Ayam Brand Perkenalkan Saba Mackarel Flakes Dalam Sajian Ready To Eat Yang Sihat Mudah Enak
Ayam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak
Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun yang popular kerana nilai khasiat dan harga yang berpatutan. Di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun. Kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones dengan cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel
Saba mackerel mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa. Hakikatnya, satu tin Chilli Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda
Manfaat Omega-3
Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran
Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan
Mata kita sering terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Dengan pengambilan Omega-3 DHA yang mencukupi penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama. Manakala Omega 3 boleh memberi kebaikan kepada penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut serta berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzheirmer
Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ ke dalam pemakanan anda sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan kita. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones.
Kini kita mengetahui bahawa mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza.
Ayam BrandTM Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya di seluruh Malaysia.
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2019/12/ayam-brand-perkenalkan-saba-mackarel.html