Bagaimana Cara Menukarkan Hobi Menonton Filem Kepada Aktiviti Menghasilkan Pendapatan


Bagaimana cara untuk menjadikan hobi menonton filem, drama dan mungkin juga kartun anime sebagai suatu hobi yang boleh menghasilkan pendapatan?
 
Kali ini, kita akan membincangkan topik mengenai cara untuk menjadikan hobi menonton filem sebagai suatu cara untuk menghasilkan pendapatan.

Bagi mereka yang baru nak bermula, janganlah terus bayangkan yang anda akan hasilkan income yang lumayan, sehingga 4 angka setiap bulan.
 
Setiap orang akan bermula dari bawah. Cuba usahakan untuk dapatkan RM1 atau USD1 yang pertama terlebih dahulu, kemudian barulah kita besarkan lagi angan-angan dan usaha untuk menghasilkan suatu jumlah yang lebih besar.

 
Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita lihat, apakah langkah demi langkah yang perlu anda lakukan bagi menjadikan hobi anda menonton filem itu sebagai suatu hobi yang boleh menjana pendapatan.
 
(1) Pilih niche anda Pilih dan tetapkan mana satu niche yang anda ingin fokuskan.
 
Bagi mereka yang kurang arif dengan istilah niche, disini saya akan berikan maksud bagi istilah niche tersebut.
 
Istilah niche ini sebenarnya merujuk kepada suatu segmen khusus dalam suatu pasaran yang lebih besar untuk produk atau perkhidmatan tertentu. Ia merupakan subset, sub-kategori atau sub-topik daripada suatu topik yang lebih luas dan umum.
 
Sebagai contoh, topik kewangan. Kewangan adalah satu topik yang agak besar.
 
Dibawah topik mengenai kewangan ini, masih ada sub-topik seperti pengurusan kewangan, takaful, pelaburan, pengurusan harta pusaka dan sebagainya.
 
Dalam konteks pencipta kandungan (atau content creator) mengenalpasti niche ini melibatkan pencarian suatu sudut, bidang, perspektif, atau topik yang lebih berfokus, berbanding anda cuba untuk mengulas semua perkara dan menjadi juara dalam satu bidang yang sangat luas.
 
Pada peringkat permulaan, adalah lebih baik untuk anda membina nama dan identiti dengan memfokuskan kepada suatu niche yang lebih kecil dan spesifik. Kemudian apabila kehadiran dan kewujudan anda mula disedari, dan anda mula mendapat pengikut, barulah perlahan-lahan meluaskan lagi niche anda.
 
Kalau dalam konteks perfileman, kita sebenarnya ada pelbagai niche yang boleh dipilih. Antaranya ialah niche yang
 
(1) Fokus pada genre filem
Tumpukan pada genre perfileman tertentu, contohnya seperti
1. Filem seram
2. Komedi
3. Sains fiksyen
4. Sejarah
5. Percintaan
6. Aksi
 
(2) Tumpuan kepada pengarah filem
Fokus kepada karya pengarah atau pembuat filem tertentu. Setiap pengarah filem biasanya mempunyai gaya dan cara penyampaian visual yang berbeza-beza.
 
Antara pengarah filem yang terkenal adalah seperti
a. Kevin Feige
The Marvels, Avengers
 
b. Steven Spielberg
(Indiana Jones, Ready Player One, Jurassic Park, Catch Me If You Can, War of the World dan banyak lagi)
 
c. Kabir Bhatia
Pulang, Juang, Sepi, Nur Kasih The Movie dan banyak lagi
 
d. Aziz M Osman
Senario the movie, XX Ray, Puteri Impian
 
(3) Tumpuan kepada pelakon
Kita fokus kepada karya atau lakonan pelakon tertentu, yang mungkin anda minati.
 
Mungkin ada beberapa pelakon terkemuka yang anda minat secara peribadi, misalnya seperti Tom Hanks, Leonardo DiCaprio, Nam Koong Min dan sebagainya.
 
