Aws Berkongsi Tentang Bagaimana Perkhidmatan Mereka Membantu Sektor Awam Di Rantau Asia


Amazon Web Services (AWS) telah melancarkan acara AWS ASEAN Public Sector Summit di Singapore secara rasmi. Acara ini memfokuskan kepada bagaimana AWS membantu para pengguna dalam pengurusan perniagaan mereka.
Teresa Carlson, sebagai Naib Presiden, Worldwide Public Sector, AWS menyatakan bahawa pengguna perkhidmatan AWS telah berkembang secara meluas di Asia Pasifik selepas pembukaan cawangannya di Singapura dan turut menyasarkan akan menambah cawangannya di Jakarta menjelang 2022 kelak.

Beliau juga turut menyatakan bahawa AWS menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna mereka. Enam kemudahan utama yang ditawarkan adalah (1) kelajuan, (2) menawarkan servis yang cekap, (3) keselamatan data yang terkawal rapi (4) kebolehan untuk bereksperiman, (5) pembayaran berdasarkan penggunaan, dan (6)boleh digunakan secara global.

Bagi sektor awam sendiri, Teresa turut menyatakan bahawa budaya perkomputeran awan (cloud computing) perlu diterapkan kepada setiap perniagaan dalam sektor awam. Oleh itu, beliau menyarankan bahawa adalah sangat penting bagi setiap sektor, agensi, dan kementerian untuk mewujudkan dasar awan-pertama (cloud-first policy).  Hal ini kerana, sektor ini memerlukan sistem sekuriti yang kemas dan terkawal rapi serta sistem yang boleh diterima oleh semua pihak.

Bukan itu sahaja, sektor ini juga memerlukan medium yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan servis asas IT (procurement vehicle) dengan mudah, kemahiran dan latihan dalam menggunakan perkomputeran awan. Seterusnya, selepas keperluan-keperluan ini sudah diperoleh, proses untuk mengembangkan sesuatu perniagaan secara meluas dan cepat adalah lebih mudah.
Oleh itu, Teresa telah mengumumkan satu ciri baru dalam sistem pengurusan perkomputeran awan, iaitu sistem pengesanan ancaman yang baru yang menggunakan teknologi AI untuk sektor kerajaan dan awam. Ciri ini menggunakan algoritma pembelajaran mendalam (deep learning) untuk mengenalpasti isyarat untuk sesuatu serangan. Namun, tiada maklumat lanjut berkenaan ciri ini memandangkan ia belum dilancarkan secara rasmi.

Peter Moore, Pengarah Urusan Serantau, Asia Pasifik Jepun, Worldwide Public Sector, AWS pula memulakan perkongsian beliau dengan menyatakan bahawa AWS menawarkan 12 cara untuk proses pemindahan data ke pelayan awan (cloud server) dan empat daripadanya boleh didapati di Singapura.
Antaranya adalah AWS Storage Gateaway yang membolehkan pengguna untuk menghubungkan storan awan diantara premis kepada Awan AWS, AWS Snowball yang merupakan satu cara berskala petabyte untuk memindahkan sejumlah data masuk dan keluar daripada Awan AWS. Manakala AWS Snowmobile pula adalah data truck yang boleh disambungkan terus ke rangkaian utama anda, kemudian mengangkutnya melalui pusat data (data center) yang boleh mencapai sehingga 100 PB data.

Pada sesi perkongsiannya juga, Peter mengetengahkan tentang bagaimana peranti berhubung (Internet of Things, IoT) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning), dapat membantu sektor awam. Melalui teknologi-teknologi baru ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu membina masa depan yang mampu mengubah cara kerja sesuatu sektor industri untuk menjadi lebih cepat dan produktif.
Malah, dengan bantuan Amazon SageMaker, proses pembelajaran mesin menjadi lebih mudah, dimana ia membantu untuk melabelkan  dan menyediakan data seterusnya menawarkan algoritma yang bersesuaian untuk melatih model bagi membolehkan anda untuk mengakses data yang diperlukan dengan lebih cepat tanpa memerlukan khidmat data saintis.
Sebagai kesimpulan, Peter menyatakan bahawa pihak mereka akan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan pelanggan mereka dan menjemput semua pengguna perkhidmatan AWS untuk bersama sama menyertai acara tahunan AWS reInvent tahun ini di Las Vegas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/09/aws-berkongsi-tentang-bagaimana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Iktiraf Uec Syarat Masuk Universiti Perkhidmatan Awam

Sabah Iktiraf Uec Syarat Masuk Universiti Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 239 hits
Kerajaan negeri Sabah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan sektor perkhidmatan awam negeri Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal berkata cuma ada beberapa perkara yang perlu diper...
Selepas Tujuh Tahun Berkahwin Dengan Lisa Surihani Yusry Luah Sesuatu Di Ig Tentang Rumahtangga Mereka

Selepas Tujuh Tahun Berkahwin Dengan Lisa Surihani Yusry Luah Sesuatu Di Ig Tentang Rumahtangga Mereka

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 494 hits
Sayang kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun Sudah pasti dalam mana mana perkahwinan ada masa susah dan senang Saya sangat cintakan awak Selamat Hari Kita 7 kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tah...
Paid Internship Membantu Pelatih Latihan Industri

Paid Internship Membantu Pelatih Latihan Industri

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 263 hits
Pihak Kementerian memperkenalkan portal Paid Internship bagi membantu pelatih latihan industri mendapatkan bayaran upah atau elaun semasa latihan Inilah yang telah diusakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan KBS bagi membantu golongan a...
Benarkah Olahraga Teratur Bisa Membantu Mengusir Bau Mulut

Benarkah Olahraga Teratur Bisa Membantu Mengusir Bau Mulut

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 193 hits
Dokter gigi Dina Adrianti pernah menjelaskan cara mengurangi bau mulut dengan berolahraga itu tidak tepat Keduanya tidak saling berkaitan
Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak Kanak

Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 589 hits
Tahukah korang sistem imun adalah salah satu fungsi tubuh yang sangat penting Tanpa sistem imun maka mudah sekali badan diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus Sebab itu amat penting anak anak kita mempunyai kekebalan tubu...
Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 480 hits
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang Sihat dan Berkeyakinan Seiring dengan peredaran masa pada masa kini semua maklumat kini semuanya dihujung jari saja Apa maklumat yang kita nak cuma taip je kemudian searc...
Mereka Kata Saya Tak Layak Pakai Purdah

Mereka Kata Saya Tak Layak Pakai Purdah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 262 hits
Penampilan terkini isteri kepada Pencetus Ummah Abu Sufyan iaitu Hana Azraa menjadi perhatian ramai apabila tidak lagi mengenakan purdah Susulan itu The post appeared first on
Huawei Mungkin Menjual Perniagaan Kelengkapan 5g Mereka

Huawei Mungkin Menjual Perniagaan Kelengkapan 5g Mereka

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 147 hits
Kelengkapan 5G yang dikeluarkan oleh Huawei sedang diuji di Malaysia dan beberapa negara lain Namun begitu di negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah penggunaan peralatan komunikasi 5G telah diharamkan kerana bagi pihak kerajaan China Me...
Dampak Mengerikan Jika Unjuk Rasa Terus Berlanjut Ke Sektor Ekonomi

Dampak Mengerikan Jika Unjuk Rasa Terus Berlanjut Ke Sektor Ekonomi

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 183 hits
Jika rangkaian aksi unjuk rasa terus terjadi maka akan berpotensi mengganggu minat investor untuk masuk ke Indonesia
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan

Selepas 20 Tahun Berhubung Baru Abang Berani Nikahi Aku Malam Itu Penentu Segalanya