Bad Lab Dan Watsons Malaysia Bergabung Tenaga Anjur The Bad Duel
BAD LAB Dan WATSONS Malaysia Bergabung Tenaga Anjur ‘THE BAD DUEL’ – Pertandingan ESukan Menyokong Industri Esukan Negara Yang Semakin Pesat BerkembangAssalamualaikum. Kalau sebut mengenai esukan rasanya tidak asing bagi remaja masa kini dan kita boleh menonton begitu banyak streaming di sosial media hari ini. Walaupun sudah bergelar seorang bapa saya juga tidak terkecuali bermain permainan esukan ini. Sudah banyak penganjuran Esukan ini di seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali seperti mana yang dianjurkan oleh Bad Lab dan Watsons Malaysia
Bad Lab x Watson Anjur Esukan The Bad Duel
Baru-baru ini di Kuala Lumpur bertempat di Sunway Velocity Vanity Antrium, Bad Lab dan Watsons Malaysia telah pun bergabung tenaga dalam menganjurkan pertandingan esukan yang diberi nama The Bad Duel. Nama ini dipilih sebagai signifikasi kerjasama di antara kedua-dua jenama.
Pertandingan ini menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai di arena gaming seluruh asia untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan. Sebenarnya esukan ini juga merupakan peluang dalam menjana pendapatan
Kalau tidak silap saya, ini adalah kali pertama jenama penjagaan diri dan jenama kesihatan dan kecantikan bekerjasama untuk mengangkat segemn esukan di Malaysia. Kolaborasi ini juga untuk menghangatkan lagi pasaran esukan yang semakin berkembang pesat
The Bad Duel
Pertandingan The Bad Duel ini dimulakan dengan dua fasa. Fasa pertama para peserta perlu mendaftar secara atas talian dan bermain permainan video yang telah dipilih oleh pihak penganjur untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Sekiranya layak, pemain akan dipilih ke peringkat seterusnya iaitu secara 'on-ground' sepertimana yang berlangsung di Sunway Velocity baru-baru ini bagi peringkat Separuh Akhir dan Pertandingan Akhir The Bad Duel.
Permainan yang telah diplih untuk dimainkan oleh para peserta adalah Tekken 7 dan Dota 2 yang mana kedua-dua permainan ini mempunyai keunikan dan kesukaran tersendiri namun amat popular di kalangan 'gamers dulu dan juga sekarang
Apa yang menarik pertandingan The Bad Duel ini disiarkan secara langsung di skrin besar di lokasi pertandingan dan diiringi dengan komentari daripada pengulas esukan yang telah dipilih. Secara tidak langsung pertandingan ini telah menarik pengunjung untuk melawat tapak pertandingan dan juga menarik minat pemain-pemain baru serta menggalakkan interaksi dan perbincangan tentang esukan di kalangan umum terutamanya golongan sokongan
Lum Chong Heng Pengarah Komersil Bad Lab
Apa fakta yang menarik boleh diperolehi dari pertandingan esukan The Bad Lab
Menurut Lum Chong Heng, Pengarah Komersil bagi jenama Bad Lab, bilangan penggiat dan peminat esukan di Asia Tenggara bakal meningkat dua kali ganda ke 19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada thaun 2016 secara tidak langsung menjadikan rantau ini sebagai kawasan dengna peningkatan tertinggi bagi pasaran gaming
Di Asia-Pasifik sahaja terdapat penonton seramai 98.9 juta dan kebanyakannya adalah dari Asia Tenggara. Di penghujung tahun 2019, boleh dikatakan bahawa jumlah penonton ini akan meningkat melebihi 31.9 juta
Selain itu statistik ini menunjukkan bahawa lebih 62% dari keseluruhan jumlah penonton adalah dari lingkungan umur 16-45 tahun iaitu sama dengan lingkungan umur sasaran pelanggan jenama ini
Pengarah Komersil Bad Lad juga meluahkan rasa bangga dapat berkolaborasi bersama Watsons untuk penganjuran pertandingan The Bad Duel justeru menyediaan satu platform yang khas untuk pemain-pemain tempatan kita berinteraksi, belajar dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran untuk bertanding di peringkat lebih tinggi
Di samping itu Caryn Loh, Pengarah Pemasaran bagi jenama Watsons Malaysia berkata kerjasama ini amat penting serta bermakna. Penganjuran The Bad Duel bersama Bad Lab, dimana Watsons adalah jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil langkah berani dengna melabur untuk pembangunan segmen esukan di negara ini
Tambahan lagi menurut Pengarah Pemasaran Watsons dalam menyaksikan kemajuan industri esukan kami juga berbangga dapat turut menyumbang menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa di dalam arena esukan di Asia
The Bad Duel
Buat pertama kali di dalam sejarah, esukan telah diiktiraf sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi.
Seiring dengan perkembangan ini, Bad Lab dan Watsons ingin bekerjasama dan mungkin berkolaborasi dengna jenama-jenama relevan lain untuk pembangunan industri gaming ini agar dapat pergi lebih jauh lagi
Pertandingan The Bad Duel ini telah direka dan dianjurkan sebagai pendahuluan bagi acara-acara yang lebih menarik di masa akan datang
Bagi pendapat arzmoha.com ianya satu pengajuran esukan yang baik dan bagi peminat-peminat esukan, gamers, streamers inilah masanya untuk mengambil peluang berdasarkan statistik yang telah dikongsikan seperti diatas. Mudah-mudahan kita dapat melihat wakil Malaysia menjuarai acara yang lebih berprestij selepas ini
Terima kasih kerana sudi membaca mengenai BAD LAB Malaysia Bergabung Tenafa Anjur The Bad Duel, Pertandingan Esukan Menyokong Industri Esukan Negara Yang Semakin Pesar Berkembang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.arzmoha.com/2019/11/bad-lab-dan-watsons-malaysia-bergabung-tenaga-anjur-the-bad-duel.html