Asam Pedas Ikan Bawal Yang Mendapat Pujian



Saya menyediakan asam pedas ikan bawal yang bersaiz agak besar yang dihantar oleh @fishforitmy. Saiz yang besar menyebabkan saya memotong menjadikanya 5 keping. Boleh tengok Instagram beliau bagi anda yang menpunyai akaun instagram. Dapatkan promo code Azie Kitchen untuk mendapat diskaun RM5 OFF.  

Kali ini menyediakan asam pedas yang simple simple. Asam pedas ini ada banyak versi. Ada yang dimasukkan rempah rempah, ada yang dimasukkan bunga kantan atau daun kesum atau daun limau purut. Daun kari pun ada juga dimasukkan dalam masakan asam pedas. Tapi kali ini saya memilih asam pedas biasa biasa untuk orang biasa biasa macam saya. Tiada bahan kosmetik macam buah tomato pun. Kosong kosong dengan ada aroma bau dan rasa serai sahaja. Hahaha.

Wah dah lama Hubby tak memuji, hari ini pula dia memuji katanya asam pedas ini sangat sedap. Hmm kira betul lah sedap tu. Mungkin kerana saya memasak dengan hati yang penuh cinta dan ikhlas agaknya. Maklum dah beberapa hari ini asyik terbayangkan asam pedas ikan sungai yang dimasak oleh seorang kenalan Instagram. Lebih lebih lagi ikan sungai yang dimasak sangat segar kerana baru ditangkap dan penuh dengan telur.

Sejak kecil saya biasa makan ikan sungai kerana ikan sungai ditangkap sendiri oleh arwah abang dan arwah ayah di sungai atau sawah berdekatan dengan rumah. Kalau musim banjir, lagi banyak ikan sungai yang berjaya ditangkap samada menggunakan pukat atau dengan memasang tauk. 
Saya sendiri pula suka memancing. Jadi antara ikan sawah dan ikan sungai yang biasa dan saya kenal ketika itu ialah ikan lampan, ikan haruan, ikan keli, ikan puyu dsb. Lain lain seperti baung, patin kerai dsb memang tiada dalam kamus hidup saya ketika itu. 

Jadi sebab dah terbiasa makan ikan sungai semasa di kampung, menyebabkan selepas berhijrah ke KL, saya tak suka makan ikan sungai. Saya tidak suka rasa isi ikan sungai yang tawar kecuali ikan yang digoreng rangup. Hahaha bukan kes lupa asal usul lak. Sama juga dengan udang. Oleh kerana dah biasa makan udang sungai, sehingga sekarang saya jarang sekali makan udang sungai. Saya memilih ikan laut atau udang laut yang tiada rasa hanyir. 

Saya juga tidak suka memasak ikan sungai kerana badannya yang bersisik dan berlendir. Jika saya memasak ikan keli berlado yang diminta oleh Boy, saya akan meminta Hubby menyiang dan melumur garam kunyit. Kemudian Hubby akan memasukkan ikan untuk digoreng ke dalam kuali. Selepas dah masuk dalam kuali, baru saya boleh mengambil alih. Kalau tidak, memang saya tidak akan menjamahnya. Tapi kalau orang lain yang memasaknya, saya akan makan.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Asam Pedas Ikan BawalOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan bawal14 batang kacang bendi2 batang serai - ketuk3 sudu besar cili kering kisar Sekepal asam jawa - bancuh dengan airGaramSedikit gula - opsyenal
Bahan kisar:4 ulas bawang merah - saiz besar3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci kunyit hidup
Cara cara:Panaskan minyak dan masukkan serai. Lepas tu, masukkan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga cili dan bahan tumis garing dan terbit minyak. 


Masukkan air secukupnya. Masukkan air asam jawa dan garam serta gula. Masak sehingga mendidih. 
Masukkan ikan dan biarkan merenih sehingga ikan masak dengan api perlahan. 

Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Agak agak kacang bendi separuh lembut, tutup api kerana saya suka kacang bendi yang masih ranggup ketika dimakan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/10/asam-pedas-ikan-bawal-yang-mendapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Dan Masak Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru

Cara Buat Dan Masak Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 655 hits
Cara Buat Dan Masak Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru Anda yang teringin memasak menggunakan bahan seperti ikan cencaru boleh cuba resepi yang akan dokongsikan nanti Berikut eresepi akan kongsikan panduan dan cara cara memasak Asam Pedas langk...
Ikan Bilis Petai Cili Padi Pedas Terangkat

Ikan Bilis Petai Cili Padi Pedas Terangkat

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 512 hits
Ikan bilis petai cili padi pedas terangkat Assalamualaikum wbt Hujung minggu selalunya masa nak update blog macam takde je tapi kita cuba juga cari masa sikit nak update kan Cikla gigih juga nak pastikan blog sentiasa fresh dengan info dan ...
Beza Antara Asam Pedas Utara Asam Pedas Selatan

Beza Antara Asam Pedas Utara Asam Pedas Selatan

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1283 hits
Tu dia dia keluaq dah entri pasal asam pedas Bukan apa tengok kecoh sangat kat group Masak apa hari ni bila ada seorang suami upload masakan asam pedas utara dia kat group tu Kemain makcik makcik bawang utara selatan timur barat komen Ada y...
Terung Bakar Air Asam Dengan Rasa Manis Pedas Berlemak Fuhh

Terung Bakar Air Asam Dengan Rasa Manis Pedas Berlemak Fuhh

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 742 hits
Rasa masam manis pedas lemak akan tambahkan selera makan anda Terung yang dibakar dan digaul dengan air asam berlemak santan pekat Fuhh ngam terukk selamat mencuba TERUNG BAKAQ AYAQ ASAMBAHAN BAHAN Terung 2 biji cili padi2 biji cili besar B...
Ikan Siakap Bakar Dengan Adabi Perencah Ikan Bakar

Ikan Siakap Bakar Dengan Adabi Perencah Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 1541 hits
Assalamulaikum blogger semua Lama sungguh mamy tak update blog tiber rindu kat blog sendiri Sejujurnya banyak benda mamy nak luahkan kat sini tapi buat sementara waktu biar mamy simpan dulu Malam ni mamy dah update mamy masak2 tengahari tad...
Neelofa Tidur Bertemankan Ikan Di Laut Harga Bilik Cecah Rm200k

Neelofa Tidur Bertemankan Ikan Di Laut Harga Bilik Cecah Rm200k

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 627 hits
Tidak terkira berapa kali Neelofa menjejakkan kaki ke gugugan kepulauan Maldives dan nampaknya kali ini selebriti popular itu menikmati percutian yang lain dari biasa Melalui kemaskini terkini di Instagram Neelofa berkongsikan pengalaman be...
Gulain Telur Ikan Bilis Goreng Bawang Dan Bendi Rebus Alhamdulillah

Gulain Telur Ikan Bilis Goreng Bawang Dan Bendi Rebus Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 668 hits
Tengah sedap dok mengunyah nasi di pagi hari yang dinginTetiba dapat soalan gini Bila baby ummi nak keluar ni Kalaulah pertanyaan di atas tu dari mok senah mok kiah mau tak tertelan nasi dalam mulut tu tahu sangkut kat kerongkong je rasanya...
Ini Cara Buat Fillet Mak Mak Boleh Cuba Supaya Anak Anak Suka Makan Ikan

Ini Cara Buat Fillet Mak Mak Boleh Cuba Supaya Anak Anak Suka Makan Ikan

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 661 hits
Ikan masak apapun sedap tapi sayang anak anak sekarang tidak suka ikan kerana tidak mahu bersusah payah membuang tulang Mak mak ambik jalan mudah bagi lauk yang tak bertulang seperti isi ayam Jangan kecewa masalah tulang ikan boleh diatasi ...
Cegah Jaring Ikan Dapat Sampah Plastik Menteri Susi Minta Nelayan Setop Pakai Kresek

Cegah Jaring Ikan Dapat Sampah Plastik Menteri Susi Minta Nelayan Setop Pakai Kresek

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 286 hits
Susi menyebut plastik merupakan komponen sampah membahayakan ekosistem bawah laut Di mana jika perilaku buang sampah di laut akan menimbun puluhan tahun ke depan
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Tips Bagaimana Menerangkan Tentang Allah Kepada Anak

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib