Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan Myipo


Baru-baru ini, selesai daripada mengikuti Sambutan Hari Guru 2019 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, saya berkesempatan untuk berkunjung ke Pejabat myIPO Cawangan Utara di Pulau Pinang. Bagi penggiat inovasi, myIPO atau nama penuhnya Perbadanan Harta Intelek Malaysia bukanlah nama asing lagi dalam nak melindungi produk dan inovasi yang dicipta. 

 Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?

Disebabkan berhasrat nak mengkomersialkan inovasi terbaharu saya, maka saya rasa sangat berkeperluan untuk mendapatkan dulu perlindungan terhadap produk saya ini. Tapi, serius cakap, memang tak ada pengalaman langsung atau ilmu berkaitan dengan urusan hak cipta ka apa ka semua nih. 

Bila bertanya dengan rakan-rakan yang lain, semuanya kata mudah. Tapi tak faham-faham jugak. Maka tak nak buang masa, saya terus ke tempat yang sebetulnya untuk dapatkan maklumat tentang apa yang myIPO boleh buat dan apa yang sesuai dengan keperluan produk inovasi saya.


Lokasi myIPO Penang
Kebetulan saya daripada Kulim, maka saya terus buat carian di Google tentang myIPO Penang. Kat situ dah siap ada alamat, nombor telefon, waktu operasi dan lokasi lengkap dengan GPS yang boleh terus sambung ke Google Maps atau Waze. Lokasinya mudah, dan takdek lah susah sangat saya nak cari. Kawasan parking pun ok semasa saya berada di sana.




Sebagai persediaan, sebab saya pun tak tahu sangat apa yang kena buat dan bawa, maka saya pastikan produk inovasi saya dan juga pengenalan diri saya, seperti ic juga dibawa. Mana lah tau, boleh terus daftarkan apa yang disarankan. Boleh terus tunjuk inovasi dan ceritakan. 

 
Alhamdulillah saya bertemu dengan staf myIPO Penang yang baik dan sangat baik. Tak sempat pulak bertanya nama, tapi sangatlah membantu. Sebab dari awal lagi saya dah bagitau yang saya memang langsung takdek pengalaman dan pengetahuan tentang perkara-perkara camni. Maka diorang pun bercerita lah dengan lengkapnya. 


Jenis Perlindungan
So saya daripada apa yang saya faham dan dapat permudahkan kepada pembaca, adalah seperti berikut. Ada 4 jenis perlindungan yang anda boleh mohon daripada myIPO, iaitu:


1. Trademark (Cap Dagang)
Cap dagang nih macam brand kita lah. Sebagai contoh inovasinya tu nama "HAILMI". Jadi saya nak lindungi nama "HAILMI" tu daripada digunakan oleh pihak lain. Perlindungan  cap dagang nih boleh dalam bentuk tulisan, atau logo, atau keduanya sekali. 


Contoh cap dagangan yang popular dan tersohor
Untuk perlindungan Trade Mark nih bayaran dikenakan RM370 untuk permohonan, dan kena tambah lagi RM650 jika permohonan diluluskan. Tiada tarikh luput, tetapi pemohon mestilah kena renew setiap 10 tahun.


2. Copyright (Hak Cipta)
Hak cipta pulak adalah perlindungan yang diberi kepada pemilik inovasi atau produk tu lah. Dan dalam tu dia ada macam-macam jenis karya yang kita boleh lindungi. Antaranya adalah sastera, seni, muzik, filem, bunyi, siaran dan terbitan. 


Hakcipta melindungi karya kreatif sang pemilik
Kebanyakkan inovasi pembelajaran especially yang berkaitan dengan board semua tu, memang kat bawah kategori nih lah. Untuk kes inovasi saya, pihak myIPO mencadangkan supaya saya melindungi produk tersebut dalam 2 kategori, iaitu Sastera (bagi melindungi manual dan tulisan dalam produk) dan juga Seni (bagi melindungi grafik yang ada pada produk)

Tempoh perlindungan adalah selama-lamanya, tak perlu renew. Akan tetapi boleh luput selepas 50 tahun kematian pemiliknya. 


3. Industrial Design (Rekabentuk Industri)
Rekabentuk industri nih lebih kepada melindungi layout bentuk-bentuk yang telah di hasilkan kita. Sebagai contoh inovasi kita adalah dalam bentuk mesin, maka perlindungan ini paling sesuai untuk kita usahakan.  


Rekabentuk industi
Tempoh perlindungan adalah sekitar 25 tahun, dengan perlu renew setiap 5 tahun sekali. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM500, dengan tambahan RM200 bagi setiap view. 


4. Patent (Paten)
Perlindungan paten nih lebih kurang macam perlindungan untuk rekabentuk industri, tetapi lebih mengkhusus kepada melindungi fungsi produk tersebut. 


Patent telefon pintar iPhone
Yuran sebanyak RM200 dikenakan untuk pendaftaran dan tambahan RM1100 bagi kos pencarian paten. Tempoh hayat lebih kurang 20 tahun dengan setiap tahun kena renew.


Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan yang sesuai dengan produk inovasi anda, pembaca boleh lah rujuk di laman web rasmi myIPO untuk definisi sebenar bagi setiap perkara di atas. 



Langkah Mudah Lindungi Hak Cipta

Oleh sebab produk saya lebih sesuai dilindungi Hak Ciptanya, maka saya terus dapatkan maklumat lebih lanjut tentang urusan ini. Mudah saja, saya hanya perlu follow tiga langkah mudah seperti berikut: 


1. Borang Hak Cipta
Saya dapatkan terus daripada pejabat myIPO cawangan Pulau Pinang. Siap mintak bantuan daripada pegawai yang ada untuk bantu saya isi borang supaya tak buat silap. 

Dapatkan borang dengan perlindungan hak cipta yang sesuai daripada myIPO berdekatan

2. Borang Akuan
Yang nih ambik masa sket, sebab kita kena taip dan sediakan seperti Borang Akuan yang dicadangkan. Contoh disediakan bersekali dengan Borang Hak Cipta dan templatenya berbeza mengikut pemilik (individu, berkumpulan, agensi etc) 

Dalam Borang Akuan tu akan ada nama pemilik, nama karyanya dan maklumat lain yang berkaitan. Kemudian kena dapatkan pengesahan atau cop daripada mahkamah yang berdekatan.


3. Submit borang beserta bayaran.
Lepas dah siap Borang Hak Cipta dan Borang Akuan Bersumpah tu, maka bolehlah hantar ke myIPO yang berdekatan beserta salinan karya dan juga fi (yuran) yang berkaitan. RM15 bagi pendaftaran dan RM10 lagi untuk submit dokumen. 

Dalam RM25 jumlah semuanya. Bagi kes saya yang perlukan dua perlindungan hak cipta (Sastera dan Seni) maka jumlah keseluruhan lebih kurang RM50. Murah jer kan?  

Oh ya, semua dokumen juga boleh submit melalui pos, beserta bayaran dalam bentuk Kiriman Wang atau pun Wang Pos.


Laman web rasmi myIPO Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Alhamdulillah, rasa sangat berbaloi luangkan masa untuk berkunjung ke myIPO Penang tempoh hari dengan penjelasan yang diberikan oleh pegawai yang ada. Saya kongsikan juga ilmu dan pengalamannya di sini supaya boleh membantu lebih ramai guru terutamanya dalam melindungi karya-karya kreatif dan inovasi mereka, sebelum dikomersialkan supaya tak diciplak dan ditiru sewenang-wenangnya.

InshaAllah jika dah selesai urusan mendapatkan Hak Cipta bagi produk inovasi saya ini, saya akan cuba kemaskini artikel ini dari masa ke semasa supaya boleh menjadi rujukan kepada semua yang berminat nak dapatkan Hak Cipta bagi produk mereka. 

Untuk itu, selamat berinovasi!









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2019/05/bagaimana-saya-lindungi-inovasi-saya-dengan-myIPO.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inovasi Pensyarah Upm Hasilkan Penapis Air Dwi Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air

Inovasi Pensyarah Upm Hasilkan Penapis Air Dwi Fungsi Mengesan Kadar Pencemaran Kimia Dalam Air

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 400 hits
SERDANG Kuprum merupakan unsur kimia penting dalam alam sekitar dan tubuh manusia kerana ia membantu tubuh membentuk sel darah merah dan memelihara sel sel saraf dan sistem imun yang sihat Walaubagaimanapun ion kuprum yang berlebihan di dal...
Artikel Sains Berkaitan Inovasi Kesedaran Leptospirosis

Artikel Sains Berkaitan Inovasi Kesedaran Leptospirosis

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 509 hits
Sumber adalah permainan RPG yang direka untuk kempen kesedaran leptospirosis kepada orang awam Permainan RPG ini dihasilkan berdasarkan jalan cerita mengenai seorang saintis dihantar ke sebuah perkampungan untuk menyiasat kematian misteri p...
Produk Inovasi Utk Pengguna Awam

Produk Inovasi Utk Pengguna Awam

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 747 hits
Pelbagai produk berkualiti tinggi berasaskan inovasi dan R amp D UPM Sila hubungi pihak syarikat bagi pembelian produkREMDII Sensitive cream A light weight non greasy repairing serum specially formulated with effective nano delivery system ...
Awan Lindungi Perjalanan Opick Bawa Pulang Rambut Rasulullah

Awan Lindungi Perjalanan Opick Bawa Pulang Rambut Rasulullah

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 462 hits
MALAYSIAKINI Ada perkara luar biasa didakwa berlaku ketika penyanyi Opick membawa pulang seurat rambut Nabi Muhammad yang dihadiahkan pemerintah Turki dan pertubuhan agamawan baru baru ini Keajaiban itu diceritakan isteri Opick Bebi Silvana...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Cuti Raya China 2025

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Tiga Warga Indonesia Cedera Dalam Kejadian Amuk Di Trusan

Pussy888 Top 34 By Margherita Pussy888fun Io 25 2025 68

Maulana Ardiansyah Alyssa Dezek Lebih Dari Rindu Chord

Cromok Fallen Heroes Chord

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Sabah Chief Minister Thanks Federal Govt For Rm25 Million Aid