Asnb Orang Ramai Diminta Waspada Tawaran Labur Palsu


KUALA LUMPUR, 27 MEI: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) meminta orang ramai berhati-hati supaya tidak terperdaya dengan tawaran pelaburan palsu yang dikesan menggunakan nama dan logo syarikat itu.
Syarikat pengurusan unit amanah tersebut berkata justeru, orang ramai dinasihatkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-77308899 atau layari www.asnb.com.my, atau e-mel ke [email protected] sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan.
“Baru-baru ini wujud penyebaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nama ‘ASNB Group’ bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu,” menurut ASNB dalam kenyataan hari ini.
ASNB berkata dalam mesej berkenaan, penghantar mendakwa mewakili ASNB Group dan menggunakan nama serta logo syarikat ASNB tanpa kebenaran bagi menawarkan pakej pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam tempoh yang singkat.
“Modus operandi pelaburan palsu ini ialah sekiranya penerima mesej berminat untuk melabur, mereka hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam mesej berkenaan secara dalam talian.
“Wang itu kononnya akan didagangkan ke dalam sektor minyak, pasaran saham serta mata wang, dan pelabur hanya perlu menunggu keuntungan dimasukkan terus ke dalam akaun mereka,” kata ASNB.
ASNB berkata pihaknya mengambil serius perkara terbabit dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku, malah satu laporan polis mengenai mesej berkenaan telah dibuat.
ASNB menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan meminta mereka terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB untuk membuat aduan sekiranya menerima mesej meragukan mengenai pelaburan menggunakan nama ASNB.
“Untuk makluman, ASNB ialah syarikat yang menawarkan unit amanah dan tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menawarkan sebarang pakej pelaburan sama ada secara langsung atau menerusi kemudahan WhatsApp mahupun mana-mana aplikasi mesej yang lain,” kata ASNB.
Ia juga tidak pernah menggunakan nama ASNB Group dalam sebarang aktiviti promosi dan publisiti produk.
Orang ramai yang ingin memulakan pelaburan dalam unit amanah ASNB perlu terlebih dahulu mengunjungi cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun pelaburan dengan membawa bersama dokumen pengenalan diri yang asal, menurut ASNB.
Firma itu berkata pelaburan tambahan secara dalam talian pula hanya boleh dilakukan menerusi portal dan aplikasi mudah alih myASNB, dan perbankan Internet ejen berdaftar kami seperti Maybank2u, CIMBClicks, RHB Now dan AffinOnLine.
“Pihak ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat pelaburan dalam sebarang skim pelaburan yang tidak mempunyai kaitan dengan ASNB,” katanya.
Sebarang urus niaga pelaburan untuk unit-unit amanah ASNB boleh dilakukan di mana-mana pejabat cawangan ASNB dan ejen ASNB seluruh negara.
Layari www.asnb.com.my dan klik menu ‘Hubungi’ untuk senarai cawangan dan ejen ASNB.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/asnb-orang-ramai-diminta-waspada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendedahan Penuh Akuan Bersumpah Palsu Pengkhianatan Anwar Sejak Jun 2019

Pendedahan Penuh Akuan Bersumpah Palsu Pengkhianatan Anwar Sejak Jun 2019

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 281 hits
PENDEDAHAN PENUH KEWUJUDAN AKUAN BERSUMPAH PALSU PENGKHIANATAN ANWAR SEJAK JUN 2019 TURUT DISENTUH PERALIHAN MAJORITI BENARKAH WUJUD WAJIB TONTON PEMBONGKARAN PENUHIni yang macai dan penyokong PH menjadi bodoh kerana mereka disumbat makluma...
Senarai Berita Palsu

Senarai Berita Palsu

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 360 hits
KPM nafi keluar kenyataan buka sekolah universiti KUALA LUMPUR Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi d...
Bukitmertajam Posmen Didenda Rm1500 Buat Laporan Palsu

Bukitmertajam Posmen Didenda Rm1500 Buat Laporan Palsu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 232 hits
Seorang posmen didenda RM1 500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat laporan polis palsu pada 20 Mei lalu Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Syazwan Juhari 22 selepas lelaki itu...
Takwim Sekolah Tular Di Whatsapp Adalah Palsu Kpm

Takwim Sekolah Tular Di Whatsapp Adalah Palsu Kpm

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 496 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Twitter rasmi menjelaskan bahawa info berkenaan Takwim Sekolah yang sedang tersebar melalui WhatsApp adalah palsu Menurut Kementerian tarikh pembukaan semula sesi persekolahan akan diumumkan secara r...
Pkpb Disambung Lagi Berita Palsu Kata Ismail

Pkpb Disambung Lagi Berita Palsu Kata Ismail

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 341 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA Menteri Kanan Ismail Sabri menepis laporan mendakwa kerajaan sudah memutuskan untuk menyambung perintah kawalan pergerakan bersyarat yang tamat 9 Jun sebagai palsu Orang ramai digalakkan layari la...
Teknik Peminta Sedekah Buat Luka Palsu

Teknik Peminta Sedekah Buat Luka Palsu

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 245 hits
Dalam filem atau drama kita akan lihat banyak kesan kesan makeup yang unik dan menarik contohnya macam kesan luka lebam kena pukul pucat dan sebagainya Kadang kadang luka tersebut nampak macam sangat real dan berjaya memperdayakan mata kita...
Polisi Tangkap Pengedar Uang Palsu Di Pasar Badak Pandeglang

Polisi Tangkap Pengedar Uang Palsu Di Pasar Badak Pandeglang

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 288 hits
Polres Pandeglang menangkap Seorang diduga pelaku pengedar uang palsu berinisial J di Pasar Badak Kapolres Pandeglang AKBP Sofwan Hermanto menjelaskan modus pelaku dengan berbelanja di Pasar Badak menggunakan uang palsu dengan harapan menda...
Konon Untuk Labur Hartanah Pengurus Tipu Lisa Blackpink Sebanyak Rm3 5 Juta Untuk Berjudi

Konon Untuk Labur Hartanah Pengurus Tipu Lisa Blackpink Sebanyak Rm3 5 Juta Untuk Berjudi

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 381 hits
Siapa sangka orang yang paling dekat dengan kita kadang kadang merupakan musuh dalam selimut Begitulah yang terjadi kepada Lisa daripada BLACKPINK apabila bekas pengurusnya telah menipu duitnya sebanyak 1 bilion won dan menghabiskan wang te...
Hiburan Jadilah Pengguna Media Sosial Yang Bijak Neelofa Tegur Akaun Palsu Mirip Dirinya Jauhi Salah Faham

Hiburan Jadilah Pengguna Media Sosial Yang Bijak Neelofa Tegur Akaun Palsu Mirip Dirinya Jauhi Salah Faham

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 483 hits
Pengacara serta pelakon Neelofa telah meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu yang menggunakan nama dan foto miliknya di laman twitter Bukan itu sahaja pengguna twitter berkenaan turut mengeluarkan kenyataan yang kurang sesuai Bagi N...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right