Bagaimana Gerakan Tabligh Di Malaysia Jadi Titik Utama Covid 19


ReutersSeorang speaker menyampaikan syarahan dalam bahasa Tamil di salah satu daripada banyak kumpulan kecil di konvensyen tabligh di Masjid Sri Petaling pada awal Mac. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Para jemaah tidur dalam khemah-khemah yang sesak di luar masjid berkubah emas, bangun sebelum fajar menyinsing untuk duduk dalam barisan sejadah yang dibentangkan di dewan utama. Pada masa itu, koronavirus berjangkit tanpa disedari.

Perhimpunan orang Islam itu yang diadakan pada penghujung bulan lepas di sebuah kompleks masjid yang luas di Sri Petaling, Kuala Lumpur muncul sebagai sumber ratusan jangkitan koronavirus baru di serata Asia Tenggara.

Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang menghadiri acara itu meninggal dunia semalam, kematian pertama yang dikaitkan dengan acara yang berlangsung 27 Feb – 1 Mac di kawasan masjid
.
Ia dihadiri 16,000 orang, termasuk 1,500 warga asing.

Daripada 673 kes koronavirus yang disahkan di Malaysia, hampir 2/3 dikaitkan dengan pertemuan 4 hari itu, menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Pertama-tamanya belum jelas siapa yang bawa virus itu ke sana.

Reuters bercakap dengan 6 peserta dan melihat gambar dan catatan di media sosial, dan keterangan menunjukkan beberapa cara wabak itu boleh tersebar.

Penganjurnya, gerakan dakwah Islam Jemaah Tabligh, yang asal usulnya boleh dikesan di India sekurun lalu, sudah menggantung kegiatan dakwahnya tetapi tidak mengulas secara langsung tentang acara itu.

Kumpulan itu juga tidak respon kepada permintaan untuk komen lanjut.

Masjid di mana acara itu diadakan ditutup dan seorang tetamu berkata dia salah seorang daripada puluhan ahli jemaah di situ bawah kuarantin. Panggilan ke masjid tidak terjawab.

“Saya sebenarnya amat terkejut ia diteruskan,” kata Surachet Wae-asae, seorang bekas wakil rakyat Thailand yang menghadiri acara itu tetapi selepas pulang didapati negatif jangkitan virus.

“Tetapi di Malaysia, Tuhan amat penting. Kepercayaan kuat.”

Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan enggan mengulas lanjut tentang acara itu.

Berpegang tangan, berkongsi talam

Perhimpunan yang sesak itu, di mana tetamu terpaksa menaiki bas perantara untuk tidur di tempat-tempat lain, dihadiri warga puluhan negara, termasuk Kanada, Nigeria, India, dan Australia, menurut senarai hadirin yang dimuat naik di media sosial.

Juga terdapat warga China dan Korea Selatan – negara yang ada kadar jangkitan koronavirus yang tinggi.
Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur menjadi pangkalan utama Tablighi Jamaat di Malaysia.Catatan media sosial memaparkan ratusan ahli jemaah bersolat dalam saf di masjid itu, dan ada beberapa tetamu memuatnaik swafoto berkongsi makanan.

Belum jelas berapa ramai tetamu pemastautin di Malaysia, tetapi kes kes yang dikaitkan dengan perhimpunan itu muncul setiap hari di serata Asia Tenggara.

“Kami duduk rapat-rapat,” kata seorang lelaki Kemboja berusia 30 tahun yang menghadiri acara itu kepada Reuters di sebuah hospital di wilayah Battambang, Kemboja di mana dia dirawat selepas didapati positif koronavirus pada Isnin.

“Orang dari banyak negara berpegang tangan di majlis keagamaan itu. Apabila saya bertemu orang, saya pegang tangan, ia normal. Saya tak tahu saya berjangkit dari siapa,” katanya, yang tidak mahu dinamakan kerana bimbang akan didiskriminasikan di masjidnya.

Tiada orang pimpinan acara itu bercakap tentang berpegang tangan, koronavirus atau peringatan kesihatan semasa acara itu, tetapi kebanyakan tetamu membasuh tangan dengan kerap, kata 2 tetamu.

 Membasuh tangan dan anggota tubuh yang lain sebahagian daripada ibadat orang Islam.

Seorang lagi peserta dari Kemboja berkata tetamu daripada negara berbeza berkongsi talam di mana makanan disajikan.

Hanya separuh daripada peserta warga Malaysia yang menghadiri acara itu tampil untuk ujian, menimbulkan kebimbangan wabak dari masjid itu mungkin lebih luas.

Brunei mengesahkan 50 kes yang dikaitkan dengan perhimpunan di masjid itu, daripada 56 kes. Singapura mengumumkan 5 yang dikaitkan dengan acara itu, Kemboja 13 dan Thailand sekurang-kurangnya 2.

Vietnam, Filipina, dan Indonesia, yang hampir 700 warganya menghadiri acara itu, sedang menyiasat.
Orang digalakkan makan bersama daripada talam sebagai tanda persaudaraan seagama. (Gambar Facebook)Bahawa suatu acara ziarah keagamaan diteruskan, pada ketika epidemik sudah meragut 2,700 nyawa dan merebak dari Itali ke Iran, mengundang kritikan.

Bukan acara keagamaan itu sahaja yang menyebarkan virus pada skala yang besar. Ribuan kes di Korea Selatan dikaitkan dengan acara di Gereja Jesus Shincheonji di bandar Daegu.

