Aplikasi Touch Go Ewallet Memudahkan Perjalanan Anda
Aplikasi Touch & Go eWallet Memudahkan Perjalanan Anda | Wahh sekarang dunia semakin berteknologi, jika anda mengikuti perkembangan teknoligi sudah pasti akan ketinggalan kebelakang. MYiDEAKiNi pernah menggunakan kad Touch & Go sejak zaman belajar di universiti lagi pada tahun 1996 lagi. Pertama kali menggunakan kad pra bayar Touch & Go untuk menyenangkan perjalanan dari universiti ke stesen perhentian Bas Klang (Kuala Lumpur) ketika itu. Sekarang ini Touch & Go telah memulakan langkah kehadapan dengan satu lagi aplikasi baru yang di kenali RFID
Kebiasaannya kebanyakan pengguna yang menggunakan servis Touch & Go adalah majoritinya dari pengguna dalam bandar berbanding luar bandar. Ini kerana penggunaan servis Touch & Go di setiap lebuhraya utama seperti PLUS, KESAS, LDP, GUTHRIE dan lain-lain semestinya akan menyediakan laluan Touch & Go untuk memudahkan perjalanan serta mengelakkan kesesakan lalulintas. Kini Touch & Go telah melancarkan satu lagi aplikasi yang dikenali RFID, dimana cip dalam bentuk sticker akan di pasang di hadapan cermin kereta anda dan ianya tidak memerlukan bateri atau sebarang sambungan lintas pintas dari alatan eletronik untuk mengesasnya, sebaliknya hanya memerlukan tenaga solar seperti matahari sahaja.
Baru-baru ini, pasukan RFID telah membuat pelancaran jelajahan seluruh lokasi Kuala Lumpur yang terpilih khususnya untuk pemasangan secara percuma sistem RFID ini. Apa yang perlu disediakan adalah dengan membawa salinan original geran dan kad pengenalan pemunya kenderaan yang berdaftar. Ianya akan melibatkan aplikasi Touch & Go eWallet untuk memudahkan anda membuat pembelian tambahan Touch & Go diatas talian dengan menggunakan kad kredit atau debit. Mudahkan! Jadi tidak perlulah anda ke stesen minyak atau kedai yang menyediakan servis pembelian tambahan Touch & Go, semuanya dihujung jari!
Tutorial Aplikasi Touch & Go eWallet Memudahkan Perjalanan AndaMYiDEAKiNi akan menunjukkan tutorial untuk memuatturun aplikasi Touch & Go ini di playstore (jika anda pengguna android) dan juga Apps store (jika anda adalah pengguna iphone).
Langkah 1: Anda terus ke Playstore atau Apps store dan kemudian buat carian Touch & Go eWallet seperti logo yang tertera di atas.
Langkah 2: Kemudian anda klik "Install" dan ikut arahan seterusnya
Langkah 3: Selepas anda selesai memasang peranti aplikasi Touch & Go eWallet, anda boleh daftarkan akaun dan memasukkan 10 no. siri kad Touch & Go yang seperti gambar dibawah ini melalui menu yang tertera.
Anda telah pun berjaya memasukkan No. Siri Kad Touch & Go anda ke dalam aplikasi ini dan boleh digunakan dimana sahaja asalkan mempunyai kredit @ amaun yang cukup.Selain itu, kebanyakkan premis jualan juga menerima bayaran eWallet dari Touch & Go. Anda cuma perlu scan sahaja qrcode dan kemudian masukkan jumlah bayaran. Kemudian anda boleh buat pemindahan amaun tersebut ke akaun lain. Berikut adalah sedikit ringkasan infografik berkenaan penggunaan Aplikasi Touch & Go eWallet
Jadi dengan adanya sistem eWallet ini memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pembayaran tambahan terus ke kad Touch & Go anda. Jadilah seorang pengguna yang bijak! Anda? Trivago! Hehehe :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2019/03/aplikasi-touch-go-ewallet-memudahkan.html