Azam Baki Hentikan Saman Rm10 Juta Terhadap Lalitha


bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali 
[email protected] Jun 21, 2024 
Azam Baki (kiri) dan K Lalitha.
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memberhentikan saman yang dikemukakan beliau terhadap 'whistleblower' Penyelidik Kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), K Lalitha.

Tuntutan saman fitnah itu adalah berhubung penerbitan artikel 'Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?'. berkaitan pembelian saham yang disiarkan portal agensi berita Independent News Service (INS).

Berdasarkan Notis Pemberhentian bertarikh 11 Jun lalu, Azam memberhentikan tindakan saman berkenaan yang difailkan pada 12 Januari 2022, atas dasar tanpa prejudis dan tanpa pengakuan kedua-dua pihak.

Menurut notis itu, pemberhentian saman itu juga dibuat tanpa kebebasan memfailkan semula dan tanpa perintah terhadap kos.

Notis terbabit difailkan peguam cara Azam daripada firma guaman Tetuan Zain, Megat & Murad, dan ditandatangani secara bersama oleh peguam Lalitha daripada firma guaman Tetuan Khairuddin, Ngiam & Tan.

Pada pengurusan kes saman itu di Mahkamah Tinggi hari ini, Hakim, Datuk Akhtar Tahir, melapangkan tarikh perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 9 Julai ini.

Dalam pernyataan tuntutan, Azam selaku plaintif mendakwa Lalitha telah mengarang dua artikel bertajuk "Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?" (Bahagian 1) dan "Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?" (Bahagian 2).

Ia pertama kali diterbitkan dalam INS pada 26 Oktober 2021 sebelum kedua-dua artikel diterbitkan semula pada 15 Disember tahun sama.

Plaintif mendakwa Lalitha selaku defendan, turut berkongsi pautan artikel itu di laman Twitternya atas nama @LalithaVelvet untuk disebarkan kepada umum dan pautan kepada kedua-dua artikel masih boleh diakses sehingga kini.

Dakwa Azam, tajuk artikel itu adalah sensasi, bersifat skandal dan menjengkelkan kerana ia dikarang dan diterbitkan semula dengan niat jahat.

Beliau mendakwa, ia berniat jahat bagi memberi kesan serta gambaran amat buruk kepada pembaca bahawa plaintif seorang penjawat awam yang korup atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM untuk kepentingan sendiri atau adik-beradiknya.

Azam mendakwa penerbitan fitnah itu menyebabkan nama dan reputasinya tercemar dan oleh itu, beliau menuntut perintah bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah tersebut diterbitkan semula.

Plaintif juga memohon defendan memadam artikel dan ciapan dalam tempoh tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf dalam akhbar atau media sosial pilihan plaintif.

Turut dituntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Lalitha menerusi pernyataan pembelaan difailkan pada 3 Februari tahun lalu, mendakwa kandungan artikel dan ciapannya membabitkan Azam diperoleh daripada sumber yang sah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/06/azam-baki-hentikan-saman-rm10-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Gagal Bertindak Kes Salah Guna Kuasa Perunding Koperasi Saman Kerajaan Rm5 Juta

Dakwa Gagal Bertindak Kes Salah Guna Kuasa Perunding Koperasi Saman Kerajaan Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 205 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang perunding koperasi menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi daripada kerajaan kerana gagal bertindak ke atas salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam sebuah organisasi Dalam pernyataan tun...
Dalam Proses Perceraian Hwang Jungeum Fail Saman Pada Suami Dek Hutang Lebih Rm3 Juta Tak Dibayar

Dalam Proses Perceraian Hwang Jungeum Fail Saman Pada Suami Dek Hutang Lebih Rm3 Juta Tak Dibayar

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 338 hits
Beberapa bulan yang lalu Hwang Jung eum mengumumkan bahawa dia dan suaminya Lee Young don akan bercerai untuk kali kedua dan masih dalam prosiding kini Artikel Berkaitan Pada 25 Jun pula saluran YouTube Behind Master melaporkan bahawa Hwang...
Babak Baru Kasus Dugaan Pemerasan Ria Ricis Rp300 Juta Ini Temuan Polisi

Babak Baru Kasus Dugaan Pemerasan Ria Ricis Rp300 Juta Ini Temuan Polisi

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 218 hits
Pelaku juga mengancam akan menyebar foto dan video pribadi Ria Ricis juga tak memenuhi uang yang diminta
Rasuah Rm2 Juta Jual Tanah Felda 8 Ditahan

Rasuah Rm2 Juta Jual Tanah Felda 8 Ditahan

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 226 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan reman lapan individu dipercayai bersekongkol menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka Sumber berkata mereka yang ditaha...
1mdb Fail Injunksi Halang Rosmah Keluar Lupus Aset Lebih Usd346 Juta

1mdb Fail Injunksi Halang Rosmah Keluar Lupus Aset Lebih Usd346 Juta

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 173 hits
BernamaKUALA LUMPUR 1Malaysia Development Berhad dan 10 syarikat lain telah memfailkan permohonan injunksi Mareva terhadap Rosmah Mansor bagi menghalang beliau mengeluarkan atau melupuskan mana mana asetnya yang berjumlah lebih USD346 juta ...
Penampakan Sapi Seberat 1 057 Ton Rp 155 Juta Sumbangan Presiden Jokowi Ke Warga Ntb

Penampakan Sapi Seberat 1 057 Ton Rp 155 Juta Sumbangan Presiden Jokowi Ke Warga Ntb

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 181 hits
Kabid Disnakeswan NTB drh Muslih mengatakan sapi kurban ini berjenis Brahman Cross Simental
Ria Ricis Diduga Diperas Rp300 Juta Diancam Foto Dan Video Pribadinya Disebar

Ria Ricis Diduga Diperas Rp300 Juta Diancam Foto Dan Video Pribadinya Disebar

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 196 hits
Artis sekaligus youtuber Ria Ricis turut melayangkan laporan polisi karena merasa menjadi korban pemerasan
7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Rabu Tanpa Kata

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur

Cameron Highlands Di Hari Hujan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Pertama Kali Melihat Kaabah Depan Mata

Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah