Bagaikan Syurga Buah Buahan Di Mbg Selayang Fruits Hub


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi serta diingati selalu. Maha ni memang hantu buah-buahan. Kalau siapa yang pernah datang atau selalu datang rumah Maha memang boleh tengok dalam peti sejuk stock buah sangat banyak tak pernah putus. Kalau tetamu yang datang selain hidangan dengan makan mesti Maha hidang dengan buah-buahan. Tak tahu nak cakap memang suka makan buah-buahan ni tak kisahlah yang import atau yang tempatan



Hampir semua jenis buah Maha suka korang senaraikan lah. Walaupun buah tu tak masak dan rasa masam sekali pun Maha makan cicah dengan kicap dan cili padi terangkat wei. Kalau orang buat macam Mangga Asam Boi atau juga Kedondong Asam Boi itu pun Maha suka. Bak kata orang yang berkaitan dengan buah semua Maha suka. Walaupun pencuci mulut yang dibuat dengan buah tetap suka tak adalah yang tak suka melainkan yang suka-suka belaka




Tambah sekarang ini musim banyak penyakit berjangkit macam Covid-19. Pengambilan nutrien dan juga makanan seimbang sangat perlu untuk membina pelindungan diri yang kuat melawan penyakit. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak sangat bagus dalam usaha ini kerana ia tinggi nutrisi dan juga memberi kita keseimbangan zat dan khasiat dalam vitamin, mineral, serat dan macam-macam lagi lah. 


Kalau korang baca kat mana-mana bahan bacaan sekali pun mesti mereka menyatakan bahawa buah-buahan menyediakan pelbagai antioksidan yang meningkatkan kesihatan, termasuk flavonoid. Memakan makanan yang tinggi buah dan sayur dapat mengurangkan risiko seseorang terkena penyakit jantung, barah, radang, dan diabetes. Sebab keluarga Maha juga memang suka makan buah-buahan ni terutama buah tempatan. 


Selain daripada kesan penyakit, covid juga memberi kesan kepada ekonomi seseorang. Kita banyak dengar sejak dua menjak ini ramai orang kehilangan perkerjaan dan juga ramai yang terpaksa buat perniagaan kecil-kecilan demi menampung kehidupan setelah mengalami semua ini. Ada ramai juga yang mula menjual buah-buahan di tepi jalan di gerai atau juga pasar malam. Tak kurang juga yang dah mula meniaga buah-buahan secara atas talian. Ada juga yang buat penghantaran buah sampai ker rumah atau juga gubahan buah dan hamper buah-buahan untuk tempahan. Macam-macam lah orang sekarang cari peluang untuk cari pendapatan Halal






Terpanggil dengan semua ini satu perusahaan franchise buah-buahan yang popular dan terbesar di Lembah Klang ini membuka inisiatif kepada peniaga atau pengusaha untuk menjual buah-buahan secara besaran atau kecil-kecilan. Kalau Maha sebut nama kedia ni mesti ramai orang kenal MBG Fruit Shop banyak terdapat kat dalam pasaraya, kat station LRT mahu pun kat kedai-kedai. Korang tahu tak bahawa MBG ini adalah milik seorang berbangsa Cina yang telah memeluk Islam iaitu Tuan Adnan Lee

Tuan Adnan Lee Pengarah Urusan MBG Fruit

Maha berkesempatan baru-baru ini mengunjungi dan melihat sendiri bagaimana perusahan perniagaan daripada kecil menggunakan basikal roda tiga pada tahun 1975 yang diusahakan oleh datuk dan nenek beliau. Kini beliau adalah generasi ketiga mewarisi peniagaan buah-buahan ini. Seronok dengar cerita yang dikongsikan oleh Tuan Adnan Lee bagaimana niat murni beliau untuk membantu mereka yang nak mula perniagaan kecil menjual buah-buahan pada masa yang kritikal ini. 





Semasa di MBG Selayang Fruits Hub tu dapat tengok kawasan seluas lebih kurang 32,000 kaki persegi itu menempatkan pelbagai jenis buah-buahan dari dalam dan luar negara. Di situ adalah hub buah import dikumpulkan sebelum diedarkan kepada cawangan kedai-kedai buah dibawah jenama MBG FruitShop. Kini mereka ada lebih daripada 31 buah kedai seluruh Lembah Klang tidak termasuk yang ada di dalam supermarket lagi. Korang tahu yang maksud MBG tu adalah 'Money Back Guarantee' jarang kedai buah ada moto macam ni hanya kat sini sahaja tau. 




Tapi bukan itu yang beliau nak sampaikan pada sesi bersama dengannya tapi bagaimana mereka yang nak buat business berasaskan buah-buahan boleh mula daripada sekecil-kecil modal dan peniagaan kepada sebesar-besar peniagaan. Kat Selayang Fruit Hub merupakan pusat sehenti untuk buah-buahan segar terus langsung dari sumber petani, mahupun import dan dengan bilik sejuk tersendiri. Sebab tu siapa datang sini boleh lihat ada empat bahagian yang dibahagikan bagi memudahkan kerja pengurusan buah-buahan dan juga pembelian buah. Ada kawasan Bahagian Runcit untuk individu atau peniaga yang nak beli pada kuantiti yang sikit dan masih boleh dapat untung berniaga. Kemudian ada bahagian Pembelian Borong atau Pukal untuk peniaga yang nak mula berniaga secara besar dan membeli buah dengan kuantiti yang banyak. 




Kemudian ada juga kawasan Bahagian Dingin dimana tempat untuk simpan buah yang perlu pada pengawasan kedingin tertentu agar terus kekal segar dan berkualiti. Kat bahadian dingin ni suhu dalam bilik tu bolah mencecah 2 hingga 4 darjah celcius tau sejuk. Satu lagi adalah Bahagian Gudang untuk menyimpan dan memunggahkan buah-buahan turun dari lori atau masuk lori untuk pembahagian. Sebab tu Maha cakap kalau korang nak buat perniagaan buah-buahan boleh datang sinin dan dapat potongan harga di antara 20% hingga 50% berbanding dengan membeli dari kedai runcit diluar sana






Juga yang menarik kat MBG Selayang Fruit Hub ini adalah buah-buahan unik yang susah nak dapat kat tempat lain sebagai contoh, Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, Japan Fruits, Fresh Fiq, Korea Strawberry, Barhi Dates, Passion Fruits, Cherry, Saphire Grapes dan lain-lain. Korang pernah rasa buah-buah ini, Maha sendiri datang sini baru dapat lihat dan rasa semua buah unik yang tiada kat Malaysia ini





Selain buah-buahan ada juga mereka menjual bahan atau peralatan untuk membungkus atau membuat hamper buah-buahan. Jadi tak perlu nak pergi tempat lain. Cuba korang teka sekarang ini musim buah apa yang paling mendapat perhatian dan jualan tinggi? Betul pandai Buah Kurma atau Tamar. Ini kerana sekarang di negara Timur Tengah dan juga Eropah buah ini telah mula dituai dan dieksport seluruh negara. Juga sambutan sangat tinggi dan permintaan sangat laris mana-mana orang yang jual walaupun sekotak Kurma boleh dapat untung. Kat sini juga ada jual kurma yang dah masak dan juga kurma muda atau masih mentah. Maha suka makan kurma ni






Jadi apa tunggu lagi peluang dah ada dan juga cara Maha dan kongsikan kat mana nak dapat sumber bekalan nak berniaga buah-buahan. Cuma sekarang tepuk dada tanya kemahuan nak mula berniaga atau tidak. Ini sikit perkongsian Maha untuk mereka yang masih terkapai-kapai dalam mencari pendapatan. Harap ini dapat merubah kehidupan tak banyak pun sikit kepada mereka yang terkesan akibat pandemik. Moga usaha yang baik itu akan terus diberkatai dan mendapat kerahmatan Yang Maha Esa. 
Bagi sebarang pertanyaan atau juga kemuskilan boleh hubungi :Tel   :  016 2798 603 (Azmer)             016 6824 603 (Azizeh)Laman web     :  https://mbg.com.myFacebook        :  https://www.facebook.com/mbgfruitInstagram        :  https://instagram.com/mbgfruitshop  
Juga boleh terus ke MBG Selayang Fruit Hub : Alamat : Lot 639, Jalan Batu Hampar, Off Jalan Ipoh, Batu 7, 68100 Selayang, Kuala Lumpur.
Waktu operasi Isnin sampai Ahad seawal jam 5.00pagi hingga 6.00petang  









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2021/04/bagaikan-syurga-buah-buahan-di-mbg-selayang-fruits-hub.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
70 Buah Rumah Di Kampung Balok Taman Balok Baru Rosak Akibat Ribut Hujan Lebat

70 Buah Rumah Di Kampung Balok Taman Balok Baru Rosak Akibat Ribut Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 554 hits
The ReporterSebanyak 70 rumah di kawasan Kampung Balok dan Taman Balok Baru di sini rosak akibat dilanda ribut dan hujan lebat petang semalam Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kuantan Kapten Zaubidah Said berkata kejadian berlaku an...
Resipi Filipino Fruits Cocktail Creamy Lagi Berlemak Gerenti Sedap

Resipi Filipino Fruits Cocktail Creamy Lagi Berlemak Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 499 hits
Tercari cari resipi untuk dicuba di bulan puasa ini apa kata anda cuba Filipino Fruit Cocktail yang unik sedap lagi berlemak Gabungan buah buahan campuran susu pekat dan whip krim yang cukup sedap Malah resipinya juga amat mudah dan senang ...
Buat Smoothie Buah Sayur Antara 15 Tricks Cara Bagi Anak Suka Sayur Buah

Buat Smoothie Buah Sayur Antara 15 Tricks Cara Bagi Anak Suka Sayur Buah

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 254 hits
Seperti yang kita semua telah sedia maklum bahawa SAYUR dan BUAH dapat memberikan vitamin antioksidan serat air pada tubuh badan Bagi kanak kanak terutamanya ianya penting dalam perkembangan tubuh badan serta dapat meningkatkan sistem imuni...
Nenek Kirim Parcel Buah Rambutan Sebab Tak Boleh Rentas Negeri

Nenek Kirim Parcel Buah Rambutan Sebab Tak Boleh Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum Nampak gayanya raya tahun ini pun tak boleh nak berjumpa mak dan abah kat kampung Kalau ikutkan bukan jauh pun Sg Buloh ke Bentong tapi sebabkan ia melibatkan negeri maka terpaksa akur Sebelum PKP 2 0 sempat juga balik kampu...
Top 10 Unbelievable Fruits You Never Knew Existed

Top 10 Unbelievable Fruits You Never Knew Existed

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 379 hits
Top 10 Unbelievable Fruits You Never Knew Existed Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i Most Recent Videos https www youtube com watch v o2auGYN SV4 list UUBINYCmwE29fBXCpUI8DgTA index 1 The world houses many unusual fruits T...
Hub Pelancongan Agama Dedah Sejarah Pulau Besar

Hub Pelancongan Agama Dedah Sejarah Pulau Besar

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 180 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA KERAJAAN Negeri Melaka bercadang menjadikan Pulau Besar sebagai lokasi hub pelancongan agama dengan mendedahkan sejarah penyebaran Islam di pulau itu UTUSAN DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA ALOR GAJAH Kerajaan negeri a...
Buffet Ramadhan 2021 Di Me Nate Steak Hub Enak Dan Berpatutan Harganya

Buffet Ramadhan 2021 Di Me Nate Steak Hub Enak Dan Berpatutan Harganya

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 363 hits
Hi Korang Saban tahun kak lily akan ke Me nate Steak Hub untuk berbuka puasa tau Sebab ape Sebab pilihan menu makanan barat yang unlimited yelah kata pun buffet kan hehehehe so makanlah selagi mampu Kalau korang nak tahu yang Me nate Steak ...
Sajian Steak Terbaik Di Me Nate Steak Hub

Sajian Steak Terbaik Di Me Nate Steak Hub

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 358 hits
SAJIAN STEAK TERBAIK DI ME NATE STEAK HUB ISTIMEWA RAMADAN BERSAMA ME NATE STEAK HUB Kali ini AlongMurni berkesempatan untuk mencuba menu Ramadan yang ditawarkan di Me nate Steak Hub Mena te Steak Hub satu jenama restoran yang tidak asing l...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord