Bagaimana Netizen Boleh Sokong Mangsa Bunuh Diri Ramkarpal


MALAYSIAKINI

   
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh kesal dengan tindakan sesetengah netizen atau warga maya yang menyokong keputusan seorang remaja di Batu Kawa, Kuching, Sarawak untuk membunuh diri, Isnin lalu.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil serius nasib segelintir rakyat yang terdedah dengan bahaya media sosial.

“Apa yang mengejutkan adalah 69 peratus dari rakan akaun media sosialnya dilapor telah menyokong keinginan dirinya untuk membunuh diri.

“Saya terkejut bagaimana sesetengah netizen boleh merestui dia (mangsa) membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramkarpal mengulas kes remaja berusia 16 tahun yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di MJC, Batu Kawa, Kuching selepas undian rakan di Instagram miliknya memilih supaya dia “mati”.

Portal Suara Sarawak, yang memetik Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan sebagai berkata, mangsa ditemukan adik lelakinya terbaring dan berlumuran darah di atas jalan ketika pulang ke rumah sewa mereka selepas keluar makan bersama ibunya.

Ramkarpal berkata, remaja itu mungkin masih hidup jika netizen tidak mengalakkannya melakukan perkara tersebut.

“Mungkinkah gadis itu masih hidup hari ini jika majoriti netizen di akaun Instagramnya tidak mengalakkannya supaya mengambil nyawa sendiri?

“Mungkinkah dia akan mendengar nasihat netizen untuk mendapatkan bantuan profesional sekiranya mereka mencadangkan dia berbuat demikian?

“Adakah galakkan dari netizen yang menyebabkkan dia membunuh diri. Pelbagai persoalan timbul atas insiden malang ini,” katanya.

Superintenden Aidil juga dipetik sebagai berkata, gadis remaja itu dipercayai membuat satu undian dalam laman Instagramnya dengan memaparkan status Really Important, Help Me Choose D/L yang membawa maksud D (mati) dan L (hidup).

“Selepas diterjemah rakan rapatnya, 69 peratus rakan Instagram memilih D manakala 31 peratus lagi memilih L.

"Selain itu, mangsa juga membuat catatan di Facebook Wanna Quit Life I’m Tired,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramkarpal memetik kes di Amerika Syarikat iaitu Michelle Carter, teman wanita kepada seorang lelaki yang membunuh diri.

Michelle telah didapati bersalah atas dakwaan membunuh teman lelakinya tanpa niat kerana menggalakan mangsa untuk mengambil nyawanya.

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama dua setengah tahun.

Ramkarpal yang juga adalah seorang peguam berkata, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengetahui punca kematian remaja itu.

“Saya tidaklah mencadangkan tindakan seperti kes Michelle, namun saya menggesa agar siasatan menyeluruh dilakukan untuk menentukan punca kematian mangsa di Sarawak itu.

“Amatlah penting supaya kejadian ini tidak berulang lagi dan siasatan perlu dilakukan serta tidak menganggap ia sebagai kes yang terpencil,” katanya.

Ramkarpal berkata, memandangkan cubaan membunuh diri adalah satu kesalahan di negara ini, pihak yang membantu sesorang membunuh diri juga tidak harus dilepaskan.

“Saya menggesa pihak berwajib, terutamanya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat akaun media sosial mangsa yang membunuh diri itu.

“Dengan mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut tanpa sebarang siasatan lanjut mungkin tidak sesuai,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/bagaimana-netizen-boleh-sokong-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Padawan Buat Undian Online Bunuh Diri Atau Tidak Ditemui Mati Selepas 63 Netizen Undi Agar Dia Mati

Remaja Padawan Buat Undian Online Bunuh Diri Atau Tidak Ditemui Mati Selepas 63 Netizen Undi Agar Dia Mati

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 790 hits
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun membuat undian di Instagramnya sama ada dia patut mati atau hidup Really Important Help Me Choose D L di mana D bermaksud die manakala L bermaksud live Undian itu dimuat naik di Instagramnya sekitar...
Menolak Saat Diajak Berhubungan Badan Istri Di Sumut Tewas Dibacok Suami Lalu Coba Bunuh Diri

