Azmin Dedah Siapa Pengkhianat Sebenar



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan mengatakan beliau dan kumpulannya sebagai pengkhianat kerana terbabit dalam 'Langkah Sheraton' pada Februari 2020.
Sebaliknya, bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan pengkhianat sebenar adalah pihak yang terbabit dalam dua langkah politik lain iaitu Langkah Kajang dan Langkah Port Dickson.
Langkah Kajang merujuk pada rancangan menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dengan bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 2014, namun gagal selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat.
Langkah Port Dickson pula menyaksikan Ketua Pembangkang itu bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson bagi membolehkan beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, namun gagal selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan.
Mohamed Azmin berkata, pihak yang terbabit dalam kedua-dua langkah politik itu adalah pengkhianat sebenar, selepas wakil rakyat yang masih berkhidmat dipaksa meletakkan jawatan bagi memenuhi 'nafsu serakah seseorang'.
"Pengkhianat sebenar adalah mereka yang lakukan PRK di Kajang. Mengapa tidak fokus pada Langkah Kajang, Langkah Port Dickson, tetapi fokus pada Langkah Sheraton saja.
"Sedangkan Langkah Kajang adalah satu pengkhianatan mutlak, apabila wakil rakyat yang masih hidup, masih berkhidmat dan dipilih pada pilihan raya umum (PRU), tetapi oleh kerana nafsu serakah seseorang, maka dipaksa meletak jawatan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.
"Begitu juga di Port Dickson, apabila wakil rakyat yang masih hidup, berkhidmat dan dipilih ketika PRU, dipaksa meletak jawatan untuk memenuhi nafsu serakah seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri? Apakah ini bukan pengkhianatan?" katanya ketika temu bual dalam rancangan Agenda AWANI yang disiarkan malam tadi.
Beliau mempertahankan Langkah Sheraton, yang merujuk pada tindakan BERSATU dan 11 Ahli Parlimen PKR dirinya keluar daripada Pakatan Harapan (PH), menyebabkan gabungan itu hilang majoriti sebagai kerajaan.
Mohamed Azmin berkata, peristiwa itu berbeza dengan Langkah Kajang dan Port Dickson, yang mana tiada sesiapa dipaksa meletakkan jawatan, selain ia didakwa memperkukuh kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu.
"Malangnya, oleh kerana pergaduhan dan perebutan kuasa dalam PH itu sendiri menyebabkan Dr Mahathir meletak jawatan.
"Mengapa dipersalahkan saya atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sedangkan berlakunya kekosongan itu kerana Perdana Menteri meletak jawatan, maka proses penggantian dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Pada masa sama, Mohamed Azmin menegaskan tidak pernah melompat parti ketika itu, sebaliknya beliau dipecat oleh PKR, sekali gus tidak sepatutnya digelar 'katak politik'.
"Saya tak pernah lompat (parti). Tuduhan bahawa kita golongan katak adalah tidak berasas kerana saya dan kumpulan saya dipecat akibat tidak wujud demokrasi dalam parti lama.
"Saya dipecat kerana menegur seseorang yang terlalu rakus untuk berkuasa dalam negara. Apakah itu salah? Saya menegur kerana melihat PH gagal melaksanakan dasar yang peduli dan prihatin rakyat," katanya.
Pada masa sama, beliau menuduh PH gagal memenuhi aspirasi rakyat, menyebabkan kerajaan yang dibentuk dengan mandat rakyat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu gagal dipertahankan.
Sebagai contoh, katanya, tindakan lapan menteri PH mendesak Perdana Menteri ketika itu menukar lapan Ketua Setiausaha kementerian dilihat sebagai cuba bergaduh dengan anggota pentadbiran awam.
"Banyak juga peruntukan pembangunan dipadamkan, menyebabkan sesuatu kaum dalam negara rasa tertekan.
"Selain itu, beberapa kenyataan keras bersifat keterlaluan (oleh pemimpin PH) menyebabkan rakyat tidak rasa harmoni duduk dalam pentadbiran PH," katanya ~ BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/azmin-dedah-siapa-pengkhianat-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1240 Panas Kini Azmin Ali Dedah Punca Sebenar Anwar Ibrahim Lari Ke Parlimen Tambun

Rentasan 1240 Panas Kini Azmin Ali Dedah Punca Sebenar Anwar Ibrahim Lari Ke Parlimen Tambun

