Formasi 4-3-2-1 yang Tedi gunakan ini Tedi gelar formasi anak panah (arrowhead).Sebabnya? Kan rupanya macam anak panah tu? Ish ish ish... lagi mau tanya ka? (Gurau je, jangan marah ya...).Formasi 4-3-2-1 ni gunakan 4 orang pemain pertahanan iaitu Pertahanan Kiri, 2 orang Pertahanan Tengah, dan Pertahanan Kanan.Di atas pertahanan, ada 3 pemain tengah, iaitu Pemain Tengah Kiri, Pemain Tengah, dan Pemain Tengah Kanan.Di atas pemain tengah, ada 2 orang Pemain Tengah Menyerang.Paling atas, seorang Penyerang sahaja digunakan.Tujuan Tedi gunakan formasi ini adalah untuk menembusi bahagian tengah pertahanan lawan, memandang formasi 4-4-2 perlukan permainan yang melebar.Adalah penting untuk serasikan pasukan supaya Pemain Tengah Kiri dan Kanan segera hantar bola kepada Pemain Tengah Menyerang.2 orang pemain tengah menyerang akan membantu buka ruang untuk penyerang jaringkan gol kerana 2 orang pertahanan tengah lawan akan terpaksa bertarung dengan 3 orang pemain Tedi.Arahan pemain untuk formasi 4-3-2-1
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |