Azan Yang Disunatkan Selain Dari Solat Berjemaah



SOALAN:
Saya ada terdengar bahawa azan disunatkan pada beberapa keadaan selain daripada dilaungkan untuk menyeru solat berjemaah. Boleh saya tahu, bilakah kita disunatkan azan selain daripada azan di masjid dan surau yang biasa kita dengar tersebut?

JAWAPAN:
Allah SWT mensyariatkan laungan azan bagi menyeru umat Islam untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid. Hukumnya adalah sunat muakkad bagi solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu. (Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 229)

Ia disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar R.A katanya: “Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi.” Umar R.A pula berkata: “Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:

يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ
“Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.” [Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)]

Azan untuk solat disunatkan juga diikuti selepasnya dengan iqamat sebelum didirikan solat. Antara tujuan disyariatkan azan untuk solat ialah:

Memberitahu telah masuknya waktu solat.Seruan untuk didirikan solat secara berjemaah.Memberitahu tempat didirikan solat berjemaah.Menzahirkan syiar Islam di tempat tersebut.
(Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, 228)

Terdapat beberapa jenis solat yang disunatkan untuk iqamat dan azan. Syeikh Hasan al-Kaff telah membahagikan mengikut pembahagian sama ada disunatkan azan dan iqamat, disunatkan iqamat sahaja atau disunatkan azan sahaja, dan juga tidak disunatkan azan dan iqamat seperti berikut:

Disunatkan azan dan iqamat: Solat wajib yang lima dan solat Jumaat.Disunatkan iqamat sahaja dan tidak azan: Jika sekiranya dilakukan solat Jamak atau menqadha solat fardhu secara berturut-turut, maka diazankan bagi solat yang pertama dan iqamat pada solat yang kedua.Disunatkan seruan sahaja, tidak azan dan iqamat: Solat-solat sunat yang digalakkan untuk berjemaah seperti solat Hari Raya, solat sunat gerhana, dan diseru bagin solat Hari Raya contohnya dengan sebutan: “صلاةُ العَيْدِ رَحِمَكًم الله”.Tidak disunatkan azan, iqamat dan seruan juga: Solat-solat sunat yang tidak disyariatkan untuk dilakukan secara berjemaah seperti solat sunat Dhuha dan solat sunat Rawatib.
(Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 228-229)

Selain itu, disunatkan juga azan dan iqamat juga pada beberapa ketika dan keadaan di luar solat. Antaranya:

Disunatkan azan: Dalam keadaan sedih, pergaduhan, marah, kepada sesiapa tidak terkawal perilakunya sama ada manusia atau haiwan, ketika kebakaran dan ketika dirasuk oleh jin.Disunatkan azan dan iqamat: Di telinga bayi yang baru lahir, menghantar orang yang akan bermusafir dan ketika menurunkan mayat ke dalam kubur.
(Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 229)

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami menyatakan bahawa jenis solat yang disunatkan untuk dilaungkan azan dan iqamat ialah solat fardhu lima waktu, solat Jumaat, solat jamak dan solat qadha yang yang dilakukan secara berturutan. Adapun solat-solat lain secara berjemaah seperti solat sunat Hari Raya dan solat sunat gerhana, maka disunatkan seruan sahaja.

Manakala azan yang disunatkan di luar solat, antaranya ialah ketika keadaan sedih, pergaduhan, marah, diazankan kepada sesiapa tidak terkawal perilakunya sama ada manusia atau haiwan, ketika kebakaran dan ketika dirasuk oleh jin. Disamping itu juga, disunatkan azan dan iqamat, antaranya ialah di telinga bayi yang baru lahir, ketika menghantar orang yang akan bermusafir dan ketika menurunkan mayat ke dalam kubur.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/azan-yang-disunatkan-selain-dari-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ganjaran Dan Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Ganjaran Dan Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 737 hits
Kelebihan solat subuh berjemaah di Masjid adalah sebuah kejayaan besar bagi orang lelaki Terdapat banyak ganjaran yang bakal diraih orang lelaki yang rajin melangkahkan kakinya ke masjid untuk solat subuh berjemaah Bahkan langkah kakinya ya...
Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 242 hits
Beberapa orang terbunuh dalam satu tembakan besar di dua buah masjid di bandar New Zealand Menurut laporan daripada Radio New Zealand terdapat dua insiden penembakan setakat ini Ia berlaku di Masjid Al Noor di sebelah Hagley Park dan satu l...
Jemaah Solat Subuh Penuh Masjid Macam Solat Jumaat Inilah Masjid Paling Meriah Di Malaysia

Jemaah Solat Subuh Penuh Masjid Macam Solat Jumaat Inilah Masjid Paling Meriah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 496 hits
TEMERLOH Meriah Itu yang dapat digambarkan suasana di Masjid Temerloh Jaya di sini yang pasti penuh dengan jemaah setiap waktu solat meskipun pada waktu Subuh Adakalanya masjid yang mampu memuatkan 800 orang itu tidak mampu menampung jumlah...
Mesti Tahu 10 Jenis Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah Bacalah Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Mesti Tahu 10 Jenis Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah Bacalah Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 368 hits
Mesti Tahu 10 Jenis Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah Bacalah Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia Solat merupakan ibadah yang penting istimewa dan unik Solat dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung Solat ...
Hukum Terus Bangun Menunaikan Solat Sunat Sesudah Solat Fardhu

Hukum Terus Bangun Menunaikan Solat Sunat Sesudah Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 236 hits
SOALAN Apa hukum seseorang itu terus bangun mendirikan solat sunat sebaik sahaja selesai solat fardhu Adakah ia dibolehkan atau perlu berzikir terlebih dahulu JAWAPAN Berkenaan isu ini kami menyatakan bahawa terdapat sebuah nas yang menyuru...
Keluar Tanda Air Ketuban Ketika Hampir Bersalin Boleh Ke Ibu Hamil Teruskan Solat Ini Jawapan Dari Mufti Wp

Keluar Tanda Air Ketuban Ketika Hampir Bersalin Boleh Ke Ibu Hamil Teruskan Solat Ini Jawapan Dari Mufti Wp

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 819 hits
Setiap muslim diwajibkan untuk menunaikan kewajipan solat Begitu juga dengan seorang ibu yang sedang sarat hamil Tapi bagaimana pula jika ketika menghampiri Tarikh jangkaan bersalin keluar tanda tanda yang menyebabkan ibu hamil ragu ragu sa...
Solat Merupakan Amalan Yang Pertama Sekali Dihisab 9767

Solat Merupakan Amalan Yang Pertama Sekali Dihisab 9767

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 626 hits
Allah berfirman dalam Surah Al Furqaan Ayat 65 yang bermaksud Wahai Tuhan kami sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan 7 keadaan mayat yang dilihat oleh seseorang yang berbuat sesuatu di ...
Ulamak Hadir Solat Istisqa Di Tasik Pedu

Ulamak Hadir Solat Istisqa Di Tasik Pedu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 663 hits
Apa yang membahagiakan kami di bawah keterikan panas matahari dengan darjah suhu 32 ialah kehadiran Sahibul Fadhilah Tuan Guru Dato Pak Teh Mat bersama menunaikan solat Istisqa bagi memohon untuk kesejahteraan rakyat Kedah dengan diturunkan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities