Asplenium Variegated Pokok Paku Langsuir Berurat Daun Yang Cantik
Uisshhh langsuir? Menakutkan! Ye, betul nama dia pokok paku langsuir. Siapa je yang tak seram bila dengar atau baca perkataan langsuir tu. Auto seram! Pokok paku langsuir ni sebenarnya ada banyak nama.
Ada orang panggil pokok tanduk rusa, pokok tanduk kijang, pokok sakat, pokok daun semun, bird nest fern, pokok fern dan lain-lain lagi. Dalam banyak-banyak nama tu orang lebih familiar dengan nama pokok tumpang dan paling familiar dengan pokok paku langsuir lah
Di Indonesia pulak lebih popular dengan nama pokok paku lansguyar/langsuyar plant. Langsuyar tu adalah langsuir. Nak tahu cerita tak kenapa di panggil dengan nama pokok paku langsuir
Alkisah pokok paku langsuir Nak dijadikan cerita. Pokok ni asalnya tumbuh liar di hutan. Tumbuh dan hidup menumpang kat pokok pokok besar dalam hutan tu. Dalam pada itu, ada juga kepercayaan orang dulu mengatakan pokok ni didiami makhluk yang bernama langsuir
Credit : google
Disebabkan pokok paku ni tumpang hidup kat pokok besar, maka mudahlah si langsuir ni nak bertenggek sambil mengilai dan ketawa terbahak-bahak. Kira tumpang sekaki lah ni? Ada juga yang kata pokok paku ni tempat langsuir bergayut. Dok terpaku je kat situ agaknya macam di paku
Mungkin disitu lah bermulanya pokok tersebut di panggil dengan nama pokok paku langsuir. Atau mungkin juga ada yang pernah ternampak atau terserempak semasa melalui pokok tu. Cerita ini mitos dan kepercayaan orang dulu. Wa'allahualam
Okay, buang jauh-jauh kisah yang agak seram tu. Kita move on ke zaman moden, nama pun berubah menjadi pokok paku sarang burung
Asplenium Nidus/Pokok Paku LangsuirLebih dikenali dengan nama paku langsuir atau 'bird nest fern'. Asalnya dari family Aspleniceae dengan nama spesisnya Asplenium Nidus. Sejenis tumbuhan paku pakis epifit yang hidup menumpang pada pokok lain
Kebiasaannya tumbuh pada pokok besar, celah celah pelepah kelapa sawit dan pokok salak. Walaupun dia hidup menumpang, tapi tak mengganggu pertumbuhan pokok yang ditumpang seperti pokok duit-duit. Sebabnya pokok paku ni mampu hidup sendiri
Daun-daunnya yang berbentuk seperti 'sarang burung' mampu menadah air hujan yang turun dan memerangkap daun-daun yang akhirnya mereput mati menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok terus hidup
Penjagaan Asplenium Nidus/Pokok Paku LangsuirKalau kau orang perasan, pokok ni biasanya ditanam di dalam sabut dan diletakkan tanah. Sabut tu membantu menyerap dan menyimpan air untuk pertumbuhan pokok paku. Pokok paku ni memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup sihat dan subur
Jangan sesekali letak di tempah yang terdedah terus kepada cahaya matahari terik. Pertumbuhannya akan terbantut dan tidak subur sekiranya daun berwarna kuning atau ada tompok-tompok perang pada daun. Jadi, kenalah letak di tempat yang redup yang membolehkan pokok ni hidup subur tanpa penjagaan yang rapi
Cara Pembiakan Pokok Paku LangsuirPokok paku membiak melalui spora yang terhasil pada bahagian belakang daun. Spora yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk percambahan/pembentukan anak pokok. Sebab tu pokok paku langsuir mudah tumbuh merata di celah-celah pokok.
Asplenium VariegatedPanjang betul cerita tentang pokok paku langsuir ni. Padahal nak cerita tentang pokok Asplenium Variegated je sebenarnya. Dah lama beli belum sempat repot. Pasu tak beli lagi. Suka tengok pattern urat daun pokok paku langsuir ni. Jenis variegated yang berbeza warna selang seli warna putih dan hijau
Variegated ni lebih cantik sikit lah daripada Asplenium Nidus yang biasa tu. Tapi kedua-duanya pun cantik untuk hiasan landskap, balkoni dan hiasan luar rumah. Rupa yang unik dan jarang ditemui. Dekat nursery pun tak banyak yang ada
Kalau ada mungkin harganya agak mahal mengikut saiz. Fiza beli yang mini je, Pasu kecil murahlah sikit. RM10 kalau tak silap Fiza. Beli di Seremban Landscape & Nursery. Kebetulan kot masa tu ada stok. Sebelum ni tak pernah nampak. Jenis pokok paku/asplenium jenis mudah jaga takpe. Kalau buat hiasan gantung cantik ni kan
Terkejut juga ada yang berharga sampai RM150 sepokok di shopee. Setanding rupanya lah, pokok besar dan rimbun. Ingatkan pokok yang tak berapa nak dipandang ni murah, boleh tahan juga ye. Mungkin sebab value 'rare' dan liar tu kot. Susah nak dapat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/07/asplenium-variegated-pokok-paku-langsuir.html