Beberapa peserta mempertahankan acara di masjid Sri Petaling, mengatakan pada ketika itu situasi di Malaysia – yang mengumumkan 25 kes yang diketahui setakat 28 Feb – tidak teruk.

“Kami ketika itu tak bimbang kerana situasi Covid-19 pada ketika itu nampak terkawal,” kata Khuzaifah Kamazlan, seorang guru agama berusia 34 tahun di Kuala Lumpur yang menghadiri acara itu dan didapati negatif koronavirus.

Khuzaifah berkata beberapa ahli jemaah yang menghadiri acara itu enggan diuji bagi mengesan koronavirus, lebih suka bergantung pada Tuhan untuk melindungi mereka.

Karim, seorang warga Malaysia berusia 44 tahun yang menghadiri perhimpunan itu dan didapati positif koronavirus, berkata kerajaan patut membatalkan acara itu.

“Kami kecewa kami dipersalahkan sepenuhnya atas wabak ini. Pandangan itu tidak adil. Tiada larangan dikenakan ke atas perhimpunan itu,” katanya yang hanya mahu dinamakan sebagai Karim.

“Sekarang saya bimbang kerana saya positif. Tolong doakan saya.”

Lebih 182,000 orang di seluruh dunia dijangkiti koronavirus dan 7,165 meninggal dunia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/bagaimana-gerakan-tabligh-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Seorang Lagi Tabligh Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Di Malaysia

Terkini Seorang Lagi Tabligh Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 297 hits
Kejadian di Melaka Wabak Covid 19 semakin mengganas di mana terkini seorang lagi pesakit Covid 19 di Malaysia meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 4 orang AL FATIHAH Baca selanjutnya Terkini Seorang Lagi Tabligh Men...
Nasib Baik Pandemik Covid Di Malaysia Ni Tercetus Dari Cluster Tabligh

Nasib Baik Pandemik Covid Di Malaysia Ni Tercetus Dari Cluster Tabligh

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 591 hits
Seorang Doktor yang bukan dari Jamaah Tabligh dan bekerja keras dengan penuh kepenatan dari Pusat Kuarantin Covid 19 menceritakan CeritaSaya nak cakap sedikit pasal Jemaah Tabligh Umum tahu kluster paling banyak pesakit COVID19 termasuk yan...
Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ketiga Jemaah Tabligh Meninggal Di Tawau

Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ketiga Jemaah Tabligh Meninggal Di Tawau

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 470 hits
Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat wabak COVID 19 apabila seorang lelaki rakyat Malaysia meninggal dunia di Hospital Tawau hari ini Menerusi catatan Facebook rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kema...
Seorang Lagi Pesakit Covid 19 Di Malaysia Meninggal Dunia Kluster Jemaah Tabligh

Seorang Lagi Pesakit Covid 19 Di Malaysia Meninggal Dunia Kluster Jemaah Tabligh

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 587 hits
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kematian ketiga berkaitan wabak Covid 19 hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata korban ialah pesakit 152 iaitu lelaki tempatan berusia 58 tahun daripada kluster jemaah Ta...
Fakta Bukan Auta Warga China Pembawa Covid 19 Ke Malaysia 10005

Fakta Bukan Auta Warga China Pembawa Covid 19 Ke Malaysia 10005

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 412 hits
Seronok jer bangsa cina sini termasuk yang anti Tabligh buat bedaan yang berupa fitnah Nauzubillahminzalik Ampuni kami Yaa AllahKenyataan Akhbar KPK 25 Januari 2020 Pengesanan Kes Baharu yang Disahkan Dijangkiti 2019 Novel Coronavirus di Ma...
Covid 19 Kes Pertama Di Brunei Baru Pulang Dari Majlis Tabligh Di Malaysia

Covid 19 Kes Pertama Di Brunei Baru Pulang Dari Majlis Tabligh Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 486 hits
Wabak Covid 19 semakin meruncing di mana terkini seorang lelaki Brunei dijangkiti selepas baru pulang dari Majlis Tabligh di Malaysia Baca laporan lengkap Kementerian Kesihatan Brunei Covid 19 Kes Pertama Di Brunei Baru Pulang Dari Majlis T...
Pelancong Amerika Puji Cara Malaysia Urus Covid 19 Lebih Baik Dari Apa Kerajaannya Buat

Pelancong Amerika Puji Cara Malaysia Urus Covid 19 Lebih Baik Dari Apa Kerajaannya Buat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 328 hits
Cara negara kita mengendalikan situasi penularan COVID 19 mendapat pujian seorang warga Amerika Syarikat berkata biarpun Malaysia bukan negara dunia pertama namun cara kerajaan menguruskan krisis tidak mengetepikan penduduk pedalaman Kami b...
Covid 19 Pasukan Penyelidikan Diketuai Malaysia Dapat Pengiktirafan Who

Covid 19 Pasukan Penyelidikan Diketuai Malaysia Dapat Pengiktirafan Who

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Memandangkan banyak maklumat yang salah mengenai pandemik COVID 19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini Masih ramai yan...
Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 14

Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 14

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 329 hits
Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 14 Berikut dikongsikan maklumat berkaitan wabak Covid 19 di Malaysia bertarikh 23 Mac 2020 efektif jam 5 00 petang Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 14 Kes pulih pada 23 Mac 2020 20 kesJumlah kes pulih ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik