Azmin Peranan Korporat Penting Capai 30 Ekuiti Bumiputera


Bernama
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata penyertaan daripada korporat Bumiputera dan bukan Bumiputera adalah penting dalam meningkatkan peratusan ekuiti daripada kedua-duanya.
KUALA LUMPUR: Sasaran 30% pemilikan ekuiti korporat oleh Bumiputera sekali lagi diletakkan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) tetapi ia memerlukan sambutan syarikat korporat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, penyertaan daripada korporat Bumiputera dan bukan Bumiputera adalah penting dalam meningkatkan peratusan ekuiti daripada kedua-duanya.

“Pemilikan ekuiti Bumiputera bukan sahaja tidak mencapai sasaran tetapi ia telah menurun kepada 16.2% peratus (pada 2015) daripada 23% pada 2011 manakala pemilikan ekuiti oleh bukan Bumiputera juga telah menurun kepada 30.7% pada 2015 berbanding 34.8% pada 2011 dan pemilikan ekuiti asing meningkat kepada 45.3%.

“Ini adalah hasil daripada polisi kerajaan sebelum ini yang tidak cermat sehingga proses liberalisasi itu berlaku secara tergesa-gesa dan memberikan impak kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran WKB2030 di sini.

Sasaran pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus sebelum ini telah diletakkan di bawah dasar Ekonomi Baru (DEB) bagaimanapun ia tidak tercapai.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan terus mendapatkan pelaburan langsung asing yang lebih besar ke dalam negara di sektor baru termasuklah aeroangkasa, ekonomi digital dan data raya.

“Rakyat Malaysia, khususnya, golongan belia perlu bersedia untuk menerima pakai teknologi ini.

“Kita mungkin perlu mengkaji beberapa inisiatif yang diambil oleh kerajaan terdahulu untuk diliberalisasikan, mungkin kita belum bersedia untuk itu (beberapa dasar), mungkin masanya tidak tepat… kita tidak tahu, jadi kita perlu kaji apa yang telah dilakukan dan yang telah berlaku pada masa lepas.

“Sudah pasti, matlamatnya adalah untuk memastikan penyertaan tempatan sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera akan dipertingkatkan di bawah WKB2030,” jelasnya.

Beliau berkata kerajaan turut melihat kepada keperluan untuk membetulkan polisi-polisi dan memperkenalkan dasar-dasar baru supaya kemakmuran negara ini dapat dikongsi bersama dengan semua rakyat.

Katanya ia penting untuk menjamin kestabilan dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kumpulan etnik.

“Walaupun WKB2030 akan dilaksanakan secara rasmi pada 2021 sehingga 2030, tetapi semangat WKB akan dimasukkan dalam Belanjawan (2020) akan datang, yang akan diumumkan pada 11 Okt.

“Jadi semasa tempoh peralihan, kita akan dapat melihat kemajuan WKB ini dan apabila kita sampai pada tahun 202,1 kita sudah bersedia sepenuhnya bagi mencapai sasaran penuh untuk tempoh 10 tahun akan datang.”

Ditanya mengenai sasaran kerajaan untuk mencapai keluaran dalam negara kasar RM3.4 trilion menjelang 2030, Mohamed Azmin berkata selagi negara boleh mencapai pertumbuhan antara 4.5 peratus hingga lima peratus setiap tahun, Malaysia berada di landasan yang betul.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/azmin-peranan-korporat-penting-capai-30.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Peratus Pemiilikan Ekuiti Bumiputera Diharap Dicapai

30 Peratus Pemiilikan Ekuiti Bumiputera Diharap Dicapai

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 237 hits
Kerajaan berharap sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera akan dapat tercapai melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 WKB 2030 Bagaimanapun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ia hanya akan dapat dicapai melalui kesungguh...
Pas Terkejut Ekuiti Bumiputera Hanya 16 Desak Keluar Laporan Penuh

Pas Terkejut Ekuiti Bumiputera Hanya 16 Desak Keluar Laporan Penuh

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 256 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man PETALING JAYA PAS mendesak kerajaan menerbitkan laporan terperinci mengenai pegangan ekuiti sebenar orang Melayu dan Bumiputera susulan pendedahan ekuiti mereka hanya 16 sekarang Timbalan Presiden...
Wow Fantastis Sweater Syahrini Ini Harganya Capai Ratusan Juta

Wow Fantastis Sweater Syahrini Ini Harganya Capai Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 186 hits
Syahrini kini tengah menikmati liburannya di Jepang Dalam beberapa foto yang dibagikannya ia tampil cantik mengenakan sweater berwarna kuning
Demonstrasi Di Bandung Ricuh Korban Luka Capai Ratusan Orang

Demonstrasi Di Bandung Ricuh Korban Luka Capai Ratusan Orang

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 238 hits
Sekitar 300 orang luka ringan luka berat sesak napas ada yang dilarikan ke rumah sakit ucap dia singkat
Pegawai Pt Di Jual Suku Cadang Pesawat Secara Ilegal Kerugian Capai Rp 5 4 Miliar

Pegawai Pt Di Jual Suku Cadang Pesawat Secara Ilegal Kerugian Capai Rp 5 4 Miliar

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 207 hits
PT DI sendiri sudah mengaudit penjualan ilegal 19 suku cadang yang terdiri dari buatan GE Aviation Compacnie Deutseh hingga buatan Simmonds itu sesuai nota dinas nomor Nota R 03a PIOOOO 02 2019 tanggal 8 Februari
Pekerja Dipaksa Makan Sayur Peria Telur Mentah Kerana Gagal Capai Sales Target

Pekerja Dipaksa Makan Sayur Peria Telur Mentah Kerana Gagal Capai Sales Target

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 388 hits
The ReporterSeorang majikan studio foto perkahwinan di Ganzhou China memaksa para pekerjanya memakan peria dan telur mentah kerana gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan viral di media sosial negara itu menunjukkan sekumpulan pekerja...
Selepas Bercerai Seketika Sony Marvel Akhirnya Capai Kata Sepakat Akan Ada Filem Spiderman Seterusnya

Selepas Bercerai Seketika Sony Marvel Akhirnya Capai Kata Sepakat Akan Ada Filem Spiderman Seterusnya

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 525 hits
27 September Selepas bercerai seketika Sony Pictures dan Marvel akhirnya menemui satu jalan supaya kedua dua pihak itu boleh bersama sama dalam perniagaan Spider Man Kedua dua syarikat itu pada Jumaat bersama sama mengumumkan bahawa Marvel ...
Esdm Pembangunan Pltu Batang Capai 83 Persen

Esdm Pembangunan Pltu Batang Capai 83 Persen

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 211 hits
Sekretaris Ditjen Ketenagalistrikan Kementerian ESDM Munir Ahmad mengatakan sejauh ini pembangunan PLTU Batang sudah mencapai 83 persen PIhaknya terus berupaya agar pengerjaannya bisa rampung sesuai target pada 2020
Realisasi Subsidi Energi Per Agustus 2019 Capai Rp 103 T 46 Persen Dari Pagu Apbn

Realisasi Subsidi Energi Per Agustus 2019 Capai Rp 103 T 46 Persen Dari Pagu Apbn

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 233 hits
Kementerian Keuangan mencatat hingga akhir Agustus 2019 telah mengucurkan subsidi energi sebesar Rp 103 46 triliun Jumlah ini mencapai 46 12 persen dari pagu yang ditetapkan dalam Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara 2019 Subsidi tersebut...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya