Asean Perlu Kekal Sebagai Entiti Teguh Menteri Luar




VIENTIANE – ASEAN perlu kekal sebagai satu entiti teguh yang menuntut setiap anggota blok berkenaan untuk tidak membuka ruang kepada perpecahan dengan memihak kepada negara-negara yang bertelagah.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia antara beberapa perkara utama yang dibincangkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sedang berlangsung di sini sejak Rabu.
Pemimpin blok serantau itu antara lain mengadakan pertemuan dengan pemimpin China, Korea dan Jepun dalam Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) pada Khamis bagi membincangkan bagaimana APT boleh dijadikan asas kepada keamanan dan kesejahteraan di Asia Tenggara.
“Peranan mereka dan keakraban mereka bertiga ini amat penting… kalau tidak, keadaan di Asia Tenggara ini akan jadi kucar kacir jika mereka ini bertelagah.
“Kita tidak mahu ASEAN berpecah-belah disebabkan ada yang nak memihak kepada negara-negara yang mereka nak berpihak,” katanya dalam sidang media bersama media Malaysia di sini, lewat Khamis malam.
Wujud kekusutan dalam hubungan China, Korea Selatan dan Jepun berpunca daripada pelbagai faktor – sejarah, tuntutan perairan, perdagangan dan yang lain.
Mohamad berkata, ASEAN perlu dikekalkan sebagai sebuah entiti… sebab itulah kepusatan ASEAN itu sangat penting. Apa saja urusan kita nak buat, mesti berasaskan semangat kepusatan ASEAN sendiri,” jelasnya.
Selain APT, perbincangan turut diadakan dengan rakan dialog lain termasuk Australia, New Zealand, India dan Kanada yang berkisar kepada perdagangan dan pemindahan teknologi.
Di samping itu, kumpulan berkenaan turut mengambil peluang membincangkan isu perdagangan serantau terutama dalam meningkatkan perdagangan intra-ASEAN memandangkan jumlah dagangan di antara negara-negara ASEAN pada masa ini terlalu kecil.
“Kita lebih banyak berdagang dengan mereka dari luar berbanding dari dalam ASEAN, tak sampai 30 peratus pun perdagangan intra-ASEAN.”
Sehubungan itu, beliau berkata ASEAN perlu menambah baik kesalinghubungan, bukan sahaja daripada segi jalinan infrastruktur jalan raya malah perlu meningkatkan kesalinghubungan daripada segi perdagangan, pelaburan dan ekonomi.
“Ini merupakan satu perkara yang amat ditekankan oleh semua negara agar kita sesama sendiri berdagang dan bagi negara yang mempunyai bekalan, dapat membekalkan kepada negara yang memerlukan, contohnya keperluan tenaga kerja,” jelasnya.
Selain itu, wakil-wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) turut mengadakan pertemuan tertutup dengan ketua-ketua negara ASEAN dengan Parlimen Malaysia diwakili Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
“Semua speaker-speaker Parlimen dalam ASEAN hadir berbincang dengan ketua-ketua negara ASEAN bagaimana cara untuk kita mempertingkatkan teknologi dan memperkasakan Parlimen masing-masing supaya kebebasan bersuara dapat dipertingkatkan lagi di peringkat negara-negara kita,” katanya. – Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Source link
The post ASEAN perlu kekal sebagai entiti teguh – Menteri Luar appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/asean-perlu-kekal-sebagai-entiti-teguh-menteri-luar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maman Abdurrahman Resmi Dilantik Sebagai Menteri Umkm Janjikan Percepatan Pemberdayaan Usaha Kecil

Maman Abdurrahman Resmi Dilantik Sebagai Menteri Umkm Janjikan Percepatan Pemberdayaan Usaha Kecil

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 241 hits
BloggerBorneo com Presiden Joko Widodo resmi melantik Maman Abdurrahman sebagai Menteri Usaha Mikro Kecil dan Menengah dalam reshuffle kabinet yang berlangsung di Istana Negara hari ini Maman yang sebelumnya menjabat sebagai Ketua Komisi VI...
Samsung Electronics Kekal Sebagai Jenama Global 5 Teratas Buat Kali Kelima Berturut Turut

Samsung Electronics Kekal Sebagai Jenama Global 5 Teratas Buat Kali Kelima Berturut Turut

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 207 hits
Samsung Electronics Co Ltd hari ini mengumumkan bahawa mereka sekali lagi telah diiktiraf oleh Interbrand sebuah perundingan jenama global sebagai jenama 8220 Global Top 5 8221 untuk tahun kelima berturut turut Samsung berkata peningkatan k...
Ahli Gisbh Yakin Selamat Alam Kubur Dibantu Syafaat Abuya Menteri Agama

Ahli Gisbh Yakin Selamat Alam Kubur Dibantu Syafaat Abuya Menteri Agama

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 139 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar memberitahu semua ahli GISBH yakin selamat alam kubur dan dikenal pasti melakukan penyelewengan akidah syariah dan akhlak tasawuf atau muamalat Ia hasil temu bual bersama
Mufti Perlis Ajak Menteri Agama Berdialog Isu Ruu Mufti Wilayah

Mufti Perlis Ajak Menteri Agama Berdialog Isu Ruu Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 157 hits
Malaysiakini nbsp Beberapa hari menjelang pembentangan Rang Undang Undang Mufti Wilayah Persekutuan yang kontroversi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengajak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar berdialog dengannya ber...
Ds Anwar Menteri Diheret Kemahkamah Apa Cerita Saman Fitnah Teresa Kep

Ds Anwar Menteri Diheret Kemahkamah Apa Cerita Saman Fitnah Teresa Kep

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 151 hits
BERSATU SAH ADA PUAK PUAK MUHYIDDIN TIDAK SENANG HATI Seorang pemimpin Bersatu mendakwa Muhyiddin Yassin amat sedih dan kecewa kerana beberapa ahli majlis tertinggi tidak menuruti petua presiden parti dan cuba menjejaskan pelan kompromi yan...
Menteri Agama Arah Siapkan Laporan

Menteri Agama Arah Siapkan Laporan

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 147 hits
MSOJabatan Agama Islam Malaysia telah diarah oleh Menteri Hal Ehwal Agama Dr Mohd Na im Mokhtar menyediakan laporan berhubung pemujaan sehuah jemaah terhadap guru agama dalam kasidahnya yang tular dalam medsos kini Dr Mohd Na im telah menga...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kisah Sedih Si Gajah Di Hukum Gantung Kerana Membunuh

Singgah Bamboo Cafe Kat Simpang Lima Parit Sulong Batu Pahat

Anak Demam Berulang

The Tolpuddle Martyrs Pioneers Of The Modern Labor Movement