Asal Usul Bendera Pelangi Golongan Lgbt


Sejak sekian lama, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengiktiraf bulan Jun setiap tahun sebagai Bulan LGBT, sebagai tanda menghormati peristiwa Rusuhan Stonewall yang berlaku di bandar New York pada tahun 1969.


Maka, apabila tiba bulan Jun, dibandar-bandar besar yang menerima budaya LGBT, anda akan melihat bendera-bendera berwarna pelangi dikibarkan oleh aktivis-aktivis gerakan LGBT ini.

Namun, tahukah anda daripada manakah asal-usul bendera berwarna pelangi ini?

Segalanya bermula pada tahun 1978 dimana seorang karyawan bernama Gilbert Baker, seorang individu yang secara terbuka mengaku sebagai gay mencipta bendera pelangi ini.

Beliau menyatakan bahawa, idea itu tercetus hasil desakan Harvey Milk yang mahukan sebuah logo bagi mewakili golongan mereka.

Harvey Milk merupakan seorang pegawai yang telah dilantik bagi mewakili golongan gay di Amerika Syarikat.

Gilbert Baker mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk mencipta logo bagi mewakili gerakan LGBT ini dalam bentuk bendera memandangkan bendera dilihat sebagai simbol kebanggaan yang paling kuat.

Gilbert Baker juga mendedahkan bahawa penciptaan bendera ini bagi membolehkan golongan seumpanya lebih berani mengaku budaya atau amalan mereka secara terbuka dalam masyarakat dan lebih mudah mengenali golongan sepertinya.

Idea asal bendera LGBT

Gilbert Baker mendapat inspirasi daripada warna pelangi di langit dan beliau mengambil 8 warna daripada pelangi tersebut sebagai 8 jalur warna pada bendera ciptaannya.

Menurutnya, setiap warna itu mewakili maksud tertentu:
Merah jambu - SeksMerah - KehidupanJingga - KesembuhanKuning - CahayaHijau - SemulajadiTurquoise - SeniIndigo - HarmoniUngu- Semangat
Versi pertama bendera pelangi ini telah digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 25 Jun 1978 dalam sambutan Hari Kebebasan Gay San Francisco di San Francisco.

Gilbert Baker dan beberapa orang sukarelawan telah menghasilkan bendera ini dengan tangan.

Perubahan terhadap bendera LGBT

Selepas pembunuhan Pegawai Gay San Francisco City, Harvey Milk pada 27 November 1978, permintaan bendera pelangi telah meningkat.

Bagi menampung permintaan yang tinggi ini, syarikat Paramount Flag Company mula menjual versi baru bendera pelangi ini dimana hanya 7 jalur sahaja digunakan.

Versi baru ini menyaksikan hanya warna merah, jingga, kuning, hijau, turquoise, indigo dan ungu sahaja digunakan sementara warna merah jambu telah dibuang.

Keputusan ini terpaksa dilakukan memandangkan kesukaran untuk mendapat fabrik berwarna merah jambu dalam kuantiti yang banyak bagi menghasilkan bendera ini dalam skala yang besar.

Namun, pada tahun 1979 menyaksikan bendera yang menjadi kebanggaan golongan LGBT ini mengalami satu lagi perubahan dimana jalur warnanya telah dikurangkan kepada 6 jalur warna sahaja.

Apabila bendera ini digantung secara menegak pada tiang lampu, jalur keempat yang berada pada bahagian tengah dilihat seolah-olah terhalang dengan tiang lampu tersebut menjadikannya seperti tidak sempurna.

Bagi mengatasi masalah ini, keputusan telah diambil untuk menukar bendera ini supaya mempunyai jumlah jalur dalam kiraan genap.

Oleh itu, sekali lagi bendera ini telah diubah kepada hanya 6 jalur sahaja iaitu warna merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet. Versi terbaru ini menyaksikan warna turquoise telah dibuang.

Pada tahun 1989, bendera pelangi ini mula mendapat perhatian warga Amerika Syarikat secara meluas berikut satu kes saman oleh John Stout terhadap pemilik rumah yang disewanya dan memenangi kes saman tersebut.

Dalam kes tersebut, tuan rumah yang disewa John Stout telah mengeluarkan arahan yang menghalang beliau daripada mengibarkan bendera ini daripada balkoni rumah yang didiaminya di West Hollywood, California.

Pada masa kini, terdapat juga beberapa pihak terutamanya golongan muda yang cuba mencipta versi baru bendera ini dengan memasukkan warna hitam dan coklat.

Warna hitam dan coklat ini dikatakan bagi mewakili golongan kulit berwarna selain daripada golongan orang putih.

Walau bagaimanapun, golongan veteran LGBT menentangnya kerana berpendapat kedua warna itu tidak menggambarkan keceriaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Alasan Kenapa Perjuangan Hak LGBT Wajib Disokong25 Negara Yang Membenarkan Perkahwinan LGBT
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/asal-usul-bendera-pelangi-golongan-lgbt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ultra Kiasu Makin Kurang Ajar Tak Sedar Diri Lupa Asal Usul

Ultra Kiasu Makin Kurang Ajar Tak Sedar Diri Lupa Asal Usul

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 210 hits
Hanya bagi taraf warganegara jika mereka fasih cakap MelayuBANGI Kerajaan Pusat digesa bertegas menjadikan bahasa Melayu sebagai asas kewarganegaraan serta mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan rasis komunis yang menjadi ibu kepada masalah...
Asal Usul Bahasa Sunda

Asal Usul Bahasa Sunda

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 325 hits
Bahasa Sunda dituturkan oleh sekitar 27 juta orang dan merupakan bahasa dengan penutur terbanyak kedua di Indonesia setelah Bahasa Jawa Sesuai dengan sejarah kebudayaannya bahasa Sunda dituturkan di provinsi Banten khususnya di kawasan sela...
5 Alasan Iran Kibarkan Bendera Merah Siap Balas Dendam Ke As

5 Alasan Iran Kibarkan Bendera Merah Siap Balas Dendam Ke As

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 452 hits
Iran kibarkan bendera merah simbol panggilan untuk melakukan pembalasan Ini 5 alasan yang menguatkan Iran mengibarkan bendera merah tersebut di Masjid Jamkaran Kota Qom Iran
Iran Mengibarkan Bendera Merah Ke Atas Amerika Syarikat

Iran Mengibarkan Bendera Merah Ke Atas Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 920 hits
Tehran Iran hari ini mengibarkan bendera merah sebagai simbolik membalas dendam selepas Amerika Syarikat membunuh Komander kanan Iran Qasem Soleimani dalam serangan udara di Baghdad Stesen televisyen Iran mula menyiarkan bendera yang dikiba...
Viral Bendera Merah Dinaikkan Dimasjid Iran Didakwa Simbol Sedia Untuk Perang

Viral Bendera Merah Dinaikkan Dimasjid Iran Didakwa Simbol Sedia Untuk Perang

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 605 hits
Susulan pembunuhan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas komander tertinggi Iran Mejar Jeneral Qassim Suleimani hubungan kedua dua negara tersebut dilihat semakin tegang Baru baru ini Presiden Amerika Syarikat melalui akaun Twitter r...
Operasi Kereta Api Bukit Bendera Ditutup Sementara

Operasi Kereta Api Bukit Bendera Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 460 hits
BERNAMA Perkhidmatan kereta api funikular di Bukit Bendera akan ditutup selama sembilan hari bermula 6 Jan ini bagi tujuan penyelenggaraan tahunan berjadual kali pertama menurut Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang Menurut kenyataan dikelu...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat