Azmin Yakin Bangsa Johor Tak Mahu Perompak Perasuah Pimpin Mereka


agendaily.com7/3/2022
Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan penduduk di DUN Tangkak, Johor , malam tadi, 6 Mac 2022.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin bangsa Johor sebagai bangsa yang bijaksana tidak akan menerima perompak dan perasuah untuk menjadi pemimpin mereka.

Beliau juga yakin bangsa Johor sudah bersedia untuk bangkit menunjukkan kepada negeri lain bahawa mereka menolak Barisan Nasional (BN) dan memilih untuk bersama dengan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini.

“Saya tegaskan, bahawa Bangsa Johor adalah bangsa yang bijaksana. Bangsa Johor tidak mungkin akan menerima perompak dan perasuah untuk memimpin negeri mereka.

“Justeru, saya menyeru Bangsa Johor untuk tolak BN kerana tanpa BN, Johor akan lebih sejahtera.

“Sudah tiba masanya, orang Chaah, orang Labis dan Bangsa Johor akan bangkit untuk bersama Perikatan Nasional serta membentuk Kerajaan baharu di Negeri Johor,” katanya dalam pertemuan dengan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N06 Bekok, yang turut dihadiri calon PN, Tan Lek Khang.

Pada pertemuan dengan penduduk di DUN 09 Gambir pula yang turut dihadiri calon PN, Solihan Badri, Azmin menegaskan keperluan bangsa Johor membuat pilihan yang tepat pada 12 Mac ini.

“Jangan kita benarkan gerombolan yang menjadi toksik kepada perpaduan dan kesatuan rakyat memimpin Negeri Johor yang gagah ini.

“Pilih Perikatan Nasional kerana wadah ini adalah menawarkan kepimpinan yang wibawa, bersih dan prihatin rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin kubu kuat Pakatan Harapan (PH) di DUN N10 Tangkak bakal musnah pada 12 Mac ini.

Azmin berkata dengan sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat terhadap PN, DUN Tangkak akan dapat dirampas.

Sebelum ini, kerusi DUN Tangkak dikuasai DAP selama dua penggal lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Ee Chin Li menang dengan majoriti sebanyak 5,077 undi mengatasi Goh Tee Tee daripada Barisan Nasional (BN).

Pada PRN 12 Mac ini, DUN Tangkak akan menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan PN meletakkan Dr Chong Fatt Ful, seorang doktor pergigian yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N03 Pemanis.

DAP pula mengekalkan Chin Li, manakala BN meletakkan calon MCA, Ong Chee Siang. Manakala, Muhammad Airel Zabridin mewakili Pejuang dan Zainal Bahrom A Kadir calon Bebas.

Berucap pada pertemuan dengan masyarakat di DUN Tangkak malam tadi, Azmin juga menegaskan PN komited dalam usaha mencerdaskan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

“Saya yakin dengan dukungan yang begini kuat, kubu PH di DUN Tangkak bakal musnah. Kita akan tabalkan Dr Chong dari Perikatan Nasional untuk memimpin DUN Tangkak demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/azmin-yakin-bangsa-johor-tak-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Rakyat Johor Akan Menoktahkan Undi Mereka Kepada Bn Pn Yang Khianat

Adakah Rakyat Johor Akan Menoktahkan Undi Mereka Kepada Bn Pn Yang Khianat

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 229 hits
DR SHAHNOR BASRIApakah yang akan bakal berlaku selepas Pilihan Raya Negeri Johor BN akan bertanding solo Pas pula menyatakan keserasian mereka untuk bersama PN dan apa pula nasib yang bakal dicapai oleh PH Adakah rakyat masih terpengaruh de...
Prn Johor Suppayah Yakin Dun Bukit Batu Kembali Kepada Bn

Prn Johor Suppayah Yakin Dun Bukit Batu Kembali Kepada Bn

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 170 hits
PRN Johor Suppayah Yakin DUN Bukit Batu Kembali Kepada BN Pengalaman menggalas jawatan penting puluhan tahun menyebabkan beliau sudah biasa berdepan dengan pelbagai masalah dan isu masyarakat S Suppayah yang merupakan calon Barisan Nasional...
Bangsa Johor Tolak Pejuang Mahathir Sudah Tidak Releven

Bangsa Johor Tolak Pejuang Mahathir Sudah Tidak Releven

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 199 hits
Semua 42 calon Pejuang dan hampir semua calon MUDA kalah dalam PRN Johor malam ini berdasarkan keputusan tidak rasmi petanda malap untuk parti pimpinan veteran Dr Mahathir Mohamad dan anak didiknya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Keputusan it...
Bangsa Johor Tolak Kluster Mahkamah Dari Bn Wajar Digelar Barua Pengkhianat

Bangsa Johor Tolak Kluster Mahkamah Dari Bn Wajar Digelar Barua Pengkhianat

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 215 hits
Bangsa Johor yang akan turun mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor digesa untuk melupakan sebarang kesalahan lampau pemimpin terutamanya jika ada berkait dengan kes mahkamah Pengundi PRN Johor disarankan menerima perjuangan parti yang di...
Demi Bangsa Johor Jangan Bagi Parti Peromp K Menang Johor

Demi Bangsa Johor Jangan Bagi Parti Peromp K Menang Johor

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 239 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Sikap Suka Menunggang Agama Punca Bangsa Johor Tolak Pas Khaled Nordin

Sikap Suka Menunggang Agama Punca Bangsa Johor Tolak Pas Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 360 hits
Sikap suka menunggang agama punca Bangsa Johor tolak PAS Khaled NordinSuka menunggang agama dan jumud menjadi sebab mengapa rakyat di Johor menolak pemimpin dari Parti Islam Se Malaysia Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin be...
Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Mesyuarat Agong Pibg Dan Mesyuarat Pemuafakatan