Aurat Perempuan Mualaf Dengan Keluarganya



Soalan:
Bolehkah tidak menutup aurat bagi perempuan yang tinggal bersama keluarga bukan Islam? Dan bagaimana batas aurat perempuan mualaf dengan adik beradik lelakinya yang bukan Islam? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Aurat adalah suatu angggota badan yang tidak boleh diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 31/44)

Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/185)

Pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana disepakati ulama’ berdasarkan firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” [Surah al-Nur (31)]

Allah SWT turut berfirman:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” [Surah al-A’raf (26)]




Berdasarkan persoalan di atas, kami nyatakan seperti berikut:

1. Berkenaan aurat sesama adik beradik, boleh untuk tidak memakai tudung menutup kepala di hadapan adik beradik lelakinya yang bukan Islam kerana kekafiran tidak membatalkan hubungan mahram. Walaupun mereka bukan Islam, mereka tetap masih dikira mahram. Oleh itu, tidak perlu memakai tudung semasa bersama mereka sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Imam al-Sarkhasi menyebut: “Keadaan mahram itu adalah sama dalam keadaan merdeka atau dimiliki, Islam atau kafir kerana setiap yang mempunyai agama akan menjaga (batas) mahram-mahramnya.” (Lihat al-Mabsut, 4/111)

Disebut dalam kitab Majmu’ al-Fatawa (32/66): “Seorang kafir apabila berkahwin secara pernikahan haram dalam agama Islam, maka sesungguhnya ia menghubungkannya pada nasab, dan sabit hubungan persemendaan dengannya. Maka haram bagi setiap keduanya akan usul dan furu’ mereka dengan kesepakatan ulama’.”

2. Sekiranya di luar rumah dan jauh daripada keluarga, seperti di tempat pengajian atau tempat kerja, maka wajib menutup aurat sepertimana yang dituntut.

Adapun berkenaan isu aurat antara perempuan Islam dengan wanita bukan Islam, disimpulkan: “Aurat perempuan Islam pada pandangan perempuan bukan Islam menurut pandangan majoriti ulama fiqh adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab Syafie, termasuk sebahagian ulama mutaakkhirin mazhab Syafie bahawa aurat perempuan Islam pada pandangan perempuan bukan Islam adalah selain kepala, tangan dan kaki.

Oleh itu dalam isu seperti ini, pengawalan dan penjagaan aurat adalah amat penting tetapi dalam keadaan tertentu, jika sesama perempuan sekalipun perempuan bukan Islam maka ia adalah harus dengan syarat tidak membawa fitnah dan menjatuhkan maruah wanita Muslimah. Ini kerana keadaan realiti kehidupan kini begitu berbeza dengan zaman dahulu. Justeru, meraikan keadaan semasa yang bersifat realiti perlulah diambilkira.”

Kadang-kadang suasana perlu dilihat berdasarkan fiqh aqalliyyat (fiqh minoriti) untuk keharmonian bersama.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
”Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita akan taufiq dan hidayah-Nya dalam mengamalkan setiap apa yang diperintah oleh-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/aurat-perempuan-mualaf-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Lelaki Selalu Hilang Dalam Hutan Bukannya Perempuan

Kenapa Lelaki Selalu Hilang Dalam Hutan Bukannya Perempuan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 990 hits
Tidak merujuk kepada kes Acap semata mata jelas individu ini perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa Namun puteri puteri diraja pula ...
Budak Perempuan Macam Lelaki

Budak Perempuan Macam Lelaki

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 465 hits
Sekali pandang Dhia Zahra ni dah macam budak lelaki kan Dengan lasak nya selalu buli abang Irfan itulah anak kedua CN si Dhia Zahra Sharing is caring from Cekgu Norazimah
Anak Perempuan Mendiang Paul Waker Yang Kini Sudah Berusia 20 Tahun Menarik Perhatian Orang Ramai

Anak Perempuan Mendiang Paul Waker Yang Kini Sudah Berusia 20 Tahun Menarik Perhatian Orang Ramai

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 393 hits
Sebut nama Meadow Rain Walker mungkin tiada siapa kenal Meadow merupakan anak tunggal kepada bintang filem Fast Furious mendiang Paul Walker dan Rebecca Soteros Gadis itu dibesarkan di Ohau Hawaii sebelum berpindah ke California untuk menet...
Seorang Ibu Mendadak Melahirkan Bayi Perempuan Di Pasar Bogor

Seorang Ibu Mendadak Melahirkan Bayi Perempuan Di Pasar Bogor

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 258 hits
Seorang ibu mendadak melahirkan ketika sedang berada di Pasar Bogor Kota Bogor Jawa Barat Rabu Sejumlah pengunjung pasar pun kaget melihat kejadian itu
Suka Melaram Adakah Petanda Bakal Dapat Anak Perempuan

Suka Melaram Adakah Petanda Bakal Dapat Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 443 hits
Kuat Melaram Adakah Petanda Bakal Dapat Anak Perempuan Semalam masa scroll FB terbaca pasal pelakon Anzalna yang kini sarat mengandung di page majalah Pa Ma Menurut majalah tersebut Anzalna suka melaram masa mengandung dan ramai yang mengat...
Karena Bercerai Mackenzie Bezos Langsung Jadi Perempuan Terkaya No 4 Di Dunia Begini Ceritanya

Karena Bercerai Mackenzie Bezos Langsung Jadi Perempuan Terkaya No 4 Di Dunia Begini Ceritanya

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 328 hits
Bercerai dari bos Amazon Jeff Bezos alias orang terkaya di dunia Saking kayanya masalah harta gono gini aja bisa sampai mengubah daftar orang orang terkaya sedunia
12 Inspirasi Nama Islami Untuk Bayi Perempuan Yang Cerdas Harapannya Kelak Dapat Jadi Panutan

12 Inspirasi Nama Islami Untuk Bayi Perempuan Yang Cerdas Harapannya Kelak Dapat Jadi Panutan

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 296 hits
Cantik dan nggak pasaran nama nama bermakna cerdas ini bisa banget jadi bahan sontekan Cus cek nama anak masa depanmu sekarang
Layan Anak Perempuan Dah Macam Anak Lelaki Yang Peliknya Moleiq Tidur Lena Walaupun Dibuli

Layan Anak Perempuan Dah Macam Anak Lelaki Yang Peliknya Moleiq Tidur Lena Walaupun Dibuli

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 289 hits
Pelakon memuatnaik sebuah video di instagramnya dimana Johan Raja Lawak dan anak lelakinya sedang membuli menyakat anak bongsu mereka Moleiq yang sedang tidur Video abang Moleiq yang sedang menyakat adiknya tersebut mendapat hampir 200ribu ...
Jarang Orang Perempuan Pergi Honeymoon Berbaju Kurung Pakaian Fasha Pergi Berbulan Madu Tarik Perhatian Ramai

Jarang Orang Perempuan Pergi Honeymoon Berbaju Kurung Pakaian Fasha Pergi Berbulan Madu Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 498 hits
Pengantin baru Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini sedang berbulan madu di Langkawi Kedah Detik indah itu dikongsikan Fasha di Instagrammya View this post on Instagram A post shared by on Apr 1 2019 at 7 57am PDT View this post on Instagram A ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti