Bagaimana Menjadi Rider Grab Foodpanda


Bagaimana menjadi rider GRAB-Foodpanda| Niat asal adalah untuk mencari pendapatan tambahan. Tidak sangka pula, sudah hampir 8 bulan saya menjadi rakan penghantar. 2 bulan sebagai rakan penghantar Foodpanda dan 6 bulan sebagai rakan penghantar Grab. Apa beza kedua-duanya? Nanti saya ceritakan InsyaAllah. Mohon jadi rider Foodpanda/Grab tidak sukar, yang penting melalui saluran dan cukup dokumen yang diperlukan. Mahu tanya gaji rider Grab? Gaji Rider Foodpanda?



  
Bermula bulan 2 tahun 2021, saya sah menjadi rider Foodpanda. Walau bagaimanapun, permohonan menjadi rider Grab terlebih dahulu saya buat. Namun secara umumnya, proses kelulusan Grab agak lama berbanding proses kelulusan Foodpanda. Oleh itu, saya bergerak mana yang ada terlebih dahulu

Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi memandangkan saya jadi rider Grab/Foodpanda secara sambilan sahaja. Asalkan dapat tampung mana yang kurang, Alhamdulillah rezeki buat keluarga. Selepas waktu bekerja di Jabatan Kimia Malaysia berakhir, tukar uniform terus gerak

Sistem asas bekerja rider Foodpanda
Sebelum bekerja perlu ada jadual mengikut kawasan yang kita mahu. Saya perlu ambil jadual yang disediakan pada hari-hari tertentu. Bila sudah ada jadual, sebelum jam bermula, saya perlu berada di kawasan clock-in (istilah punch card). Seeloknya 15 minit awal, saya sudah berada di kawasan clock-in. Sebab itu jika anda lihat mereka berkumpul di satu-satu kawasan bukan mereka tiada job (kerja). Mungkin shift belum bermula

Setelah selesai urusan clock-in, bergerak ke kawasan-kawasan hotspot (titik merah), kawasan (kedai) yang order sedang berlaku. Kadang-kadang juga tidak perlu terlalu hampir dengan kedai sudah masuk order. Apabila order sudah masuk, terus menuju ke kedai yang terpapar di skrin telefon dan menunggu pesanan disiapkan. Setelah pesanan disiapkan, terus hantar kepada pelanggan dan delivered order. Selesai satu kerja dan begitulah seterusnya

Sistem asas bekerja rider Grab
Sistem bekerja rider Grab agak berbeza berbanding Foodpanda. Anda boleh bergerak tanpa jadual atau bergerak menggunakan jadual yang disediakan. Tanpa jadual, bermakna kawasan penghantaran anda lebih luas (lebih jauh). Dengan jadual, jarak ambil-penghantaran hanya di dalam kawasan yang ditetapkan sahaja. Semakin jauh, semakin besar bayarannya. Bezanya dengan Foodpanda, liputan (coverage) Grab lebih luas

Dengan jadual, saya perlu berada di dalam kawasan yang telah saya pilih untuk mendapat job. Jika saya keluar daripada kawasan yang telah saya pilih, saya tidak akan dapat job. Malahan mungkin tidak layak untuk mengambil jadual pada masa akan datang kerana tidak melengkapkan jadual yang telah saya ambil

Pendapatan rider Foodpanda/Grab
Keduanya-duanya tidak banyak beza, ada kawasan Foodpanda order deras (merujuk job banyak), ada kawasan Grab order deras. Jika saya rajin, semakin banyaklah pendapatan saya. Oleh sebab saya buat secara sambilan, saya boleh katakan bahawa pendapatan saya antara kadar RM400-RM600 seminggu bagi kawasan Kuching Sarawak bergantung sebanyak mana saya bekerja

Masalah asas ketika bekerja sebagai rider penghantar makananCuaca - Jika terlalu lebat berserta petir/guruh agak berbahaya untuk bergerak di atas jalan raya.Kedai - Ada masanya memang lama menunggu sebab kedai tersebut mendapat order yang banyak.Pelanggan - Ada isu prank order, pelanggan tidak muncul dan dihubungi setelah rider sampai.Diri sendiri - Letih, mengantuk, badan sakit-sakit dan hilang fokus semasa memandu.
Asas pertimbangan sebelum menjadi rakan penghantar makananKenderaan - Motorsikal adalah nadi utama. Rosak motorsikal, maka cutilah dari bekerja. Jika terlampau kejar order sehingga lupa kemampuan kenderaan, risiko motorsikal rosak memang tinggi. Seeloknya jangan culas untuk servis kenderaan.Kelengkapan - Baju hujan, phone holder, ear phone dan power bank adalah penting sebagai rakan penghantar. Semua ini akan melancarkan urusan semasa menghantar pesanan.Sabar - Sifat yang paling penting sebagai rakan penghantar. Ada juga tidak sabar, suka menekan kedai (vendor), marah pelanggan dan memandu dalam keadaan marah. Ini semua pasti berlaku. Sifat marah yang tidak dapat dibendung akan menjurus perkara lain boleh berlaku.Rezeki - Percaya dengan rezeki jika order deras (banyak), order sendu (kurang) dan sebagainya. Jangan meminta-minta tips daripada pelanggan kerana akan membuatkan anda nampak jelek.
Menjadi rakan penghantar Grab atau Foodpanda adalah pilihan masing-masing. Jika tidak sesuai dengan kamu, maka eloklah memilih kerja yang sesuai. Ada orang kena dengan jiwanya, ada orang tidak. Ini adalah pilihan. Setiap pekerjaan ada cabarannya. Jika orang bertanya kepada saya, saya katakan kepada mereka, saya pekerja sambilan, mencari pendapatan tambahan pada masa terluang untuk isteri, anak-anak saya dan saya akan berusaha mencapai sasaran pendapatan saya. Pada masa ini, saya kekal bergerak sebagai rakan penghantar Grab.Wallahualam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2021/10/bagaimana-menjadi-rider-grab-foodpanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sotong Goreng Tepung Che Nom Memang Menjadi

Resipi Sotong Goreng Tepung Che Nom Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 225 hits
AssalamualaikumBismillahSelepas mendirikan rumahtangga banyak yang aku belajar terutama sekali bab memasak Setiap hari berfikir apa yang mahu dimasak hari ini Pelbagai jenis resepi dah yang aku cuba Sampaikan tak tahu dah nak masak apa Hari...
Pulasan Sesudah Yb Menjadi Menteri

Pulasan Sesudah Yb Menjadi Menteri

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 117 hits
malaysiakini comPULASAN Akhirnya kabinet Anwar Ibrahim itu pun diumumkanlah malam tadi Dengan debar tak debar seronok tak seronok cemas tak cemas ada tekaan yang mengena dan ada juga yang tidak dijangka tiba tiba menjadi menteri Demikianlah...
Akhirnya Perancang Keluarga Jenis Pil Menjadi Pilihan

Akhirnya Perancang Keluarga Jenis Pil Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 135 hits
Majoriti isteri diluar sana akan mencari solusi untuk tidak lagi mengandung dan menjarakkan kehamilan Solusi berikut adalah dengan mengambil perancang keluarga Tambahan lagi mereka yang mempunyai pelbagai faktor risiko kesihatan sewaktu men...
Tips Untuk Menjadi Pemandu Yang Berhemah

Tips Untuk Menjadi Pemandu Yang Berhemah

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 280 hits
Setiap orang memikul tanggungjawab yang besar apabila memandu di atas jalan raya Ingin tahu lebih lanjut Lihat tips untuk menjadi pemandu berhemah di sini Ramai orang sedar bahawa menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya mampu mengelakka...
Kawan Menjadi Sahabat

Kawan Menjadi Sahabat

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 102 hits
KAWAN MENJADI SAHABAT Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbtKawanAdalah rezekiHadiah daripada IlahiAmanah dan tanggungjawabWarna warni yang mewarnaiKawanSelalu menghulur tanganBukan cuma bantuanTerlebih ...
Rafizi Saya Tak Pakai Rider

Rafizi Saya Tak Pakai Rider

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 68 hits
Suraya Alisuraya ali bh com myKUALA LUMPUR Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan beliau tidak menggunakan khidmat rider atau polis pengiring dalam urusan seharian Pengiring hanya seorang dan hanya untuk urusan rasmi sebagai menteri Di lua...
Setahun Sebagai Rakan Penghantar Grab

Setahun Sebagai Rakan Penghantar Grab

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 143 hits
Setahun sebagai rakan penghantar Grab Genap setahun saya sudah menjadi Semuanya bermula sejak Disember 2020 Saya mula memohon menjadi rakan penghantar Grab pada bulan Disember 2020 Namun saya diterima terlebih dahulu oleh Foodpanda pada bul...
Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Anda Diintai Tanpa Sedar Di Internet

Miniatur Bis Kalebas Legacy Sr3

Filem Tentang Sisi Gelap Suatu Entiti Bakal Melambak

Lasserhaus Where Contemporary Art Meets Hospitality By Vudafieri Saverino Partners In South Tyrol

10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group