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 248 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1240 1 APA ISTIMEWANYA TITIWANGSA 2 PENGUNDI PATUT TOLAK PARTI PEMFITNAH 3 DAP TAMBAH CALON MELAYU DI PARLIMEN 4 LAIN JADI TALI BARUT LAIN YANG DICACI Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berit...
Saya Bukan Pengkhianat Tak Pernah Lompat Parti Azmin Ali Nafi Dakwaan Dirinya Adalah Pengkhianat Kerajaan Ph

Saya Bukan Pengkhianat Tak Pernah Lompat Parti Azmin Ali Nafi Dakwaan Dirinya Adalah Pengkhianat Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 269 hits
Foto The Malaysian InsightBekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengatakan dia adalah pengkhianat yang terbabit dalam Langkah Sheraton pada Februari 2020 Ketua Penerangan Perikatan Nasional itu menegaskan bahawa pengk...
Tyson Dedah Punca Sebenar Tumbuk Peminat

Tyson Dedah Punca Sebenar Tumbuk Peminat

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 238 hits
AgensiTYSON menumbuk Townsend di dalam pesawat April lalu FOTO AgensiLos Angeles Mike Tyson mengakui dia pening kepala akibat terhidu bau ganja sebelum menumbuk seorang peminat di dalam pesawat Bekas petinju berusia 56 tahun itu dirakam ber...
Hiburan Imigresen Sana Paksa Sajat Dedah Hal Sebenar Lepas Netizen Ungkit Isu Bertelekung Di Mekah

Hiburan Imigresen Sana Paksa Sajat Dedah Hal Sebenar Lepas Netizen Ungkit Isu Bertelekung Di Mekah

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 237 hits
Rasanya ramai yang tahu tentang isu usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat berpenampilan wanita di tanah suci biarpun dirinya berjantina lelaki beberapa tahun lalu Susulan isu yang dibuat ramai pihak mengecam tindakan Sajat atau nama sebenarny...
Perghhh Caprice Tak Tunduk Desakan Jangan Campur Kes Jenayah Seksual Bakal Dedah Lebih Banyak Bukti

Perghhh Caprice Tak Tunduk Desakan Jangan Campur Kes Jenayah Seksual Bakal Dedah Lebih Banyak Bukti

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 510 hits
Caprice tak tunduk desakan jangan campur kes jenayah seksual bakal dedah lebih banyak buktiCaprice akan terus membela nasib mangsa jenayah seksual terutamanya dalam kalangan kanak kanak PENYANYI rap Caprice tidak akan tunduk dengan desakan ...
Ucapan Zahid Di Majlis Mic Dedah Kewujudan Kluster Mahkamah Bn

Ucapan Zahid Di Majlis Mic Dedah Kewujudan Kluster Mahkamah Bn

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 297 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ucapannya pada majlis MIC Isnin lalu diputar belit Kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah bukti bahawa Presiden UMNO...
Pernah Masuk Gereja Baca Bible Kevin Zahari Akhirnya Dedah Status Agama Sekarang Buat Ramai Mendoakan

Pernah Masuk Gereja Baca Bible Kevin Zahari Akhirnya Dedah Status Agama Sekarang Buat Ramai Mendoakan

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 222 hits
Sering kali diajukan soalan mengenai status agama daripada netizen jurulatih kecergasan Kevin Zahri akhirnya berkongsi mengenai latar belakang keluarganya
Dedah Kes Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Di Media Sosial Pu Amin Sindir Caprice Cuba Jadi Polis

Dedah Kes Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Di Media Sosial Pu Amin Sindir Caprice Cuba Jadi Polis

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 592 hits
Biarpun ramai yang mengecam tindakannya berkongsi mengenai mangsa gangguan seksual golongan penunggang agama Caprice tetap nekad dengan pendiriannya untuk membanteras golongan itu dari terus merosakkan anak anak muda Terbaru Caprice memaklu...
Saya Tak Pasti Jika Sebelum Ini Ada Shuib Mer4juk Rahim Sepahtu Dedah Berkenaan Dengan Apa Yang Berlaku

Saya Tak Pasti Jika Sebelum Ini Ada Shuib Mer4juk Rahim Sepahtu Dedah Berkenaan Dengan Apa Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 208 hits
PELAWAK Rahim Sepahtu menjelaskan dirinya bukan sengaja menyampaikan lawak dengan cara menjerit jerit
Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Level Up Your Wardrobe With Geeksoutfit Com The Ultimate Destination For Geek Nerd Shirts

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Belajar Menerima Pandangan Mereka

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan