Selatan Afghanistan Kamis pagi dekat kantor cabang intelijen Hingga saat ini setidaknya 20 orang tewas dan lebih dari 90 orang luka luka
Anak Muda Wajib Mengembangkan Diri Agar Dapat Berperan Di Era Milenial

Anak Muda Wajib Mengembangkan Diri Agar Dapat Berperan Di Era Milenial

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 292 hits
Era keterbukaan informasi membuka peluang bagi generasi muda Indonesia untuk belajar banyak hal untuk mengembangkan kreativitas Apalagi Indonesia memiliki banyak potensi untuk diolah secara kreatif
Ngabalin Soal Menpora Tersangka Diminta Tak Diminta Otomatis Mengundurkan Diri

Ngabalin Soal Menpora Tersangka Diminta Tak Diminta Otomatis Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 177 hits
Namun terkait siapa yang akan menggantikan Imam Ngabalin pun belum mau menjelaskan Sebab menurut dia hal tersebut adalah hak Presiden Joko Widodo
Kuiz Adakah Kamu Obses Dengan Diri Sendiri

Kuiz Adakah Kamu Obses Dengan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 208 hits
Sekerap mana kamu belek wajah dalam cermin Haa mengaku cepat Foto Depositphotos 1 Pada janji temu pertama apakah yang selalunya bermain di fikiran kamu a Mesti rakan kamu cemburu jika mereka nampak kamu keluar dengan jejaka hot sebegini b A...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi