Bacaan Talkin Insafi Diri Kita Sendiri


Muhasabah diri sendiri tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan kita. Kalau kita dapat menginsafi diri dan menghayati apa itu sebenar talkin kematian. Talkin lebih khusus untuk kita yang masih hidup untuk mendengar supaya dapat menginsafi diri bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Pasti suatu hari nanti kita pula bakal dengarkan pula. Ambillah iktibar dan muhasabahlah diri kita sendiri. Perbanyakkalah amalan bersiaplah diri untuk hari kematian. 

Bismillah hir rah man nir  rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat  dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,  Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan  siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar  pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa  sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah  Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali  menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu  ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia  ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke  negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada  Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya  Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), apabila datang  kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,  maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan  risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab  begini:

Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran  ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan  solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha  illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu,  inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang  tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan  dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat  tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan  semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami  ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah  Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera  kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah  mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas  kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan  Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan  bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami  Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya  sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil  alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan  Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi  masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali  orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya  mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr  ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,  Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu  ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat,  bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya  berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan  TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK  BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw  : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka  jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh  WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat  datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI  pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat  yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu  ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka  melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang  melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan  hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang  mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan  bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. ParaNabi
2 Para Ahli  Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin  yang Adil
7. Tukang  Azan
8. Wanita yang mati  kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau  dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari  atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang  beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari  Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila  datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka  Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya  Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka  di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala  makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka  Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang  belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan  berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan  minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di  bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa  mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman  yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan  minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang  telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada  saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang  berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah  ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."  Surah Al-Baqarah : 237

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI  KUNTU MINALZHAALIMIIN"

AAP - Sekadar perkongsian semoga bermanfaat. Sumber Googleakuanakpahang.blogspot.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/10/bacaan-talkin-insafi-diri-kita-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Orang Yang Menyenangkan Itu Nggak Harus Menyakiti Diri Sendiri Lakukan Saja 6 Hal Ini

Jadi Orang Yang Menyenangkan Itu Nggak Harus Menyakiti Diri Sendiri Lakukan Saja 6 Hal Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 232 hits
Lagipula apa gunanya jadi orang yang menyenangkan bagi orang lain kalau bagi diri sendiri malah menyiksa
Kelebihan Diri Sendiri Simpan Atau Gunakan

Kelebihan Diri Sendiri Simpan Atau Gunakan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 331 hits
Assalamualaikum Apa khabar semua Maaf lama tak update blog InshaAllah lepas ni akan terus update blog dengan cerita cerita terhangat meletup lagi gempak Kehkeh Okay berbalik semula pada tajuk di atas Masing masing ada kelebihan tersendiri k...
Khutbah Jumat Tidak Hanya Memikirkan Amalan Untuk Diri Sendiri

Khutbah Jumat Tidak Hanya Memikirkan Amalan Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 400 hits
Amalan shalat dan amalan individu lainnya jelas penting apalagi jika itu amalan wajib dan bagian dari rukun Islam Namun seorang muslim tidak hanya mementingkan itu ia harus juga prioritaskan amalan muta addi yang punya manfaat untuk orang l...
Ini Alasan Kamu Nggak Perlu Repot Ngikutin Gaya Orang Di Instagram Jadi Diri Sendiri Itu Lebih Nyaman

Ini Alasan Kamu Nggak Perlu Repot Ngikutin Gaya Orang Di Instagram Jadi Diri Sendiri Itu Lebih Nyaman

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 260 hits
Meski ngikutin gaya orang keren di Instagram kalau kamu sendiri nggak nyaman aura kecemu juga nggak akan keluar
Dr M Nasihat Orang Melayu Cintai Negara Lebih Dari Diri Sendiri

Dr M Nasihat Orang Melayu Cintai Negara Lebih Dari Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan orang Melayu dan golongan muda supaya menyayangi negara dan menimba ilmu perniagaan sebaiknya untuk masa depan yang lebih terjamin Menerusi satu video di YouTube Mahath...
Cerita Mendag Enggar Ri Kerap Buat Aturan Yang Buat Susah Diri Sendiri

Cerita Mendag Enggar Ri Kerap Buat Aturan Yang Buat Susah Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 245 hits
Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita menyampaikan keseriusan Presiden Joko Widodo dalam mendorong ekspor Terutama menertibkan aturan yang membuat Indonesia susah melakukan ekspor Sulitnya ekspor jelas Mendag Enggar ternyata juga disebabk...
Cara Aku Nak Kenali Diri Sendiri

Cara Aku Nak Kenali Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 385 hits
Cara Aku Nak Kenali Diri SendiriAs usual mula kan kehidupan dengan positive thinking dan juga mencari positive vibes seberapa banyak yang boleh Semakin banyak tanggungjawab semakin banyak usaha diperlukan untuk meneruskan kehidupan sebanyak...
9 Derita Jadi Orang Nggak Enakan Baik Sama Orang Lain Tapi Tega Menyiksa Diri Sendiri Cukup Nak

9 Derita Jadi Orang Nggak Enakan Baik Sama Orang Lain Tapi Tega Menyiksa Diri Sendiri Cukup Nak

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 544 hits
Aduh sebenarnya nggak punya banyak uang tapi dia kayaknya lagi butuh banget pinjam buat memenuhi kebutuhan Gimana ya
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut