Awas Ini 10 Kesan Pada Kesihatan Jika Amal Makan Chia Seed
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Awas! Ini 10 Kesan Pada Kesihatan Jika Amal Makan Chia Seed! | Nampak, ramai dok update pasal chia seed.. benda apa lah kan... nampak macam selasih, dua kali tengok macam habbatus sauda... Apa sebenarnya chia seed
Biji Chia atau chia seeds adalah antara herba paling sihat yang nutrisi penting untuk tubuh dan otak. Biji hitam dan putih kecil ini dijadikan sebagai makanan kesihatan bagi kaum Maya dan Aztec. Malah Chia adalah perkataan dari suku Maya yang bererti kekuatan
Biji Chia ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna putih. Namun begitu kandungan nutrisi yang diberikan sama sahaja. Keduanya berasal dari keluarga tumbuhan yang sama tetapi ditanam di tempat yang berbeza
Biji Chia turut mengandungi sejumlah zink, vitamin B3 (niasin), kalium, vitamin B1 (tiamina) dan vitamin B2. Kandungan nutrisinya amat hebat. Boleh dikatakan hanya satu auns biji ini membekalkan hanya lebih kurang 137 kalori dan satu gram karbohidrat yang boleh dicerna
Sumber: google images
Beza Selasih dan Chia Seeds
Biji selasih dan chia seeds, hampir sama rupanya tapi ada 2 perbezaan ketara.
1. Cara Penyediaan
Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di dalam air selama beberapa waktu.
Sedangkan, bagi Chia seed pula, ianya boleh digunakan dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke jus, yogurt, pudding, salad, rawfood, malahan ke dalam nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama beberapa saat saja
2. Perbezaan Warna
Biji selasih itu warnanya adalah hitam saja. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih.
Tetapi bagi chia seed pula, ianya mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, coklat, kelabu dan juga putih. Apabila terkena air, akan muncul juga selaput putih menyelimuti biji chia
Kesan Chia Seed Kepada Kesihatan
Pengambilan dan amalan chia seed memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan. Antaranya:
1. Anti keradangan
Salah satu manfaat chia seed yang cukup penting adalah sebagai anti keradangan. Perkataan 'chia' berasal dari kata 'chian', yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak omega-3. Sebagai salah satu sumber tumbuhan terkaya dari omega-3 dan asid alpha-linolenic, chia seed mengubati berbagai gangguan kesihatan. Chia seed melawan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan menurunkan kolesterol
2. Kaya Mineral
Chia seed kaya dengan kalsium, magnesium, fosforus, dan mangan. Semua mineral ini sangat penting untuk menjalankan fungsi tubuh yang benar dan menentang tekanan darah tinggi. Ia juga memberikan tenaga yang cukup untuk proses metabolisme tubuh. Chia seed adalah rahsia yang lazat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh
3. Kaya Serat
Serat makanan membantu mengurangkan kolesterol, keradangan dan sembelit. Chia seed merupakan sumber serat makanan yang sangat baik. Dua sudu makan chia seed menyediakan lebih daripada satu pertiga pengambilan serat harian yang diperlukan. Pengambilan rutin ini akan menamatkan masalah ketika di tandas
4. Bersifat Antioksidan
Chia seed kaya akan antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari pigmentasi, sel karsinogenik dan melambatkan penuaan. Jadi tak payah dah nak beli krim anti kedut yang mahal-mahal tu..
5. Mengawal Kadar Gula Darah
Manfaat chia seed lain yang tak kalah penting adalah mengawal kadar gula darah. Peningkatan kadar gula darah adalah salah satu dari banyak masalah kesihatan utama pada masa ini. Chia seed adalah salah satu makanan terbaik yang dapat mengawal kadar gula darah. Chia seed membantu mengurangkan rintangan insulin dalam tubuh. Orang yang ada diabetes, bagus amalkan ni.
6. Mengenyangkan
Saraf rasa kenyang mempunyai tempat khusus di otak, yang memberitahu sama ada perut telah penuh atau tidak. Saraf rasa kenyang mengawal rasa lapar dan kenyang, serta dapat membantu mengawal nafsu makan. Kombinasi serat, protein dan nutrisi lain, semua bertanggung jawab atas kesan mengenyangkan dari chia seed. Mengambil chia seed adalah cara yang sihat untuk diet, sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan
7. Bebas Gluten
Chia seed tidak mengandungi gluten, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk celiac, yang merosakkan lapisan usus. Chia seed adalah alternatif sihat untuk menukar makanan yang kaya gluten
8. Sumber Protein yang Sangat Baik
Protein adalah salah satu nutrisi paling penting yang diperlukan setiap orang. Chia seed tidak hanya mengandungi jumlah ALA (asid alfa-linolenik) tertinggi diantara tumbuhan lain, tetapi ia juga merupakan sumber terkaya dari protein tumbuh-tumbuhan. Ini adalah makanan yang harus dimiliki oleh para vegetarian. Chia seed adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging dalam diet harian
9. Mudah Untuk Dicerna
Salah satu manfaat chia seed untuk kesihatan yang paling berkesan adalah ia mudah dicerna, tidak seperti biji lain yang juga tinggi asid lemak omega-3, serat, dan mineral. Tidak perlu untuk menggiling biji chia terlebih dahulu untuk mendapatkan nutrisinya
10. Dislipidemia
Chia seed mengandungi jumlah serat dan asid lemak omega-3 yang tinggi, di mana kedua-duanya membantu menurunkan kolesterol. Chia seed meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan kolesterol buruk (LDL) dalam tubuh. Amalkan selalu chia seed dalam diet untuk menjaga kesihatan jantung
Cara Makan Biji Chia
Biji Chia boleh dimakan mentah kerana ia memiliki rasa kekacang yang sedap. Boleh direndam dalam jus buah mahupun air kosong. Amat sesuai dicampurkan dengan bubur dan puding. Selain itu, biji Chia juga boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam membuat roti, kek dan biskut. Jumlah yang dicadangkan adalah lebih kurang 20 gram setiap kali makan
Rasa macam nak cuba makan la pula... kat lazada pun ada jual.. dok survey-survey kan... boleh tahan la harga... takdelah mahal.. tapi nak kata murah.. murah lagi la biji selasih..
Sumber: Pembacaan di internet
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2016/10/awas-ini-10-kesan-pada-kesihatan-jika.html