Ayuh Tularkan Mesej Perpaduan Jangan Jadi Penagih Fitnah




 
Oleh: Noraini Nordin





ULASAN BERITA: Adakah ketagihan dalam media sosial di negara ini membuatkan ramai yang suka 'memburu' berita-berita fitnah dan kemudian berlumba-lumba menularkan tanpa memperduli bahana yang boleh merosakkan kesejahteraan bermasyarakat?





Adakah 'penagih-penagih' fitnah ini mindanya telah kosong, hatinya juga sudah dingin, kering dan hitam?





Ada juga yang bagai hilang kewarasan sewaktu beraksi di media sosial contohnya berTikTok dengan bahan toksid untuk sajian masyarakatnya sendiri.





Inilah antara persoalan yang kerap berlegar di fikiran saya sewaktu terlihat lintasan berita-berita palsu dan fitnah yang kian bertebaran di media sosial kebelakangan ini.





PMX mangsa fitnah





Paling dahsyat mangsa-mangsa fitnah bukan sahaja PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga menteri-menteri dalam Kerajaan Madani yang sedang gigih bekerja membina negara serta mensejahterakan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.






Paling bahaya mereka yang turut terlibat menular atau memanjangkan fitnah-fitnah itu juga terdiri daripada pemimpin, golongan agama, berkedudukan dalam masyarakat serta bijak pandai dan pakar dalam bidang masing-masing.





Adakah juga mereka dilanda sindrom ketagihan untuk memfitnah sehingga menyebabkan minda mereka tertutup.





Mereka menjadi terlalu angkuh dan ego sehingga tidak mahu menyelidiki terlebih dahulu bahan-bahan yang mahu ditularkan.





Apakah golongan ini juga mempunyai minda yang kosong dan hati yang kering serta hitam?





Sadisnya lagi, semakin Ramadan 2024 beransur-ansur akan meninggalkan kita, semakin rancak pula fitnah-fitnah yang disebarkan dengan niat untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang dikaitkan itu.





Adakah golongan penagih fitnah ini tidak akan menyemak fakta yang sahih atau tabayyun kerana niat mereka adalah untuk mengelirukan masyarakat dan menjatuhkan pemimpin, seterusnya menanam benih-benih kebencian kepada kerajaan?





Di penghujung Ramadan ini, saya ingin mengulangi pesanan kepada penagih-penagih fitnah - berhentilah menjadi penagih fitnah, janganlah mencemarkan bulan yang mulia dengan api-api fitnah yang boleh membakar masyarakat serta menghanguskan keharmonian negara sendiri.





Mudarat kepada pebagai pihak





Kebebasan bersuara dan kebebasan bermedia sosial adalah baik untuk diamalkan, namun janganlah memilih jalan memfitnah untuk menjatuhkan orang lain sehingga mendatangkan mudarat kepada pelbagai pihak.





Bersuara dan bergerak aktif di media sosial adalah lebih baik dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang mendatangkan faedah dan saling menambahkan kerukunan dalam hidup bermasyarakat.





Ingatlah bahawa fitnah, sama ada memula atau menularkannya, hanya memporak-peranda serta merosakkan hidup bermasyarakat.





Jika kalian seorang tokoh yang berpengaruh ayuh gunakanlah pengaruh kalian itu untuk mempengaruhi rakyat supaya menjalani hidup dengan rukun serta damai.





Jika kalian seorang agamawan serta bijak pandai gunalah ilmu tersebut untuk membantu mencelikkan masyarakat ke arah kehidupan yang diredai Allah S.W.T.





Rumusannya, siapa pun kita usahlah menjadi lalat dan langau yang hanya mahu mencari keburukan demi keburukan.





Mari kita menjadi optik lebah yang mencari kemanisan sepanjang kehidupan.

Selamat ulang tahun KEADILAN yang ke 25 tahun.

Semoga KEADILAN terus teguh zaman berzaman dan melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis yang hebat untuk Malaysia Madani yang sejahtera.

______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/ayuh-tularkan-mesej-perpaduan-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pusing Wahai Nusi

Jangan Pusing Wahai Nusi

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 165 hits
Najib Bakar Bekas staf Head of Finance Kedah Agro Holdings dedahkan hal Sanusi dan gaji yang berbulan tak dibayar Dia guna akaun betul bukannya surat layang atau fake profile Dia geram sebab Nusi macam nak lepas tangan siap kata Kedah Agro ...
Video Sby Jangan Lukai Hati Rakyat Inginkan Pak Prabowo Jadi Pemimpin Mereka

Video Sby Jangan Lukai Hati Rakyat Inginkan Pak Prabowo Jadi Pemimpin Mereka

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 234 hits
SBY mengatakan partainya meyakini bahwa Presiden Terpilih periode 2024 2029 Prabowo Subianto dapat melakukan perbaikan
Rumah Dikutuk Nampak Murah Aliff Syukri Minta Pereka Dalaman Jangan Sibuk

Rumah Dikutuk Nampak Murah Aliff Syukri Minta Pereka Dalaman Jangan Sibuk

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 250 hits
Usahawan kontroversi Aliff Syukri minta pereka dalaman jangan sibuk mengurusi susun atur rumahnya selepas kediaman mewah tersebut didakwa nampak murahan Aliff Syukri terasa hati Menerusi Instagram Aliff Syukri dia bertanya adakah sesiapa me...
Ramai Dah Pesan Gak Sedap Masak Jangan Jual

Ramai Dah Pesan Gak Sedap Masak Jangan Jual

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 150 hits
Media BumiIsu makanan dijual di Bazar Ramadan Masing masing struggle cari duit Lainlah petik daun jadi duit
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan