Asal Hujan Air Bertakung Isu Sama Setiap Tahun


Alhamdulillah, keluar pun sinar mentari hari ni. Dapatlah jemur bantal, toto, selimut tu. Tiadalah sejuk sangat tidur malam nanti. Kain pun banyak yang dah kering. Tinggal karpet ajelah yang tak sempat nak cuci lagi ni. 


Asal Hujan Air Bertakung Isu Sama Setiap Tahun2/3 hari dah hujan, belakang ni pun dah banyak kali air bertakung. Nasib baik kali ni airnya cepat mengalir turun kalau tak memang harulah. Macam 2/3 hari yang lepas. Baru semalaman hujan, dah bertakung air tepi belakang ni. Memang kalau dibuatnya sehari semalam memang lagi haru, langsung dah tak boleh lalu. Orang lain memanglah tak risau, laluan diorang masih ada. Kita yang memang yang dekat sini ni. Nak tak nak terpaksalah hadap.






Bukan nak merungut ataupun apa cumanya agak terkilan sikit la. Benda yang sama saban tahun nak kena hadapi. Mungkin disebabkan kami ni semua perempuan, kaum yang kuat. Jadi apalah sangat orang nak ambil tahu kan. Apa orang kata, dari ambil tahu masalah kami dekat sini lebih baik ambil tahu benda yang pastinya akan lebih menguntungkan.


Isu sama setiap tahun Gara-gara air bertakung hampir berbulan jugalah tak sihat hari tu. Terpaksa kuatkan semangat dan nekad dengan my sis yang tengah pegnant masa tu. Hujan-hujan pun redha ajelah buat alur air sendiri aka pederas air tengah-tengah jalan tu. Ialah dah terkepung air di tengah-tengah ni. Laluan ni manalah ada longkang besar. Harapkan parit sebelah sana ajelah. Siapa lagi nak tolong kalau tak buat sendiri kan. Jangankan nak tolong, orang nak tengok pun tak. Jenguk lagilah jauh.




Tapi yang musykil bila jalan ni dah ok, air pun dah jarang nak bertakung pandai pula masing-masing guna laluan ikut sini. Bukan setakat motor, kereta je lalu.. siap masuk lori lagi. Jahanam alur air kita tu, dari kecil air boleh mengalir terus berlubang. Tak mustahil tayar kereta pun boleh tersangkut dekat sini. Belum masuk dahan pokok gajus tu. Patah giut tau. Masa nak lalu tu tak fikir ke benda orang ? Main jalan je 


Boleh ke tinggikan jalan Terfikir jugalah kita ni, sememangnya jalan belakang ni memang tak layak ditinggikan ke?? Asal hujan je bertakung..belum lagi masuk musim terkujuh. Dah sah-sah tak boleh masuk. Tenggelam terus tengah-tengah ni. Ialah dulu kan kawasan ni kawasan bendang kan. Macam tahun lepas, semalaman baru hujan lebat, penuh semua dengan air. Jenuh fikir macamana nak keluarkan si hitam yang memang dah parking dekat belakang ni. Nak tak nak terpaksa juga redah air yang makin meninggi tu. Tapi tak boleh nak salahkan sesiapa la. Syok sangat tidur sampai tak sedar air dah penuh malam tu.


Tapi kalau boleh tinggikan tu..teringin jugalah nak mohon kan







Kadang-kadang cemburu juga dengan tempat officemate. Ada je bantuan yang diterima. Sebenarnya bukan kadang-kadang la tapi memang jealous dah. Wakil tempat dia tu take care sangat dengan penduduk diorang kat situ. Tak kiralah dari mana-mana parti, pembangkang ke kerajaan sama-sama membantu hulurkan bantuan sama rata. So, merasalah bantuan yang sepatutnya diorang dapat kan. Kita hmmm tengok ajelah. Lepas dia tu..dia tu ajelah yang dapat. Nak buat macamana pemilihannya camtu kot kan. 


Tapi rasanya mesti tempat korang tak camni kan ..






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ciktie.com/2022/11/asal-hujan-air-bertakung-isu-sama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penutupan Pintu Air Dan Hujan Lebat Punca Banjir Kilat Di Shah Alam

Penutupan Pintu Air Dan Hujan Lebat Punca Banjir Kilat Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 308 hits
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata akibat daripada air pasang menyebabkan pintu air Sungai Muda terpaksa ditutup dan hujan lebat sejak petang antara punca beberapa kawasan seperti Kota Kemuning dan Seri Muda dilanda ba...
Selesai Isu Bekalan Air Antara Intipati Ikhtiar Makmur Manifesto Bn Pahang

Selesai Isu Bekalan Air Antara Intipati Ikhtiar Makmur Manifesto Bn Pahang

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 191 hits
nbsp KUANTAN Menyelesaikan isu bekalan air antara enam perkara utama digariskan dalam manifesto Barisan Nasional Pahang yang dinamakan Ikhtiar Makmur sempena Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail be
Air Karat Mampu Jadi Isu Utama Untuk Pas Tewas Di Kelantan Atau Berkurangan Kerusi

Air Karat Mampu Jadi Isu Utama Untuk Pas Tewas Di Kelantan Atau Berkurangan Kerusi

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 302 hits
Begitu juga umno air bah atau banjir besar mampu jadi satu isu dan faktor parti itu dibungkus keluar sekali lagi dari Puterajaya Itu merupakan tambahan kepada isu pertelagahan kepimpinan dalaman parti dan isu mat sakau yang merbahaya jika d...
Cek Fakta Viral Hujan Disebut Air Terjun Dari Langit Di Bekasi Ini Faktanya

Cek Fakta Viral Hujan Disebut Air Terjun Dari Langit Di Bekasi Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 248 hits
Klaim air terjun dari langit di Bekasi merupakan air hujan dari pipa talang air yang patah di atap Stadion Wibawa Mukti Bekasi
Deretan Foto Kenangan Mendiang Aktor Rudy Salam Meninggal Dunia Di Usia 73 Tahun

Deretan Foto Kenangan Mendiang Aktor Rudy Salam Meninggal Dunia Di Usia 73 Tahun

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 238 hits
Kabar duka menyelimuti dunia hiburan tanah air Aktor senior Rudy Salam meninggal dunia pada Jumat di usia 73 tahun Nama Rudy Salam dikenal sebagai aktor senior Wajahnya tak asing lagi bagi masyarakat lantaran telah membintangi berbagai judu...
Nikmati Hidangan Sempena Krimas Dan Tahun Baharu 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Nikmati Hidangan Sempena Krimas Dan Tahun Baharu 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 290 hits
Nikmati Hidangan Sempena Krimas dan Tahun Baharu 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur SentralNikmati Hidangan Sempena Krimas dan Tahun Baharu 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Untuk musim perayaan ini p...
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke 50 Bandar Raya Kuala Lumpur

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke 50 Bandar Raya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 265 hits
Embargo Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1000 pada Isnin 14 November 202214 Nov 2022Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur ...
Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Bans Lack Bite In Malaysia

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Glimmer Of Hope From Fifa President At 47th Asean Summit Faded As Fifa Upholds Fam S Suspension Fines

1 Slot Pgslot Top 34 By Dominick Secufamilyhouse Org 29 Nov 26

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senja Jurnal Dan Impian Kecil Di Ioi City Mall

Resepi Nasi Ayam Penyet

Easy Beef Stew Recipe Hawaii

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker

Namewee Saya Tidak Lari Sedia Serah Diri