Menolak Saat Diajak Berhubungan Badan Istri Di Sumut Tewas Dibacok Suami Lalu Coba Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 938 hits
Seorang suami tega membacok istrinya karena menolak saat diajak berhubungan badan Hal tersebut disampaikan di akun Facebook Seikijang pada Jumat Insiden tersebut terjadi di Pasar 2 Dusun 3 Desa Aras Kecamatan Air Putih Batubara Sumatera Uta...
Kumpulan Islam Tak Boleh Berdiam Diri Hadapi Kumpulan Ekstrem Kata Anwar

Kumpulan Islam Tak Boleh Berdiam Diri Hadapi Kumpulan Ekstrem Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 524 hits
Kumpulan Islam tak boleh berdiam diri hadapi kumpulan ekstrem kata Anwar Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 16
Menteri Boleh Undur Diri Jika Tidak Menonjol Kata Kadir Jasin

Menteri Boleh Undur Diri Jika Tidak Menonjol Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 327 hits
A Kadir Jasin berkata Mahathir Mohamad lebih arif kerana perdana menteri itu memberi markah 50 sahaja kepada anggota Kabinetnya PETALING JAYA Wartawan veteran A Kadir Jasin berkata individu yang dilantik menganggotai Kabinet boleh mengundur...
Dikira Tak Lulus Ujian 25 Siswa Telanjur Bunuh Diri Massal Meski Ternyata Dapat Nilai Bagus

Dikira Tak Lulus Ujian 25 Siswa Telanjur Bunuh Diri Massal Meski Ternyata Dapat Nilai Bagus

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 527 hits
Pengumuman kelulusan merupakan hal yang ditunggu tunggu oleh para siswa yang telah melaksanakan ujian Namun apa jadinya jika pengumuman hasil ujian tersebut justru berujung pada bunuh diri massal Seperti fenomena yang baru baru ini menyita ...
Frustasi Belum Bekerja Seorang Wanita Bunuh Diri Lompat Dari Lantai 4 Mal Di Pluit

Frustasi Belum Bekerja Seorang Wanita Bunuh Diri Lompat Dari Lantai 4 Mal Di Pluit

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 614 hits
Dari keterangan saksi di lokasi kejadian dan sang ibu wanita tersebut sebelumnya datang bersama keluarganya lalu menyantap makanan di restoran cepat saji di Mall Emporium Pluit Tak lama wanita tersebut pamit ke kamar mandi dengan keluargany...
Anak Kecil Berusia 3 Tahun Menjaga Adiknya Yang Masih Kecil Selama Berhari Hari Setelah Ibu Bapanya Mati Bunuh Diri

Anak Kecil Berusia 3 Tahun Menjaga Adiknya Yang Masih Kecil Selama Berhari Hari Setelah Ibu Bapanya Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 650 hits
Pihak berkuasa memuji aksi hero anak kecil yang menyelamatkan nyawa adiknya yang masih bayi setelah ibu bapanya mati akibat pembunuhan dan bunuh diri pada awal bulan yang lalu David Kooros Parsa 46 dan Mihoko Koike 38 ditemui mati ditembak ...
Mufti Wilayah Sokong Liverpool Apa Pelajaran Boleh Dapat

Mufti Wilayah Sokong Liverpool Apa Pelajaran Boleh Dapat

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 695 hits
SUKAN AKHIR kalam saya jangkakan pada final nanti ia akan lebih bergantung kepada pasukan mana lebih perform nescaya dialah yang akan menang Saya berpihak kepada Liverpool kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bak...
Rantai Tangan Baru Dengan Charm Mini Goldbar

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Berapa Pengikut Sesuai Buat Beg Kuning Tiktok

Wan Rosdy Sokong Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia Langkah Lindungi Hak Serta Masa Depan Pekerja Gig

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

List Drama Korea November Desember 2025 Yang Gacor Abis

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buah Mangga Kulit Merah

Fenomena Rasa Pelik Memahami Gejala Terkini Yang Mengganggu Minda Kita

Meningkatnya Jumlah Muflis Tanda Tanda Ekonomi Yang Perlu Diambil Kira

Senarai Makanan Kecemasan Tahan Lama Untuk Situasi Banjir Wajib Simpan

Why Some Rich People Sell Their House

Hujan Lebat Di Shah Alam 4 Jalan Ini Ditutup Sepenuhnya Akibat Kenaikkan Air