(4) Filem luar negara
Fokus pada filem yang datang dari negara luar, sama ada dari barat (hollywood), India (Bollywood), Jepun (anime), Korea dan sebagainya.
 
(5) Analisis filem dan teori
Buat analisis dan perbincangan ilmiah berkaitan dengan filem yang telah dihasilkan. Analisis filem juga antara topik yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.
 
(2) Bina nama dan jenama anda Jenama ini penting bagi tujuan penonton dapat mengenal dan membezakan anda dengan pencipta kandungan yang lain.
 
Dalam proses pembinaan jenama ini, antara yang anda boleh lakukan adalah
1. Memilih nama yang unik
2. Cipta logo yang mewakili anda
3. Cipta kesan visual yang mempunyai identiti anda
 
(3) Bina khalayak penonton anda Tanpa perlu diragui lagi, anda perlukan khalayak penonton ataupun audiens.
 
Tanpa audiens, sebarang konten yang anda hasilkan hanya akan dibaca, ditonton atau didengari oleh anda sahaja selaku individu yang mencipta kandungan tersebut.
 
Bagi tujuan membina audiens ini, anda boleh bina melalui beberapa platform, antaranya
1. Channel Youtube
2. Tiktok
3. Blog
4. Facebook Fanpage

Persoalannya ialah, bagaimana cara untuk membina audiens?
Adakah hanya dengan membuka akaun dengan Youtube, atau mendaftar blog, membuka akaun Tiktok mahupun FB Fanpage sudah cukup untuk membuatkan anda memperolehi audiens yang ramai?
 
Jawapannya sudah tentulah tidak.
Ia bukan berfungsi seperti itu.
 
Setelah anda memilih platform yang mana satu yang anda ingin fokuskan, anda perlu membina atau menghasilkan kandungan dalam platform yang anda pilih tersebut.
 
Persoalan seterusnya pula ialah, kandungan atau konten yang bagaimana yang perlu anda hasilkan?
 
Saya ingin memberikan beberapa cadangan kepada anda.
 
(1) Kandungan jenis review
Dalam kandungan seperti ini, anda akan memberikan pendapat dan pandangan anda mengenai sesebuah filem, tanpa membocorkan plot filem tersebut.
 
Sama ada anda suka, tak suka, teruja, kagum dan sebagainya.
 
Kalau anda suka atau kagum, cubalah nyatakan kagum dari segi apa? Adakah dari segi skrip, susunan plot ataupun mungkin sinematografi.
 
(2) Senarai Top 10 atau Top 5
Kandungan jenis ini, anda hanya menyenaraikan filem mengikut kriteria tertentu. Mungkin pendapat peribadi, atau berdasarkan kepada tinjauan pendapat yang anda lakukan, atau pernah baca dari sesuatu sumber sebelum ini.
 
Top 5 Anime terbaik tahun 2023, Top 5 pelakon Superman sepanjang zaman dan sebagainya.
 
(3) Teori dan spekulasi peminat
Ada sesetengah filem, dari segi penceritaan seolah-olah ada kelompangan. Kita sebagai penonton, kadang-kadang tak tahu dan tak faham, apa yang berlaku kepada watak yang ditayangkan, sehingga dia berkelakuan seperti mana ia ditayangkan di layar.
 
Dalam konteks ini, kita mungkin boleh buat teori sendiri, dan buka ruang untuk perbincangan bersama dengan peminat lain.
 
(4) Behind the scenes (BTS)
Anda cipta kandungan yang menceritakan tentang apa yang berlaku disebalik tabir dalam pembikinan sesebuah filem.
 
(5) Kajian terhadap watak
Bagi mereka yang menggemari topik tentang perkembangan watak (character development) atau bidang psikologi, anda mungkin berminat untuk membuat kajian dan perbincangan mendalam mengenai sesuatu watak atau karekter yang muncul dalam filem.
 
Sebagai contoh, watak Tony Stark, Bruce Wayne, Steve Rogers, Dean Winchester, Pattrick Jane dan sebagainya.
 
Mungkin anda boleh buat kajian, apa yang membuatkan Tony Stark begitu kaya? Dari mana datang kekayaannya?
 
(4) Jana pendapatan melalui konten anda Setelah anda berjaya mempunyai audiens anda sendiri, maka kita akan beralih ke langkah yang keempat iaitu langkah untuk menjana pendapatan.
 
Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh gunakan, bagi tujuan menjana pendapatan melalui konten yang anda hasilkan.
 
a. Iklan berbayar Untuk konten yang anda siarkan melalui Youtube, anda boleh sertai program pengiklanan Youtube Advertising dan anda akan menerima bayaran bagi setiap jumlah tontonan yang anda berjaya perolehi.
 
Jika konten anda adalah dalam bentuk artikel dan disiarkan dalam blog, program pengiklanan Google Adsense adalah sesuai untuk anda.
 
b. Affiliate marketing Program affiliate merupakan satu lagi kaedah untuk menjana pendapatan menerusi konten atau kandungan yang telah anda hasilkan.
 
Anda hanya perlu sediakan beberapa link atau pautan untuk membeli produk tertentu, yang berkaitan dengan topik yang anda sedang bincangkan dalam konten yang anda hasilkan.
 
Sekiranya ada yang menekan klik pada link anda, lalu membuat pembelian, maka dari situ anda akan memperolehi pendapatan.
 
Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai affiliate marketing, boleh baca posting saya sebelum ini.
Baca: Apa itu Affiliate Marketing

c. Sponsored Post Istilah sponsored post ini sebenarnya merujuk kepada posting berbayar.
 
Biasanya, tujuan menghasilkan posting ini adalah untuk mempromosikan sesuatu, sama ada filem terbaru yang bakal ditayangkan, atau mungkin produk berkaitan dengan industri perfileman.
 
Lazimnya anda akan bekerjasama dengan pencipta atau pembuat filem, pemilik platform penstriman filem dan sebagainya.
 
Kadar bayaran upah yang boleh anda perolehi adalah berbeza-beza. Namun, saya boleh katakan anda boleh mengenakan bayaran minima RM100 untuk satu kandungan yang anda hasilkan.
 
Sebenarnya kalau audiens anda cukup besar, anda boleh letakkan kadar bayaran yang lebih tinggi dari nilai tersebut.
 
d. Jualan Merchandise Jika jenama anda sudah cukup kuat dan terkenal dipasaran, anda boleh mula menjual merchandise seperti t-shirt, mug, button badge dan sebagainya.
 
e. Sumbangan Selain itu, anda juga boleh mula membuka peluang kepada peminat anda yang ingin menghargai hasil kerja anda untuk membuat sumbangan.
 
Sama ada melalui platform Patreon, Buy Me A Coffee ataupun ketika sesi live yang anda jalankan.
 
f. Buka kelas, coaching atau mentoring Apabila anda mula mencipta kejayaan, sampai satu tahap akan ada orang baru yang ingin mengikuti jejak langkah anda.
 
Pada waktu ini, anda boleh mula menawarkan kelas, atau sesi coaching untuk melatih orang baru tersebut.
 
(5) Bina Rangkaian & Berkolaborasi Bina rangkaian dan berkenalan dengan peminat filem lain, pembuat filem, pencipta kandungan, penulis blog, youtuber dan mereka yang merupakan profesional dalam industri.
 
Buat kerjasama dalam menghasilkan kandungan, saling mempromosikan antara satu sama lain, dan cari peluang untuk saling membantu dalam mengembangkan lagi audiens.
 
(6) Berinteraksi dengan audiens anda Bina hubungan yang baik dengan audiens anda. Cuba libatkan mereka dalam perbincangan, tak kiralah sama ada anda ingin bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh audiens anda.
 
Kalau ada dalam kalangan audiens anda yang karekternya lebih kepada seorang yang toxic dan lebih suka untuk troll kandungan yang anda hasilkan, individu seperti ini bolehlah anda abaikan dan block sahaja.
 
Tak perlulah nak sakitkan kepala melayan orangnya karekternya seperti itu.
 
