Azam Tahun Baru 2024 Untuk Diri Sendiri
Dah nak masuk tahun baru 2024, agaknya tahun 2023 ini bakal berakhir dengan kegembiraan, kekecewaan atau biasa-biasa saja?
Setiap hari tentunya kita berharap untuk jadi lebih baik dalam kehidupan tak kiralah samada dalam kerjaya dan perhubungan, atau mungkin kewangan dan spiritual. Walaupun begitu kita hanya mampu merancang tapi Allah jua penentu segalanya. Bersyukurlah kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.
Azam tahun Baru 2024Seperti tahun-tahun yang lepas, saya akan selalu berazam untuk tahun baru. Tercapai atau tidak, belakang kira. Bila ada azam, saya jadi lebih fokus untuk berusaha capai apa yang saya impikan. Walaupun masih ada anggaran dua minggu lagi sebelum melangkah masuk ke tahun baru, saya dah mula menulis dalam planner tahun 2024. Tak sabar nak menjengah masuk ke tahun baru agaknya.
Throwback Tahun 2023Alhamdulillah, banyak perkara baru yang saya belajar pada tahun 2023. Saya juga berjaya teroka satu bidang baru yang memang saya tak pernah bayangkan sebelum ini. Allah permudahkan jalan saya dan saya sangat bersyukur untuk itu. Namun perjalanan masih jauh dan bermacam ujian bakal ditempuhi di hadapan, semoga saya sentiasa kuat meski kekuatan tak sentiasa ada.
1. Daftar SSM dan Buka KedaiPada tahun 2023, saya berjaya buka akaun SSM, daftar akaun syarikat dan buka kedai fizikal. Tak pernah terlintas untuk buka kedai pada usia ini memandangkan banyaknya komitmen yang perlu ditanggung dengan sumber kewangan yang terhad tapi siapa sangka Allah permudahkan. Sehingga pada saat akhir ketika saya kekurangan modal sebanyak tambahan RM10k lagi, tiba-tiba Allah berikan ia dalam sekelip mata tanpa dijangka. Malah saya tak perlu berhutang untuk dapatkannya. Allahuakbar.
Ini adalah pencapaian terbesar yang saya lakukan dalam tahun 2023. Perit jerih dalam usaha menghasilkan sebuah kedai yang sempurna seakan hilang bila kami masih mampu bertahan sehingga ke saat ini. Ruang kosong yang kami sewa itu kini sudah lengkap dengan segala perabot dan peralatan yang diperlukan malah kami kini sudah punya simpanan sendiri untuk kedai.
Semoga perniagaan ini akan terus maju jaya dan sukses. In shaa Allah, amiin..
2. Rezeki AdsenseSejak Palestin kembali berperang dengan Israel, hati saya memang terasa berat benar untuk berkongsi kehidupan harian di sosmed, apatah lagi untuk terima job review. Rasanya seolah saya berkongsi kesedihan dengan rakyat Palestin yang dibom dan tak sanggup untuk kongsikan cerita hidup saya yang menggembirakan pada masa rakyat Palestin sedang tertindas tak dibela.
Jadi saya hiatus seketika daripada review dan berharap agar nasib rakyat Palestin yang dibedil bertalu-talu akan beransur menjadi lebih baik. Tapi itulah kegilaan dunia. Di saat semua pemimpin menyokong ceasefire, ada dua tiga pemimpin benak otak yang menolak ceasefire menyebabkan kehidupan rakyat Palestin terus diledak dengan ribuan bom.
Bila jadi begini, saya juga terpaksa teruskan hidup. Ambil kembali job review dan teruskan hidup dengan doa agar nasib rakyat Palestin terbela. Saya juga berharap tiada rakyat Palestin yang follow akaun sosmed saya yang berkongsikan kisah manis, membayangkan betapa mereka hidup dalam ketakutan dan kepayahan.
Tapi siapa sangka di saat income saya menyusut akibat kurangnya mengambil job review, Allah beri saya rezeki melalui Adsense. Tak pernah dalam 5 tahun saya menjadi blogger, income Adsense saya mampu menghasilkan $1 hampir setiap hari, inilah pertama kalinya. Malah saya sendiri rasa terkejut melihat hasil ini. Alhamdulillah untuk rezeki kurniaan Allah. Semoga Allah beri kemenangan kepada Palestin.
Tahun Baru Azam BaruJadi untuk tahun 2024 ini, ada beberapa matlamat yang saya harap akan dapat saya raih. Antaranya adalah:
1. Sentiasa Update Blog
Perkara ini memang susah nak dibuat walaupun saya duduk di rumah saja. Keterbatasan waktu atau terkadang writer's block datang melanda, jadi berjanji untuk update blog setiap hari hanyalah janji manis yang tak mungkin dapat saya kotakan. Saya berharap untuk azam tahun baru ini, saya dapat kemaskini blog setiap tiga hingga lima hari sekali dan jadikan blog sebagai salah satu sumber sampingan saya.
Antara perkara yang saya kena buat bila nak dapatkan idea menulis blog tanpa henti ini adalah dengan selalu ambil gambar tiap kali keluar rumah. Tak kiralah masa pergi makan di restoran ke atau holiday bersama keluarga, saya kena kembali aktif jadi fotografer. Dengan cara ini, saya takkan putus idea untuk menulis dan sentiasa ada cerita baru yang boleh diupdate di blog.
2. Cari Income Sampingan
Selain nak kembali aktif buat review di sosmed, saya nak cuba serius buat income dengan affiliate dan Shopee (in shaa Allah). Sebenarnya saya nak cuba bidang ghostwriter kerana minat pada penulisan, tapi disebabkan saya masih taktau bagaimana caranya untuk jadi seorang penulis upahan..jadi saya nak gunakan 100% apa yang saya mahir buat masa sekarang.
Macam menulis di blog, saya hanya menulis secara suka-suka kerana minat tapi tak sangka pula saya boleh jana income. Jadi saya berazam untuk cuba buat yang terbaik dalam bidang affiliate kerana ada beberapa platform affiliate yang beri saya income tambahan sekarang walaupun tak begitu banyak. Selain itu saya juga nak kembali aktif dalam jual beli saham dan pelaburan patuh syariah.
Ha, itu sajalah dua azam tahun baru saya buat masa sekarang. Tak boleh banyak-banyak sebab memang takkan jadi kalau terlalu banyak azam. Buat saya pening kepala saja nak kejar yang mana satu. Tercapai atau tidak azam ini, bergantung kepada usaha tapi kalau tak tercapai pun tak mengapalah. At least saya dah cuba buat yang terbaik. Apa azam tahun baru awak, sharelah sekali. Mana tau saya pun boleh ambil sikit mana yang sesuai dengan saya juga. By the way, jom ganti puasa. Puasa dah nak dekat..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2023/12/azam-tahun-baru-2024-untuk-diri-sendiri.html