Bacaan Surah Al Fatihah Rumi Dan Jawi
Bacaan Surah Al Fatihah Rumi Dan Jawi. Untuk mendapatkan manfaat bersama, admin ingin kongsikan Al Fatihah Rumi Dan Jawi untuk anda. Ada segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi. Untuk itu, admin kongsikan bacaan Al Fatihah rumi. Sama-sama perbaiki bacaan tersebut..
Sedikit Pengenalan Surah Al Fatihah
Surah Al Fatihah juga dinamakan sebagai Ummul Quran yang bermaksud Ibu atau Induk Al-Quran atau Ummul Kitab yang membawa maksud Induk atau Ibu Al-Kitab yang mana ia adalah induk dari semua isi ayat-ayat Al-Quran.
Disebabkan itulah kita diwajibkan membaca Surah Al-Fatihah setiap kali dalam solat. Malahan ia turut dinamakan sebagai Sab’ul Matssani yang bermaksud 7 yang berulang-ulang kerana surah ini mempunyai tujuh ayat yang dibaca secara berulang-ulang dalam solat.
Fadhilat, manfaat, khasiat, kebaikan dan kelebihan Surah Al-Fatihah sememangnya terlalu banyak untuk dihuraikan satu-persatu. Walau bagaimanapun, surah ini mempunyai berbagai unsur yang menggambarkan isi Al-Quran secara keseluruhan..
Bacaan Surah Al Fatihah Rumi Dan Jawi
Untuk anda yang ingin memperlajari Surah ini, admin kongsikan panduan Bacaan Surah Al Fatihah dalam rumi dan jawi. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..
Bacaan Surah Al Fatihah Jawi
Bacaan Surah Al Fatihah Rumi
Bismillah hir-rohmaa nir-rohim.
Alhamdu lilahi robbil’alamin.
Ar rohmanir-rohim.
Maliki-yawmiddin.
Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain.
Ihdinos sirothol mustaqim.
Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin
Terjemahan Surah Al Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Bacaan basmalah merupakan surah pertama dalam surah al-fatihah, jadi kami ikut terjemahkan. Untuk memahami surah al fatihah hendaknya tak hanya membaca terjemah sahaja. Akan tetapi juga belajar tafsirnya. Akan tetapi, dari terjemahnya semuga kita dapat mengambil hikmah dan memahami sebagian dari isi surah al fatihah..
Baca Doa Terkait >> Bacaan Surah Al Mulk Rumi Dan Jawi
Video Bacaan Surah Al Fatihah Rumi Dan Jawi
Sumber ini diambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen menghafal Surah Al Fatihah tersebut. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..
Harapkan panduan surah ini memudahkan anda menghafalnya..
The post Bacaan Surah Al Fatihah Rumi Dan Jawi appeared first on Doa Harian.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://doaharian.net/2020/12/12/bacaan-surah-al-fatihah-rumi-dan-jawi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bacaan-surah-al-fatihah-rumi-dan-jawi