Bagaimana Menambah Widget Kotak Alat Tambahan Diblog
Setelah berjaya membuat tetapan blog anda , (artikel di link ini CARA SETTING ATAU MEMBUAT TETAPAN BLOG ) .
Masa untuk menambah widget atau kotak alat tambahan pilihan anda di blog.
Pilih LAYOUT di dashboard blog anda di bahagian kiri.
Pilih petak ADD A GADGET yang terdapat di LAYOUT anda seperti imej di atas.
Akan keluar ADD A GADGET dan pilihan gadget untuk anda pilih
Pilih gadget pilihan dan kotak tambahan anda
Antara gadget dan kotak pilihan yang harus ada di sebuah blog ialah :-
1. Gadget atau kotak label atau kategori - bagi memudahkan pelawat mencari kategori pilihan
2. Gadget atau kotak artikel popular - Tentu sekali artikel popular akan meningkatkan potensi untuk pengunjung membacanya
3. Gadget atau kotak profile - profile diri anda amat penting untuk sesetengah pembaca lebih mengenali anda
4. Gadget atau kotak langgan melalui email - kotak ini memudahkan pembaca melanggan artikel terbaru anda terus ke email
5. Gadget atau kotak carian - kotak carian amat penting, ini memudahkan pembaca membuat carian penting yang terdapat di blog anda
6. Gadget atau kotak follower - jika ada meletakkan butang atau kotak follower, ini memudahkan mereka yang ingin menjadi follower anda, malah pembaca juga boleh nampak berapa ramai follower yang anda miliki
7. Kotak attribution - ia untuk memberitahu mengenai hak anda keatas segala artikel didalam blog anda, malah kotak ini amat penting jika anda mahu memohon akaun adsense
8. Kotak perkongsian di media sosial - kotak untuk artikel anda mudah dikongsikan di media sosial terutama facebook dan twitter amat penting untuk meningkatkan jumlah pembaca blog anda. Pastikan anda meletakkan butang ini bagi memudahkan perkongsian artikel menarik anda
Anda juga boleh memilih untuk meletakkan widget dan gatget dari pihak ketiga seperti linkwithin, ENGAGEYA yang turut membantu menambahkan pembaca untuk setiap artikel anda. Kotak atau gadget ini membantu blog anda mempamerkan artikel-artikel lain yang terdapat di blog anda
Hiasi blog anda dengan kotak gadget atau widget yang paling sesuai dan jangan memberatkan blog anda dengan gadget atau widget tidak berkenaan, kerana ia hanya mengurangkan lagi pengunjung untuk datang ke blog anda jika blog anda berat dan lambat loading
Nantikan artikel seterusnya
Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://qk79.blogspot.com/2015/09/bagaimana-menambah-widget-kotak-alat.html