Tapi kalau ada dalam kalangan pengikut ataupun audiens anda yang betul-betul berminat dengan kandungan yang anda hasilkan, maka individu seperti ini bolehlah anda berikan perhatian.
 
(7) Pelbagaikan sumber pendapatan Jangan hanya bergantung pada satu sumber atau satu bentuk pendapatan sahaja.
 
Macam sebelum ini, saya telahpun menyenaraikan beberapa kaedah untuk menjana pendapatan yang anda boleh cuba. Pada peringkat permulaan, mungkin agak mustahil untuk anda terus mempelbagaikan sumber pendapatan.
 
Oleh itu, pada peringkat permulaan ini, anda boleh bermula dengan program pengiklanan dan juga program affiliate. Setelah kedua-dua bentuk kaedah penjanaan pendapatan ini sudah mula membuahkan hasil dan boleh menghasilkan pendapatan secara pasif, barulah anda mencuba pendekatan yang baru pula.
 
Nasihat saya, jangan cepat puas hati dengan satu sumber pendapatan semata.
 
Ingat.
 
Bila-bila masa sumber tersebut boleh kering dan berhenti menghasilkan pendapatan.
 
(8) Pantau prestasi anda Dari masa ke masa, pantau perkembangan prestasi anda.
 
Mungkin ada konten tertentu, yang bila anda hasilkan mendapat jumlah tontonan atau trafik yang banyak dari audiens anda. Manakala ada kandungan tertentu yang agak suram dan kurang mendapat sambutan.
 
Jika kandungan anda kurang mendapat sambutan, cubalah kenalpasti apakah puncanya.
 
Jika ada mana-mana kandungan anda yang sangat perform, maka cubalah kenalpasti apa yang menjadi faktor kepada prestasi yang baik. Ulang langkah dan formula yang sama untuk mencipta kandungan yang setara atau lebih kurang sama dengan kandungan tersebut.
 
(9) Ubahsuai mengikut kesesuaian keadaan semasa Jika perlu, buatlah perubahan.
 
Jika kandungan dalam bentuk artikel, ia sangat mudah untuk di upgrade, jika anda dapati kandungannya mula kurang relevan dengan keadaan semasa.
 
Sebagai contoh, kali pertama anda menulis artikel tersebut mungkin pada tahun 2014.
 
Kini setelah sepuluh tahun berlalu, boleh jadi sudah ada banyak maklumat baru yang berkaitan dengan kandungan asal yang anda hasilkan. Kandungan sedia ada juga mungkin sudah kurang relevan dengan keadaan dan persekitaran semasa.
 
Oleh sebab itu, penting untuk anda kemaskini kandungan lama, dan pastikan ianya sentiasa relevan dengan keadaan semasa.
 
Pada sisi yang lain, kita juga perlu sedar akan hakikat bahawa teknologi semakin berkembang. Kalau pada hari ini, teknologi yang makin banyak diperkatakan adalah teknologi berkaitan dengan Artificial Intelligence (AI).
 
Justeru, sebagai pencipta kandungan, anda juga perlu tahu serba sedikit bagaimana cara untuk menggunakan teknologi tersebut dalam urusan penciptaan kandungan.
 
Penutup Dengan mengikuti langkah demi langkah yang telah dikongsikan disini, In Shaa Allah anda juga berupaya untuk menjadikan hobi anda menonton movies sebagai suatu hobi yang boleh membuahkan hasil.
 
Oleh yang demikian, jika anda juga memiliki hobi menonton filem, apa kata anda manfaatkan hobi tersebut dengan menjadi seorang pencipta kandungan atau nama popularnya content creator.
 
Manalah tahu, setiap saat, minit dan jam yang anda habiskan untuk menonton filem itu nanti dapat anda manfaatkan dan tukarkan ia dalam bentuk duit pula.
 
 
 
The post Bagaimana Cara Menukarkan Hobi Menonton Filem kepada Aktiviti Menghasilkan Pendapatan? appeared first on Soal Jawab .MY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://soaljawab.my/cara-menjadikan-hobi-menonton-filem-kepada-pendapatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Benar Untuk Menghasilkan Income Us Dolar Setiap Hari Secara Online

Cara Benar Untuk Menghasilkan Income Us Dolar Setiap Hari Secara Online

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 228 hits
Ada banyak cara untuk mendapatkan 1usd setiap hari dengan secara online secara jelas Berikut adalah 10 cara yang boleh anda cuba Menjadi freelancer Anda boleh menawarkan kemahiran anda seperti menulis mendesain mengajar dan lain lain di lam...
Filem Geng Kubur

Filem Geng Kubur

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 303 hits
Nantikan filem seram berjudul Geng Kubur akan ditayangkan di panggung wayang Malaysia mulai 25 April 2024 Filem arahan Gavin Yap ini menampilkan barisan pelakon pelakon muda seperti Firdaus Sufiyan Mia Sara Shauki Lion Chong dan Sasidaran s...
Penyamun Panjat Lori Seperti Adegan Filem

Penyamun Panjat Lori Seperti Adegan Filem

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 197 hits
KOSMO Dua perompak menaiki motosikal mengekori lori dari belakang NDTVNEW DELHI Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan situasi dua penyamun memanjat sebuah lori kecil yang sedang dipandu di jalan Stesen penyiaran NDTV mela...
Cara Memilih Situs Bo Togel Online Terpercaya Untuk Bermain Aman

Cara Memilih Situs Bo Togel Online Terpercaya Untuk Bermain Aman

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 211 hits
Cara Memilih Situs Bo Togel Online Terpercaya untuk Bermain Aman Apakah Anda seorang penggemar togel online Jika ya maka Anda pasti memahami betapa pentingnya memilih situs bo togel online terpercaya untuk bermain aman Dalam dunia internet ...
Saya Mahu Musa Dibesarkan Dengan Cara Terbaik Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah Tiada Lagi Pertikaian

Saya Mahu Musa Dibesarkan Dengan Cara Terbaik Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah Tiada Lagi Pertikaian

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 155 hits
Tiada lagi sebarang pertikaian Aktivis kemanusiaan Mizz Nina mengesahkan dia mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga yang sah kepada anak angkatnya Musa malah tidak mahu hal itu dibangkitkan lagi Nina hadir ke mahkamah hari ini bagi mengh...
Kunyit Dengan Minyak Kelapa Dara Rawat Selesema Bayi Cara Alami

Kunyit Dengan Minyak Kelapa Dara Rawat Selesema Bayi Cara Alami

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 227 hits
Bila anak selesema selain ubat mama dan papa juga boleh gunakan cara alami dengan menggunakan kunyit Campurkan kunyit dan minyak kelapa dara Selama ini kita mungkin pandang rendah pada kunyit tanpa mengetahui rupanya ia boleh merawat macam ...
Pertembungan Budaya Dan Topik Penunggang Agama Buat Filem La Luna Meledak Di Netflix

Pertembungan Budaya Dan Topik Penunggang Agama Buat Filem La Luna Meledak Di Netflix

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 172 hits
Filem La Luna arahan M Raihan Halim meskipun sudah lama ditayangkan di pawagam Malaysia sekitar November 2023 lalu mula diperkatakan kembali apabila naskah itu mula memasuki siaran rancangan berbayar Netflix Malaysia Sumber Google nbsp Fi
Filem Korsakoff

Filem Korsakoff

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 168 hits
Nantikan filem Korsakoff terbitan D Alpha Legacy yang bakal ditayangkan di Astro First pada 14 Mac 2024 KorsakoffTayangan di Astro First 14 Mac 2024Idea Asal Diyana IsmailPenulis Skrip Nur A minahtul MardiahPengarah Opie ZamiProduksi D Alph...
Avatar Penyelamat Udara Terakhir Penyuka Filem Saya

Avatar Penyelamat Udara Terakhir Penyuka Filem Saya

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 240 hits
Coming soon guys 22 2 lock the date trailer jer dah gempak ini kan tgok full episode Baca artikel penuh disini The post appeared first on
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui