Atm Gerakkan 4 428 Anggota Dan 7 880 Aset Hadapi Monsun Timur Laut Mohamed Khaled


ATM Gerakkan 4,428 Anggota, Dan 7,880 Aset Hadapi Monsun Timur Laut – Mohamed Khaled
KUALA LUMPUR, 20 November (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempersiapkan 4,428 anggota termasuk 266 pegawai serta 7,880 aset terdiri daripada 506 mobiliti darat, 7,355 mobiliti perairan dan 19 mobiliti udara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula 13 November lepas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesiapsiagaan itu merupakan sebahagian tindakan proaktif ATM menerusi Operasi Murni (Op Murni) bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menangani risiko bencana semasa musim monsun.
“Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilantik sebagai peneraju operasi, manakala Cawangan Operasi dan Latihan Tentera Darat (OPLAT TD) berperanan sebagai Point of Contact kepada NADMA.
“Selain itu, 15 Appointed Military Commander (AMC) daripada Panglima Divisyen dan Briged di Semenanjung, Sabah dan Sarawak turut dilantik untuk memastikan operasi berjalan lancar,” katanya ketika ditemui media di Kem Kementah di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat mengenai Op Murni di kem terbabit yang turut menekankan persiapan anggota serta aset ATM untuk diatur gerak ke kawasan terjejas sebagai operasi bantuan kemanusiaan dan kecemasan.
Mohamed Khaled turut meninjau kesiapsiagaan 17 aset Op Murni di Padang Kawad Kem Kementah, termasuk trak tujuh tan TATRA, dan AMDAC, trak tiga tan dan satu tan, water trailer, ambulans medan, bot lengkap peralatan keselamatan serta khemah modular, sebelum diatur gerak ke kawasan terjejas.
Ramalan hujan berterusan hingga penghujung Mac 2026 Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata MetMalaysia meramalkan hujan berterusan akibat MTL dari awal November hingga penghujung Mac 2026, melibatkan negeri tumpuan seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.
Beliau menegaskan ATM sentiasa memastikan kesiapsiagaan anggota, aset dan ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berada pada tahap optimum serta mampu memberikan tindak balas pantas.
“Usaha ini mencerminkan komitmen ATM bukan sahaja sebagai benteng pertahanan negara tetapi juga sebagai organisasi yang mendukung keselamatan dan kesejahteraan rakyat pada setiap masa,” katanya.
Mohamed Khaled berkata NADMA juga telah membekalkan jambatan modular (Bailey) kepada ATM yang boleh digerakkan mengikut situasi serta keperluan.
“ATM akan menumpukan usaha dan sumber di kawasan yang mencatat peningkatan dan berisiko tinggi berlakunya banjir, berdasarkan pemantauan masa nyata sebaik sahaja hujan bermula,” katanya.
Op Murni dilaksanakan selaras pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WOGOS) dan aspirasi Kertas Putih Pertahanan melalui konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) bagi melindungi rakyat semasa kecemasan dan bencana.
BACA: Kerajaan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut – Fahmi BACA: Mat Saleh Guna Apollo Buat Kek Hari Lahir Anak Raih Perhatian BACA: Dua Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan Teliti Insiden KLIA, PTP & Tren Butterworth – Loke Sumber: Bernama
The post ATM Gerakkan 4,428 Anggota, Dan 7,880 Aset Hadapi Monsun Timur Laut – Mohamed Khaled appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/20/atm-gerakkan-4428-anggota-dan-7880-aset-hadapi-monsun-timur-laut-mohamed-khaled/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Monsun Timur Laut Bermula 13 November Ini

Monsun Timur Laut Bermula 13 November Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 178 hits
Monsun Timur Laut Bermula 13 November Ini Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran permulaan fasa Monsun Timur Laut bermula 13 November Menerusi hantaran di Facebook MTL atau lebih dikenali dengan musim tengkujuh diramal be...
Monsun Timur Laut Bermula Semalam Hingga Mac Depan Dengan Kelantan Terengganu Pahang Terawal Alami Hujan Berterusan

Monsun Timur Laut Bermula Semalam Hingga Mac Depan Dengan Kelantan Terengganu Pahang Terawal Alami Hujan Berterusan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR Monsun Timur Laut yang bermula semalam dijangka berterusan hingga Mac tahun depan dengan Kelantan Terengganu dan Pahang menjadi negeri terawal diramal mengalami hujan lebat berterusan Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Ambun D...
Keluarga Atm Teguh Bersama 5 000 Anggota Amp Keluarga Meriahkan Karnival Pertahanan

Keluarga Atm Teguh Bersama 5 000 Anggota Amp Keluarga Meriahkan Karnival Pertahanan

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 143 hits
Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia yang berlangsung di Sabah bersempena program Keluarga ATM Teguh Bersama menjadi medan menghimpunkan lebih 5 000 anggota tentera bersama keluarga bagi mengukuhkan kebajikan dan semangat warga ...
Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu

Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 365 hits
Malam Terlarang Ulasan Analisis Tema Di Sebalik Tabir JMBELOG Malam Terlarang Ketika Laut dan Rahsia Bertemu Arahan Nurhanisham Muhammad Tayangan 30 Oktober 2025 Durasi 110 min Genre Seram Mistik Sinopsis Ringkas Berlatarkan era 1980 an Mal...
Menjelajahi Zon Kegelapan Laut Keajaiban Di Dalam 200 Meter

Menjelajahi Zon Kegelapan Laut Keajaiban Di Dalam 200 Meter

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 239 hits
Apabila anda mencapai kedalaman 200 meter anda memasuki zon senja lautan satu dunia luas yang hampir tidak mempunyai cahaya Keadaan gelap ini menyebabkan proses fotosintesis tidak lagi dapat dilakukan Zon senja terletak di antara 200 hingga...
Jakarta Kian Tenggelam Garis Pantai Di Utara Semakin Jelas Di Bawah Paras Laut

Jakarta Kian Tenggelam Garis Pantai Di Utara Semakin Jelas Di Bawah Paras Laut

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 199 hits
Agensi PENDUDUK berjalan di atas benteng tembok laut di Jakarta Utara pada 6 Jun 2020 FOTO Aditya Irawan NurPhoto melalui AFPJakarta Garis pantai Jakarta kini semakin jelas tenggelam di bawah paras laut dengan air laut di Pantai Mutiara Jak...
Anak Kapal Warga Indonesia Dilapor Hilang Terjatuh Ke Laut

Anak Kapal Warga Indonesia Dilapor Hilang Terjatuh Ke Laut

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 226 hits
Nur Izzati MohamadAnggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan anak kapal warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari sebuah kapal di perairan dekat Penang Port Butterworth Foto ihsan JBPM Pulau Pi...
Waspada Penumpuan Angin Yang Dijangka Berlaku Di Timur Dan Utara Semenanjung Malaysia Pada 19 Hingga 22 November 2025

Waspada Penumpuan Angin Yang Dijangka Berlaku Di Timur Dan Utara Semenanjung Malaysia Pada 19 Hingga 22 November 2025

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 227 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan keadaan cuaca lembap yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini dijangka berterusan sehingga 22 November 2025 Penumpuan an
Momen Menakjubkan Seahorse Betina Melahirkan Di Bawah Laut

Momen Menakjubkan Seahorse Betina Melahirkan Di Bawah Laut

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 153 hits
Seorang jurugambar bawah laut telah menangkap momen tepat ketika seekor ikan seahorse betina memindahkan telurnya kepada jantan yang kemudiannya akan menginkubasinya sehingga menetas Ikan seahorse dikenali sebagai pasangan monogami dan meru...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari